Selasa, 14 Ogos 2018

Percutian Kali Pertama 2018

salam. Hajat hati nak ke Perth namun apa kan daya tiket terlalu mahal kita ke Cameron sahajalah dahulu. 

macam biasa booking ticket dulu. di sini..Hotel Nova Highlands and Resort  ..hampeh! dah booking baru keluar cacat cela nya. aku pun tak pasti nak proceed ke tak..boleh cancel sebelum 16hb Ogos ni.

korang ada review x?

CAMERON HIGHLANDS (sumber fb:Fadhli Badhli)
Tempat cantik yang wajib korang datang, nah aku share kan kat sini 👇🏻semoga bermanfaat untuk korang yang nak datang cameron 😊 tapi kalau boleh rancang awal ! P/s jangan pergi masa weekend,public holiday,school holiday and etc sebab jem nak mati 😭. Kalau boleh pergi time weekday sebab tak ramai orang🤘🏻info & harga aku ade letak kt gambar✌🏻️share la kalau nak. Saya tak marah 😂😬👏🏻👏🏻
Ladang Teh boh Sungei Palas
✔️Cameron Valley
✔️Lavender Garden
✔️Strawberry Farm
✔️Bee Farm
✔️Butterfly Farm
✔️Pasar Malam Brincang
✔️Kea Farm
✔️Rose Valley
✔️Mossy Forest
✔️Avent Chocolate
✔️Cactus 

buat rujukan nanti .....di sini tempat menarik di cameron




Isnin, 13 Ogos 2018

Bantuan pesakit kanser .

"Usah bersedih jika kita diuji Allah. Hidup ini merupakan satu ujian kepada makhluk Allah dan di akhirat kita akan mendapat balasan ke atas apa-apa jua yang kita lakukan di dunia ini. Oleh itu setiap yang berlaku terhadap diri kita merupakan satu ujian.
Lagi susah kita mendapat ujian, lagi tinggilah maqam kita di sisi Allah SWT. Jangan mengeluh, menyalahkan, dan merungut apabila menerima ujian Allah, kerana Allah sedang menyediakan markah atau pahala yang tinggi kepada hamba-Nya yang reda" 
-Prof Dr. Muhaya-

Asslammualaikum 

Aku suka nak share cerita sepupu suami aku yang tidak bekerja kerajaan dan kelaurga nya jugak tidak bekerja kerajaan. 

baru baru ini dia didiagnose sakit cancer pada alats ulit katanya tahap 4. kasian dia tidak bekerja tetap. ayah dh meninggal cuma tinggal ibunya sahaja. 

nak dapatkan rawatan kimo pun terpaksa pinjam duit orang..untunglah kalau siapa yg bekerja dalam kerajaan kerana segala kos rawatan akan ditranggung sila baca disini pasal GL

katanya sekali rawatan kena 600 ringgit mahal tu. kimo pulak kena buat ikut jadual. dah lah susah hati dengan penyakit yang ditanggung di tanggung dengan masalah kewangan ..allahu akbar..semuga dipermudahkan 

bila aku fikir balik banyak benda kita kena sykur pada Allah SWT..teringat video Ali Banat tentang nikmat dapat berjalan ke tandas sendiri. bila sakit segalanya terbataas. 
masih terbayang dek mata aku bagaimana mak struggle lawan sakit kanser nya.. akhir hayat dia tidak mengenali kami .sedih sangat...


/// SALURAN BANTUAN KEWANGAN BAGI PESAKIT KRONIK / KANSER ///
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib sesetengah daripada pesakit kanser yang tidak mempunyai apa-apa perlindungan perubatan. Jika anda kakitangan kerajaan atau pelajar, bersyukurlah kerana ia adalah percuma dengan jaminan kerajaan.
Sekiranya anda berkerja dengan syarikat yang kukuh, bersyukurlah kerana anda juga dilindungi oleh insurans berkelompok syarikat anda. Dan sekiranya anda pemegang polisi insurans atau takaful, bersyukurlah kerana anda mampu untuk mencarum.
Tetapi......Bagaimana pula mereka yang tiada di dalam senarai ini? Terutamanya yang tidak ada istilah ‘GL’ buat mereka. 
Oleh itu, di sini ada sedikit maklumat berkaitan saluran yang boleh dirujuk untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan penyakit kronik dan aku khususkan buat pesakit kanser.
(1) BAITULMAL
Majlis Agama Islam Selangor
Permohonan adalah melalui Lembaga Zakat Selangor
Tel: 03-5514 3400
*Rujuk majlis agama islam / pusat lembaga zakat negeri anda menetap
(2) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,

62100 Putrajaya
Tel: 03-8000 8000
Email: info@jkm.gov.my
(3) TABUNG KASEH KANSER OKB
Persatuan OKB (Orang Kota Bahru)
18-2 Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang

43000 Kajang, Selangor
Tel: 03-8741 2888
Email: urusetia@kasehkanser-okb.com.my
(4) MAJLIS KANSER NASIONAL (MAKNA)
BG 03A & 05, Ground Floor, Megan Ambassy
No 225, Jalan Ampang

50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 -2162 9178
http://makna.org.my/
Berikut adalah carta alir secara ringkas bagi permohonan
1- Pesakit sedang atau akan mendapatkan rawatan untuk kanser di mana-mana hospital kerajaan di Malaysia
2- Pesakit kemudiannya dirujuk oleh doktor yang merawat kepada jabatan kerja sosial perubatan
3- Pegawai kerja sosial perubatan akan mewawancara barkaitan latar belakang sosio-ekonomi pesakit
4- Dokumen sokongan yang berkaitan dikumpulkan untuk mengesahkan latar belakang ekonomi pesakit
5- Setelah semua keperluan untuk permohonan dipenuhi, ia kemudiannya akan diserahkan kepada MAKNA
6- Permohonan yang diterima akan disemak oleh pegawai MAKNA
7- MAKNA akan memproses permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja

8- Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui mel dan e-mel
(5) YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YaPIEM)
Tingkat 8, Grand Seasons Avenue,
No 72, Jalan Pahang,

53000 Kuala Lumpur
Tel: 03-2717 2717
Permohonan Perubatan Pesakit Melalui Sumbangan Amal Jariah
Senarai Semak Permohonan
1- Surat rasmi permohonan peribadi
2- Surat pengesahan penyakit daripada doctor yang merawat
3- Salinan kad temujanji pesakit dengan hospital yang merawat
4- Salinan kad pengenalan

5- Salinan slip gaji (jika ada)
(6) YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN
Tingkat Bawah Lot 1,
Bangunan TH, 148 Jalan Ipoh,

51200 Kuala Lumpur
Tel: 03-4041 4155, 03- 4042 4188
www.ytwp.com.my
Bantuan Perubatan Pesakit Kronik / Kecemasan
Syarat Penerima Bantuan:
1- Islam
2- Warganegara Malaysia
3- Menetap diluar Wilayah Persekutuan (diutamakan) dan dalam Wilayah (kes khas)

4- Permohonan ulangan hanya boleh dibuat selepas 6 bulan dari tarikh kelulusan terdahulu
(7) KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP
Tel: 03-8922 6000
http://www.kwsp.gov.my/
Pengeluaran kesihatan ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal DAN / ATAU pembelian peralatan perubatankesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan spt berikut:
1- Suami / isteri
2- Anak / Anak Tiri / Anak Angkat
3- Ibu Bapa / Ibu Bapa Mertua / Ibu Bapa Tiri / Ibu Bapa Angkat

4- Adik Beradik
Ahli boleh membuat pengeluaran bersama dengan ahli keluarga yang lain untuk membiayai kos perubatan pesakit tertakluk keopada kos perubatan pesakit






Sabtu, 11 Ogos 2018

4 hari dok Hotel

korang tahu selama empat hari aku tido makan pakai kat hotel berat badan aku naik sehingga 73.8kg..
aku dh lah berat 72 kg ,sekatang makin naik jadi 73.8kg! ya Allah !!!

aduh! mana tak nye kat sana aku asyik makan je..hari -hari aku makan . 6 kali sehari ..ya Allah

BERAT MASA NI TAK INGAY BERAPA...TAPI ADA NAMPAK SLIM SIKIT ..
aku makan breakfast, minum pagi ,lunch, minum petang, dinner dan super.ko rasa? dan aku asyik minum kopi je. aku msti kena start buat exercise dan kawal pemakanan.

esok aku akan mula diet. diet minum air masak dan tak makan nasi. berjayakah?
aku ni dapat berat 64 pun jadiklah..62 lagi best tapi nak ke 70 pun seksa. aduh! salah siapa ni..

hari tu momentum semanagat nak dapat 1o ribu langkah sehari berjaya . ni semangat dh kelaut balik.
kawan aku kata sekejap je.. seminggu pun...dh dpt tengok kesan ketara. ya Allah aku nak buat sehari pun jenuh
apatah lagi seminggu. aku rasa lebih senang puasa dari diet.

adik ipar aku skrg tengah join JK1M oleh Kevin zahari. ni kali kedua dia masuk. aku tengok web dia dh mula dah 11 Ogos hari tu. mahal jugak dalam RM200 lebih rasanya. adik ipar aku tu tak gemuk tara mana. dia tinggi sama macam aku berat dia dalam 65kg..dan nak capai 58kg.

aku kalo 58kg jadi model lah .hahah...aku ni macam macam impian . nak diet lah nak pasang braces lah haram... semua ke laut. aku tak tahu apa key factors aku nak start diet ni. hari tu masa bulan puasa aku tak sengaja terdiet senan semua lauk tak kena dengan nafsu makan aku. so aku rasa lepas ni boleh gunakan kaedah ni. aku tak suka makan kari ayam, gulai lemak ayam, aku tak suka makan kfc ..mc donald sangatt, makanlah tapi tak berapa. satay pun,

aku rasa aku kena diet balik. dan start minum air 3kg. pengalaman aku diet dengan herbalife adalah turun 64 kagi.paling ringan! pastu ngandung langsung ke laut afrika.

kawan aku nama Rosida dh kurus. aku tengok muka dia makin runcing dan kulit dia makin mulut.ni yang buat aku geram ni.

aku ni kalau berat 62 kg pun dh nampak ketara sangat !

itulah cara dan tahu. semuaaa tahu tapi nak buat je masih gagal. aku harap sebelum aku kena kursus 3/9 ni aku sempat kurus. kurus semula setelah mepunyai 4 org anak.

masa akau nak kawin berat aku 55kg. masa ni aku tahu sebab nak buat ujian saringan HIV . tu ynag aku tahu berat aku 55kg. masa full moon aku ngandungkan imran berat jadi 63kg.  bila imran dah keluar aku ingat berat aku dalam 62 kg. lama betul . lepas tu dpt Iyad aku rasa berat badan aku naik.

paling lama pada takuk 68kg. tapi dulu aku langsung takde senaman. skrg aku dh mula senaman. so aku harap aka mudah kurus semula.

kelemahan aku paling nyata adalah air manis.
mmg susah nak buang gula ni.

so di situ aku dah failed.

oklah dh ngantuk dan aku nak tidur. selamat malam semua jumpa lagi .

ALBUM MAKANAN.
















shot vocation in kedah



Hari Khami petang, kami memulakan perjalanan untuk meronda ke Pekan Rabu. tak banyak yg aku beli di Pekan Rabu selain dodol  durian, beberapa makanan jajan..itu sahaja. aku ada juga beli kopi Gantang yang femes di sana. dan key chain utk imran. imran suka koleksi Key Chain. 

Kemudian dengan menaiki grab dari Pekan Rabu, kami ke Iman Kueyteow, kami pun tak pasti dimana. grab membawa kami dengan bayaran RM11. Kami order kuewtiaw dan roti arab. 


 review aku utk Iman Kuewtiaw ni kira biasa biasa aja. aku lebih suka kuewtiaw goreng di Dapur Mamu Rico di rumah aku yang dulunya di kenali dengan nama Penang Pot. cuba hangpa google mesti jumpa. lokasinya di Taman Tasik Utama.




Iman kuewtiaw goreng kerang. 
malamnya kami meneruskan misi jalan jalan kami Aman Central. Malangnya dah jam sepuluh malam banyak kedai yang dh tutup. kami sambung jalan ke  Menara alor Setar utk melihat apa yang menarik di sana . wah! meriah ada pasar karat. ada jualan macam pasar malam. sempat lah aku rembat baju duduk rumah serta baju gown tidur malam. habis RM50

kami bercadang nk makan bihun sup ,tapi bila di tanya katanya kedai tu dh ditutup. kami berjalan sampai lah jumpa kedai homemade pizza ni.. Thabrany pizza. yang specialnya kedaini pizza di masak secara tradisional.


ini kedainya yang unik. 

abam hensem yang rajin pulak melayan kami bergambar. 

kedai western dalam umah tradisional. 

onda way balik jumpa satu lagi kedai yg hipster. 

aman walk di waktu malam 

bergambar kenangan dengan Kak Mai dan Kak Yati. kak Yati penuh nilai keibuan ..

minum pagi yang iols suka sandwich telor. sedap weh!

gambar terakhir sebelum berpisah 

Jumaat , jam 12.30 segala urusan aku di Starcity Hotel selesai, aku akan naik flight jam 8.55 malam .memandangkan masa banyak masa aku mengambil keputusan utk jalan jalan di aman central. aku beli sushi dan mochi di sebuah kedai sushi. 

aku sedang elok nak makan di boat noodle . kak Asmahan call cakap nak pick up aku. mmg aku plan nak jumpa dia tapi tak sangka dia ajak aku balik dan berehat sebentar di rumah mak dia . Kebetulan dia baru dapat anak ketiga Aufa, umur pun baru dua bulan . seronok tengok baby..



akibat penat sangat aku tertidur sehingga jam 7.00 petang , aku mandi dan bersiap siap nak ke airport. Alhamduillah sempat. check in dan solat jamak maghrib isyak sebelum berlepas. 

Bai bai ALOR SETAR. seronok berjalan di kedah ..orang orang nya baik dan peramah. insya Allah ada rezeki kami mai lagi. 

antara yang menarik di Kedah:
- Laksa telur Kechai
- Pulut sambal di kuala Kedah
-Laksam di Kuala Kedah
-Kopi Gantang
-dodol durian Pekan Rabu 
-hotel Tabung Haji dekat dengan airport tetapi jauh dari bandar Alor setar
-hotel fuller dan Hotel Starcity setaraf 3 bintang
-hotel Royal signature cantik hotel baru semua nya dekat dengan bandar alor setar iatu Aman sentral dan Menara ALor setar.
-makanan kedah sedap dan murah.




Isnin, 6 Ogos 2018

Melaka Sentral ke KLIA.

kalau korang nak amik bas ke klia aku cadangkan amik 4 jam atleast sebelum korang nak terbang.. ko letak masa perjalanan kau paling lambat 3 jam ..ko sampai nak jalan kaki lagi ke dalam berapa minit. katakan ko letak 4ominit..lepas tu ko nak check in bag lagi 
so letak masa yang banyak sui
SELASA,7HB OGOS 2018

Pagi tadi, aku sempat breakfast dengan suami. pukul 745pagi aku gerak ke Melaka sentral. just nice sampai terus naik bas jam 830 pagi. aku kira kira macam sempat je...


tiba tiba pukul 9 baru sampai senawang. masak ni kalau lambat habis burn tiket flight aku. aku diam jugak. tak lama dekat persimpangan nak masuk KLIA/Shah Alam jammed. rupanya jalan tutup aduh ! masa tu dh jam 10 pagi. Flight aku jam 1150. last gate jam 1130. adoii...


