Sabtu, 11 Ogos 2018

shot vocation in kedah



Hari Khami petang, kami memulakan perjalanan untuk meronda ke Pekan Rabu. tak banyak yg aku beli di Pekan Rabu selain dodol  durian, beberapa makanan jajan..itu sahaja. aku ada juga beli kopi Gantang yang femes di sana. dan key chain utk imran. imran suka koleksi Key Chain. 

Kemudian dengan menaiki grab dari Pekan Rabu, kami ke Iman Kueyteow, kami pun tak pasti dimana. grab membawa kami dengan bayaran RM11. Kami order kuewtiaw dan roti arab. 


 review aku utk Iman Kuewtiaw ni kira biasa biasa aja. aku lebih suka kuewtiaw goreng di Dapur Mamu Rico di rumah aku yang dulunya di kenali dengan nama Penang Pot. cuba hangpa google mesti jumpa. lokasinya di Taman Tasik Utama.




Iman kuewtiaw goreng kerang. 
malamnya kami meneruskan misi jalan jalan kami Aman Central. Malangnya dah jam sepuluh malam banyak kedai yang dh tutup. kami sambung jalan ke  Menara alor Setar utk melihat apa yang menarik di sana . wah! meriah ada pasar karat. ada jualan macam pasar malam. sempat lah aku rembat baju duduk rumah serta baju gown tidur malam. habis RM50

kami bercadang nk makan bihun sup ,tapi bila di tanya katanya kedai tu dh ditutup. kami berjalan sampai lah jumpa kedai homemade pizza ni.. Thabrany pizza. yang specialnya kedaini pizza di masak secara tradisional.


ini kedainya yang unik. 

abam hensem yang rajin pulak melayan kami bergambar. 

kedai western dalam umah tradisional. 

onda way balik jumpa satu lagi kedai yg hipster. 

aman walk di waktu malam 

bergambar kenangan dengan Kak Mai dan Kak Yati. kak Yati penuh nilai keibuan ..

minum pagi yang iols suka sandwich telor. sedap weh!

gambar terakhir sebelum berpisah 

Jumaat , jam 12.30 segala urusan aku di Starcity Hotel selesai, aku akan naik flight jam 8.55 malam .memandangkan masa banyak masa aku mengambil keputusan utk jalan jalan di aman central. aku beli sushi dan mochi di sebuah kedai sushi. 

aku sedang elok nak makan di boat noodle . kak Asmahan call cakap nak pick up aku. mmg aku plan nak jumpa dia tapi tak sangka dia ajak aku balik dan berehat sebentar di rumah mak dia . Kebetulan dia baru dapat anak ketiga Aufa, umur pun baru dua bulan . seronok tengok baby..



akibat penat sangat aku tertidur sehingga jam 7.00 petang , aku mandi dan bersiap siap nak ke airport. Alhamduillah sempat. check in dan solat jamak maghrib isyak sebelum berlepas. 

Bai bai ALOR SETAR. seronok berjalan di kedah ..orang orang nya baik dan peramah. insya Allah ada rezeki kami mai lagi. 

antara yang menarik di Kedah:
- Laksa telur Kechai
- Pulut sambal di kuala Kedah
-Laksam di Kuala Kedah
-Kopi Gantang
-dodol durian Pekan Rabu 
-hotel Tabung Haji dekat dengan airport tetapi jauh dari bandar Alor setar
-hotel fuller dan Hotel Starcity setaraf 3 bintang
-hotel Royal signature cantik hotel baru semua nya dekat dengan bandar alor setar iatu Aman sentral dan Menara ALor setar.
-makanan kedah sedap dan murah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...