Selasa, 15 Ogos 2017

tips Mudah KBAT

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yg singgah di blog saya.

Sedikit perkongsian utk score A dalam Pendidikan islam 

Ikuti langkah langkah ini. 

1. Kata Kunci

Setiap soalan mempunyai kata kunci. Kata kunci ini perlu di highlight kerana iabmerupakan KEHENDAK SOALAN. Kesilapan pelajar memahami kehendak soalan akan menyebabkan pelajar tersasar dari memberi jawapan yg tepat. Kenal pasti 5 kata kunci ini .

1- Definisi/ Maksud
2- Faktor / Sebab
3- Hikmah/ Fadhilat/ Kelebihan baik
4- Kesan / Impak/ implikasi
5-Langkah langkah/ Usaha 

2. Payung jawapan. 

Setiap kata kunci ada isi yg boleh kita gunakan.

sebagai contoh:

DEFINISI / MAKSUD/ PENGERTIAN

- gunakan teknik What, why, when, who , where and how. 

Sebagai contoh. Nyatakan pengertian solat sunat Aidilfitri

(what) solat sunat (when )yang ditunaikan pada pagi 1 syawal (when) 

disini calon boleh mendapat sekurang kurangnya 2 markah !

FAKTOR / SEBAB

- lemah iman
-kurangnya pengetahuan agama/ pendidikan Islam
-pengaruh rakan sebaya
-anasir barat/ pengaruh buruk media sosial
-kurangnya penghayatan Islam dalam kehidupan
-dorongan hawa nafsu
-hasutan syaitan 

HIKMAH/ KELEBIHAN

-mendapat pahala/keberkatan hidup/ mendapat rahmat Allah
-dihormati masyarakat/disukai masyarakat/ disayangi/ dipandang mulia
-dikurniakan nikmat 
-dimasukkan ke dalam syurga
-dikurniakan hidayah
-diluaskan rezeki/ di beri perlindungan Allah

;;to be continued;;



1 ulasan:

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...