aku terdengar pulak abang tu berbual dengan driver suh hantar dia dulu ke klia ..aku lagi cuak jam berapa aku nak sampai...


aku ke depan dan cakap dengan driver bas aku tanya jam berapa sampai KLIA2 aku punya flight jam 1150.. driver tu siap warning lain kali susun jadual ..mana boleh macam ni. aku diam je ..mana aku tahu bukan selalu naik flight. 


aku sampai klia2 jam 1030 pagi ..terus aku berjalan laju ke gate j4. masa nak lalu security ais asia timbang hand luaggage aku. aduh! 9k .langsung kena check in bag ..dia kira 9kg rm101 untuk pergi balik. 


aku malas cakap banyak kang aku lambat pulak . aku bayar je seratus satu ringgit harap nnt aku boleh claim . mahal dowh ..tiket 214 tambah luagage 101 dah tiga ratus lebih tu 


fuh!!! akhirnya ku berada didepan gate j4 jam 11.05 pagi.lega...sempat aku hantar satu dokumen pada Ust Fazlee. 



beria bukka lappy bajet cam manager besauuu!

kapal terbang aku..apsal lah dah selalu naik pun nak amik gambo jugak !! 

alhamdulillah..naik je flight aku duduk tempat 9D. sempitlah sikit tv takde ..wifi kena bayar 9rm untuk 3MB ko rasa? aku lapa pulak .
FA tu jual makanan aku beli sushi tiga segi kepotong kek keladi dengan kopi ..total RM 16 ringgit ko hado?
set 16 ringgit ..tepokkk! 

aku pun dh lapar sangat sebat jelah. aku order nasi lemak dia kata takde. mana tidaknya ..dekat sangat. ko baru bukak plastik bekas nasi lemak pak nasser dah sampai aloq star. 

sushi dia sedap..kalo kat kedai TBS tu baru 3.50 nkoo!
aku pun tadi makan benda alah tu tak sempat mencekik kek keladi dia yang wangi cam bau pembersihan bilik air ..kapten dia dh annouce air craft nak mendarat. tercekik aku...aku lipat meja sambil tangan satu lagi pegang kopi. 
hai lah kek..apsal lah ko wangi ..pelik aku ...aku telan je janji kenyang!

hah part ni aku lemah sikit..sebab aku ada masalah telinga sakit bila ada pressure ..mmg sakit ok bukan tak selesa ..aku rasa lepas ni nak beli alat yng sumbat telinga tu ..tak lah sakit sangat telinga aku. 



 touch down je aku ke kaunter nak tempah teksi. aku tanya dari airport ke star city hotel dia chrge RM25 ..humanggai! mahai siak! aku terus tengok grab! ceh..baru 12 ringgit . aku dh lah sakit hati kena bayar luaggage sekali nak kena ketuk dengan teksi pulak. hmmm.. aku amik grab ..senang! jam 1.48 petang aku sampai bilik.

yey!!!!! dapat bilik seorang. aku google hotel ni tak cantik pun. bila masuk ..eh! cantik je....rate dia aku tengok standard RM190..cer korang google.! oklah bilik besar dan cantik!


nice kan... kawan aku menganjing cakap ..ada hafiz lagi best ! ko ingat aku dtg sini nak ber/%##$ je ke adoiii..

tempat aku menaip dan isi borang tnt aku ..kang aku share! 

oklah itu shaja aku nak share. petang ni baru ada taklimat jam 5 petang. aku ingat nak jalan g mall kejap. lapar pun lapar.



