Rabu, 9 Ogos 2017

Emas pandora oh! Pandora

Dua tiga hari ni otak asyik nak pandora je... sekejap pikir pandora sekejap pikir pandora .. trend kot! Jadi aku pun sebelum g tengok emas .. singgah Ar Rahnu nk tahu nilaian emas kat tangan aku ni...
Paling dekat nak tengok kat Ar Rahnu Yapiem. Tapi satu perkara aku tak suka Ar Rahnu ni ialah perangai staff nya yg sombong.. macam lah yg dtg ni mengemis sgt.. walaupun mmg kami ni nak pinjam duit .. tapi kami cagar guna emas tau bukan pinjam koosng... lagi pun ko bagi kami pinjam ada interest jugak tu hah! Upah simpan sehari seringgit ... ikut berat barang... sian aku tgk bro ni bila dia tak faham kenapa barang kemas dia tukar surat harga pinjaman pun berubah... so kena lah belajar dulu sebelum pergi ar rahnu ni.... ok!

Aku saja nak usha berapa nilaian emas kat tangan aku sekarang .. setelah ditimbang harga emas aku dalam rm 8 ribu lebih wah! Banyak tu dan aku layak pinjam 5k lebih 65% banyak jugak tu tapi bila pikir harga upah simpan yg besar aku tak jadi tapi dpt tahu harga nilaian emas aku skrg.....

Lepas tu aku ke kedai emas nak tengok emas corak pandora... ala yg bangle ada charms tu tengok harga gelang dalam RM2.5 harga emas dia amik 1g : RM189 tengok tu nilaian 1 gram mahal banget! Ingat zaman 2007 aku beli gelang emas guna duit akad nikah rm 80 segram ... beza sepuluh tahun banyak betul beza nya.... so kalau nak menyimpan emas mmg cara yg terbaik .. kalau terdesak pun ada juga duit kita boleh dpt bukan dr pinjam along semata hahahha πŸ˜–πŸ˜–πŸ˜–

Tapi sebelum membeli kena risik harga di tempat lain .. macam aritu di Melaka kedai emas dlm mydin harga 188 di kuala kangsar boleh dpt 175 lebih kurang takde gat lagi ... jadi kita kena mengkaji dulu sebelum membeli

Oklah! Sila belajar di web zulkifli.com perihal emas Mohd zulkifli 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...