Isnin, 13 Ogos 2018

Bantuan pesakit kanser .

"Usah bersedih jika kita diuji Allah. Hidup ini merupakan satu ujian kepada makhluk Allah dan di akhirat kita akan mendapat balasan ke atas apa-apa jua yang kita lakukan di dunia ini. Oleh itu setiap yang berlaku terhadap diri kita merupakan satu ujian.
Lagi susah kita mendapat ujian, lagi tinggilah maqam kita di sisi Allah SWT. Jangan mengeluh, menyalahkan, dan merungut apabila menerima ujian Allah, kerana Allah sedang menyediakan markah atau pahala yang tinggi kepada hamba-Nya yang reda" 
-Prof Dr. Muhaya-

Asslammualaikum 

Aku suka nak share cerita sepupu suami aku yang tidak bekerja kerajaan dan kelaurga nya jugak tidak bekerja kerajaan. 

baru baru ini dia didiagnose sakit cancer pada alats ulit katanya tahap 4. kasian dia tidak bekerja tetap. ayah dh meninggal cuma tinggal ibunya sahaja. 

nak dapatkan rawatan kimo pun terpaksa pinjam duit orang..untunglah kalau siapa yg bekerja dalam kerajaan kerana segala kos rawatan akan ditranggung sila baca disini pasal GL

katanya sekali rawatan kena 600 ringgit mahal tu. kimo pulak kena buat ikut jadual. dah lah susah hati dengan penyakit yang ditanggung di tanggung dengan masalah kewangan ..allahu akbar..semuga dipermudahkan 

bila aku fikir balik banyak benda kita kena sykur pada Allah SWT..teringat video Ali Banat tentang nikmat dapat berjalan ke tandas sendiri. bila sakit segalanya terbataas. 
masih terbayang dek mata aku bagaimana mak struggle lawan sakit kanser nya.. akhir hayat dia tidak mengenali kami .sedih sangat...


/// SALURAN BANTUAN KEWANGAN BAGI PESAKIT KRONIK / KANSER ///
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib sesetengah daripada pesakit kanser yang tidak mempunyai apa-apa perlindungan perubatan. Jika anda kakitangan kerajaan atau pelajar, bersyukurlah kerana ia adalah percuma dengan jaminan kerajaan.
Sekiranya anda berkerja dengan syarikat yang kukuh, bersyukurlah kerana anda juga dilindungi oleh insurans berkelompok syarikat anda. Dan sekiranya anda pemegang polisi insurans atau takaful, bersyukurlah kerana anda mampu untuk mencarum.
Tetapi......Bagaimana pula mereka yang tiada di dalam senarai ini? Terutamanya yang tidak ada istilah ‘GL’ buat mereka. 
Oleh itu, di sini ada sedikit maklumat berkaitan saluran yang boleh dirujuk untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan penyakit kronik dan aku khususkan buat pesakit kanser.
(1) BAITULMAL
Majlis Agama Islam Selangor
Permohonan adalah melalui Lembaga Zakat Selangor
Tel: 03-5514 3400
*Rujuk majlis agama islam / pusat lembaga zakat negeri anda menetap
(2) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,

62100 Putrajaya
Tel: 03-8000 8000
Email: info@jkm.gov.my
(3) TABUNG KASEH KANSER OKB
Persatuan OKB (Orang Kota Bahru)
18-2 Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang

43000 Kajang, Selangor
Tel: 03-8741 2888
Email: urusetia@kasehkanser-okb.com.my
(4) MAJLIS KANSER NASIONAL (MAKNA)
BG 03A & 05, Ground Floor, Megan Ambassy
No 225, Jalan Ampang

50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 -2162 9178
http://makna.org.my/
Berikut adalah carta alir secara ringkas bagi permohonan
1- Pesakit sedang atau akan mendapatkan rawatan untuk kanser di mana-mana hospital kerajaan di Malaysia
2- Pesakit kemudiannya dirujuk oleh doktor yang merawat kepada jabatan kerja sosial perubatan
3- Pegawai kerja sosial perubatan akan mewawancara barkaitan latar belakang sosio-ekonomi pesakit
4- Dokumen sokongan yang berkaitan dikumpulkan untuk mengesahkan latar belakang ekonomi pesakit
5- Setelah semua keperluan untuk permohonan dipenuhi, ia kemudiannya akan diserahkan kepada MAKNA
6- Permohonan yang diterima akan disemak oleh pegawai MAKNA
7- MAKNA akan memproses permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja

8- Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui mel dan e-mel
(5) YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YaPIEM)
Tingkat 8, Grand Seasons Avenue,
No 72, Jalan Pahang,

53000 Kuala Lumpur
Tel: 03-2717 2717
Permohonan Perubatan Pesakit Melalui Sumbangan Amal Jariah
Senarai Semak Permohonan
1- Surat rasmi permohonan peribadi
2- Surat pengesahan penyakit daripada doctor yang merawat
3- Salinan kad temujanji pesakit dengan hospital yang merawat
4- Salinan kad pengenalan

5- Salinan slip gaji (jika ada)
(6) YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN
Tingkat Bawah Lot 1,
Bangunan TH, 148 Jalan Ipoh,

51200 Kuala Lumpur
Tel: 03-4041 4155, 03- 4042 4188
www.ytwp.com.my
Bantuan Perubatan Pesakit Kronik / Kecemasan
Syarat Penerima Bantuan:
1- Islam
2- Warganegara Malaysia
3- Menetap diluar Wilayah Persekutuan (diutamakan) dan dalam Wilayah (kes khas)

4- Permohonan ulangan hanya boleh dibuat selepas 6 bulan dari tarikh kelulusan terdahulu
(7) KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP
Tel: 03-8922 6000
http://www.kwsp.gov.my/
Pengeluaran kesihatan ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal DAN / ATAU pembelian peralatan perubatankesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan spt berikut:
1- Suami / isteri
2- Anak / Anak Tiri / Anak Angkat
3- Ibu Bapa / Ibu Bapa Mertua / Ibu Bapa Tiri / Ibu Bapa Angkat

4- Adik Beradik
Ahli boleh membuat pengeluaran bersama dengan ahli keluarga yang lain untuk membiayai kos perubatan pesakit tertakluk keopada kos perubatan pesakit






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...