Sabtu, 4 Ogos 2018

Sephia Argan Oil memang Best

sejak aku jual minyak ni dah tiga kali aku letak dalam group e biz dan sebanyak tu jugak orang order minyak aku
2o botol sekali order masuk
lepas ni aku nak order 30 botol

banyak kata elok utk muka 
tak kusam 
dan sangat mencantikkan kulit

ada yang suami dia terkena ekzos moto pun sapu elok kulitnya 
kita ikhtiar jelahkan 


ini produk baru cream argan

body shampoo

ni produk best dia

shampoo mmg sedap bau dia kuat dan pekat

KOLEKSI LATIHAN TINGKATAN 4 PENDIDIKAN ISLAM

Jumaat, 3 Ogos 2018

MY PATROL DENGUE

Selepas program khidmat masyarakat di Taman Saujana Seksyen 3 kami bersedia utk program mega seterusnya iaitu Konsert patrol Dengue di Jonker Walk. dan ini akan jadi thema video yg bakal aku hasilkan kelak.aku harap ia benar benar dapat membantu aku melaksanakn tugas dengan baik. insya Allah.

ada benda aku nak share. kadangkala idea kita ni org taknak terima namun sebenarnya kita nka yang terbaik utk sekolah kita pastinya kita mengharapkan sebuah kejayaan utk perkara ni.

aku dalam usaha nak amik video asyraf muslim dan Mail Izani utk buat shout out bagi Patrol Denggi SMK Bukit Baru . 
harap lepas ni ada idea idea yang lain 



tq Apple for being nice to me! 

Rabu, 1 Ogos 2018

Pusat Tuisyen Imran

susah jugak nak caik pusat tusiyen yg betul betul ok. kebetulan bahasa arab dia lemah jadi aku nak hantarkan dia belajar bahasan arab . tengok facebook ada pusat tuisyen under GPMS. harapnya eloklah. aku nak suruh imran belajar Mathematics dan  Bahasa Inggeris jugak. Dulu Imran pernah masuk KUMON. mmg okey.. tapi work sheet banyak dan dia pulak tak tahu manage masa jadi selalu kelam kabut dengan kerja sekolah lagi. 
tahun depan imran UPSR maka tahun ni kena bersungguh sungguh dan tak boleh main main lagi. focus belajar. 

Pusat Bimbingan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Melaka

Kelas Bimbingan dan Intensif bagi 

📝Bahasa Inggeris (Tahun 3-6)

📝Sains (Tahun 3-6)

📝Matematik (Tahun 3-6)

📝Bahasa Arab (Tahun 3-5 dan PT3)

Yuran:

1) Setiap 1 matapelajaran : RM30
2) 3 matapelajaran : RM80
3) 4 matapelajaran : RM100

Yuran pendaftaran : RM30

Bermula : Ogos 2018

Lokasi :
Pusat Bimbingan GPMS Negeri Melaka
NY GEMILANG SDN BHD
55-1, Jalan TU 49A, 75450 Ayer Keroh, Melaka
06-231 0286
https://g.co/kgs/WEFJ4p

Sila Hubungi Urusetia :

☎ Cikgu Jauhar : 019-7336211
☎ Ustazah Masita : 013-6421944
☎Cikgu Wawa : 012-2416438

Jadual Kelas Bimbingan GPMS Melaka 2018

📆 Hari : Isnin
🕰 Masa : 8-10 malam

Bahasa Inggeris
Tahun 3 & 4

Matematik
Tahun 5 & 6

📆 Hari: Selasa
🕰 Masa: 8-10 malam

Bahasa Arab
Tahun 5 & 6

Sains
Tahun 3 & 4

📆 Hari: Rabu
🕰 Masa: 8-10 malam

Bahasa Inggeris
Tahun 5 & 6

Matematik
Tahun 3 & 4

📆 Hari: Khamis
🕰 Masa: 8-10 malam

Bahasa Arab
Tahun 3 & 4

Sains
Tahun 5 & 6

jadik mulai minggu depan imran akan ada kelas pada waktu malam iaitu 

ISNIN, SELASA DAN RABU. sedang elok. khamis dan jumaat kelas agama baliklewat 6.30 petang



****** aku tak jadik hantar sebab gurunya budak budak muda ... 😏😏😏

HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...