Assalammualaikum.
Rata-rata antara kita mesti nak memiliki kediaman sendiri Jika yang bekerja di Kuala Lumpur peluang untuk membeli rumah sendiri sangat terhad. sebab mahal dan kalau nak beli paling tidak rumah PRIMA. atau mana mana rumah apartment. harga 300k ke atas dikira murah dan boleh dibeli..
apa kata korang tukar selera beli rumah di Melaka? hahah mesti pelik kan tak de apa tiba tiba nak beli rumah di Melaka. Tapi ada je kawan aku suami isteri kerja di KL tapi beli rumah di Sg Petani kedah. alasan rumahnya murah dan harga masih reasonable.
Baik jika kalian memikirkan lokasi . Melaka antara negari maju di Malaysia yan terletak ditengah antara Kuala Lumpur dan Johor ...tak lama lagi akan dijalankan rojek keretapi laju dari KL ke Singapore ini pasti akan menaikan lagi nilai harga property yg bakal di beli.
Baik untuk harga 300K sudah boleh dapat rumah teres dua tingkat . Landed house dan leased hold. Rata rata rumah di area bandar bertaraf leased hold bukan free hold. sebelum terlupa untuk yang lahir di Melaka layak memohon tanah MCL ..iaitu tanah rzeab negeri Melaka. Pasti harganya murah dan mampu milik.
kalau untuk yang nak beli rumah single storey harga adalah lingkungan 250k ada juga yang murah dalam 200k. jika harga lingkungan 180k atau ke bawah selalunya lokasinya agak jauh dari Bandar Melaka.
Ini dua perbandingan harga property yang berbeza. Maaf ! yang Country Villas tu kita ambli harga Bumiputra ya dalam RM 380k bukan RM450K itu harga non bumi tapi rumah yang sama. Harga untuk tahun 2017 ya
Jalan Gapam ni masih dekat dengan bandar. sekitar dalam 10km ke traffic light utama antara Seri Negeri dan Mydin MITC. |
JIka nak beli rumah di Melaka. Saya sangat mencadangkan untuk beli di area Ayer Keroh berbanding Banda Hilir..kerana apa ? sebab lokasinya yg sangat strategik dan berhampiran dengan pintu masuk tol Ayer Keroh. Melaka ni kecil dan semua kawasab adalah bandar. Ia terdiri 4 daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin ,Alor Gajah dan Hang Tuah Jaya. Kalau Alor gajah tu area A Famosa Resort dan Melaka Premium outlet, Freepot . Dekat simpang Empat dan jauh dari bandar melaka dalam 22k dr Tol Ayer Keroh.
Ok nak beli di mana ?
jika di Ayer Keroh ..Taman Tasik Utama adalah antara perumahan yg popular, selain itu ada Melaka Perdana . Jika jauh sedikit ke arah Jasin ada prumahan yg baru naik namanya Ambang Gapam.. rumah singe storey banglo harga bermula RM399..luas jugak tanahnya akan siap dijangka pada 2019. { Rumah gambar di atas}
ada juga taman gated and guarded di Country Villas bermula harga untuk bumiputra dalam RM368k dua tingkat lot tengah mengadap rumah ke rumah...jika mengadap pemandangan RM380k ini berhampiran Orna Golf , Harga yang dinyatakan adalah harga sekarang sebelum lesen perumahan dikeluarkan. Msti harga akan lebih mahal bila lesen telah dikeluarkan dan rumah hampir siap. Antara rumah yang termahal ialah Vista Kirana harga rumah mencecah RM800k mmg mahal...
Jika korang tak punya banyak masa, google lah property di Melaka. atau jika punya masa datang sendiri ke Melaka. sambil jalan sambil tu boleh tengok rumah yg sedang di bina di Melaka. Jika nak bergerak sudah ada ETS dari Pulau Sebang (melaka) ke Padang Besar (perlis). tak lama lagi mesti akan ditambah baikan lagi.
Dari segi sekolah ada Sek Men Sains Mudzafar. MOZAC atau Sek Shahrifah Rodziah dan Sek Men Sultan Muhammad dua dua sekolah agama yang amat baik di Melaka. Utk org kaya ada KYS iaitu Kolej Yayasan Saad ini merupakan sekolah swasta. Ada juga sekolah biasa yang baik iaitu SMK Bukit Baru. Iaitu skolah aku mengajar.hahah....utk MRSM ada .MRSM Bitara iaiti MRSM Tun Ghafar Baba di Jasin , MRSM Alor Gajah.
Universiti pula adanya MMU, Utem ,UITM dan Kolej ISLAM Melaka.
Jalan raya di Melaka jarang sangat jammed melainkan hujung minggu dan ketika hujan . tapi ada banyak jalan boleh kita guna utk elakkan jammed |
Country Villas Melaka. masih banyak rumah sedang dibina dan bakal dibina . terbaru lot perniagaan. |
Rumah tees dua tingkat masih dibawah RM400k |
Mc Donald dekat je dengan rumah jika di TAMAN TASIK UTAMA |
Kesimpulannya, utk beli property hari ini mmg mahal. kalau kita ambik kira lokasi dan kecerahan prospek yang dibeli. Jika beli di kawasan yang agak jauh dr bandar boleh dpt dengan harga yang lebih murah .
Harap membantu siapa yang sedang mencari property di Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan