Isnin, 28 Ogos 2017

Kari Ikan Mudah, semudah ABC

Dulu masa awal awal kahwin aku mmg fail buat kari ni. Paling fail part maukkan santan terus tak jadi. sejak tu aku macam tawar hati nak masak kari. Gulai kari mmg jarang masuk dapur. 

Entah macam mana aku cuba buat kari tanpa santan . Jadilah pulak. Seingat aku ..aku belajar dengan Kak Aisyah isteri Abang Am. Resepi kari tanpa santan Tapi syaratnya kena buat sedikit pekat dr kari biasa baru sedap 

RESEPI KARI IKAN MUDAH 

Bahan bahan:

-ikan jenahak. saiz sederhana
-bwang besar sebiji
-bawang putih 4 ulas
-halia dalam 2 inci
-serbuk rempah kari
-sehelai daun kari
-air asam jawa
-bendi dan tomato (ikut selera nak banyak mana..)
-garam mengikut citarasa
-minyak untuk menumis

Cara memasaknya:

1. Bahan asas seperti bawang besar, bawang putih , halia dan daun kari. Aku gunakan ini sahaja. takde rempah rempah. dan takde juga banhan yang ditumbuk . semua nya aku hiris sahaja. dulu bila google resepi kena masuk halba campo biji sawi jadi rmehlah pulak. korang cuba buat macam ni ..Insya Allah sedap ! aku dh banyak kali masak macam ni ...siap jamu kawan dtg rumah ..


2. Aku gunakan rempah kari BABAS. rasanya lebih sedap. Mak aku pun gunakan yg ini. ingat sukatan repah kari ebih sedikit dari biasa.


3. Tumis bahan bahan tadi tu

-bwang besar sebiji
-bawang putih 4 ulas
-halia daam 2 inci
-sehelai daun kari

tumis dengan minyak masak .sehingga layu


4. Masukkan rempah kari . Dalam 5 sudu besar ...sebelum tu kecilkan api. pastikan rempah tu degoreng dengan minyak tanpa air. ksik koreng dala 2 minit baru masukkan sedikit air ..dikit dulu jangan tuang sekali banyak. Kacau sehingga keluar minyak seperti dalam gambar. bila dan keluar minyak masukkan ikan yang nak di masak. selalunya guna ikan jenahak atau ikan bawal.. mana mana pun boleh yg sesuai 


 5 Ikan ni masukkan dan air asam jawa dimasukan selepas tu . sukatan dalam satu mangkuk air satu sudu besar asam jawa. masukkan air HANYA sekadar tutup ikan tau . Sebab nnt air ika akan keluar. kalau nak tambah kuah .masukkan air asam jawa jangan masukkan air biasa,


6. masukkan bendi . tenggelammkan bendi dalam air. tutup tudung. biarkan kuah menggelegak dan bendi menjadi lembut. Masukkan garam secukup rasa. Apapun belajar masukan sedikit terlebih dahulu. baru Masukkan lagi. sedikit demi sedikit dan rasa.


Untuk lebih sedap . Waktu makan nnti tumbuk sambal belacan dan cicah ulam timun. 

Selamat mencuba.

maaf gambar kari dh siap tak sempat tangkap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...