Rabu, 23 Ogos 2017

Dr Vincent and Liu, Melaka.

Assalammualaikum. 
16hb Ogos tiba tiba ada spotting! aku ingat period .Selamba aku tak solat.. dia keluar kaler coklat...ada masa stop langsung tak keluar apa apa....tapi masuk hari kedua ketiaga aku rasa sesuatu. Ni tak macam period je. aku tekad mandi dan solat. Tak pasal pasal aku tinggal solat..aku pun pelik Eh! apsal tak darah lagi ni..asyik coklat coklat je...pastu 20hb aku test .bila check dua line tapi satu line kabur giler..

Aku ada pengalaman lalu masa imran kecik .second time ngandung macam ni jugak ..beza coklat coklat tu keluar berlarutan ..buat pregnancy test  mmg dua line satu kabur dan masa tu Dr Zanawati kat Taman Maju cakap ni tanda nak gugur..mmg betul tak lama kemudian aku turun period dan kluar macam isi ikan ...darah yg kita cuci ikan tu macam tulah ...atau lebih tepat 'alaqah ialah seperti daging yang di kunyah..hihi....

so kali ni aku pun agak mungkin nk gugur..masalahnya spotting tu hilang...dan aman dr apa apa jua discharge. aku pun dah start suruh suami beli acid folic. 

Rabu aku sekali lagi buat test. kali ni result yg keluar hanya satu line! Allah..bajet dah ngandung siap ngidam macam macam hahah...auta ja...sekali satu line pulak..bagitau suami dia pun dah macam frust hahah.....

disebabkan aku tak nak berteka teki aku decide nak jumpa doktor Vincent adn Liu je..actually klinik ni klinik pakar kedudukannya berhampuran Kings Hotel opposite Pantai Hospital. Doktor Vincent dan Doktor Liu dua dua doktor Hospital Pantai .Kalau kita jumpa dia time nak bersalin kita ke pantai sebab tiada tempat bersalin kat klinik ni..hanya utk monthly check up. Tapi dua dua adalah doktor pakar. 

Nasib bai time aku sampai pukul 1130 pagi mmg tengah lengah gila. actually korang kena dtg buat appoiment kalau main redah mmg bahaya. At least telefon dulu..bukan apa kalau time ramai orang 15 orang baru turn korang jumpa doktor...

ok! aku jumpa dan explain pada doktor kes aku..siap tunjuk gambar result  masa buat pertama kali pregnancy test tu yg dua line tapi kabur..doktor tengok je terus dia kata confirm mengandung! 99%.hahah..aku gelak leps tu tanya apsal pagi tadi satu lain ..dia kata mungkin air kencing aku cair dan tak pekat ..menyebabkan result tu negative. tp antara dua tu dia kata dia positive. bila kau suggest nak sca n. Doktor kata tak prlu sebab terlalu kecik dan takkan nampak. Eloklah ..taklah doktor ni mementingkan keuntungan semata mata ..dan dia advise aku untuk ami dupaston utk kuatkan rahim. 

fuh!! berdebar betul rasanya. doktor kata kalau nak buat lagi tunggu 7 hari dr tarikh lewat period dan scan lagi tiga minggu. maksudnya masa tu mgkin usia kandungan dalam 8 atau 9 minggu. 

dan aku sendiri pun tak pasti samada aku mengandung atau tidak. aku berdoa jika iya semoga anak dalam rahim ku ini membesar dengan sihat. dan aku selamat melahirkan baby ini Aamin..

nervous juga .. tapi bila dah mengandung kali ke lima .( eh! ya ke?) hahah aku rasa lebih steady sebab kita boleh  bersedia dengan apa apa bakal yg berlaku dengan pengalaman yg kita ada  ..sebagai contoh kalau ada jaga elok elok kalu tak pun takp ..ada rezeki lagi nnt...aku doakan hanya yang terbaik dr Allah SWT.

So take note guys:

1. Kalau period lambat tunggu atleast 10 atau 7 hari period lewat dr tarikh biasa datang baru buat pregnancy test.
2. Line dua sama ada kabur atau jelas menunjukkan kebarangkalian mengandung ada lah YES. Sebab dia detect hormones HCG yg ada dalam badan.. kabur sebab hormon belum kuat dalam badan tapi dh ada. Ada juga kes kes tertentu dah ada tapi jika tak kuat akan gugur sebagai darah period. Sebab tu doktor akan nasihatkan makan ubat kuatkan rahim duphaston. Kalau ragu ragu jumpa doktor this is the best solution.
3. Doa baik baik Insya Allah .. dipermudahkan Allah SWT. Boleh start folic acid utk trimester pertama penting utk saraf baby. Yg nak mengandung pun elok amik .. as supplement.
4. Takes time to reveal. Just wait and dua.

Kos semua RM108 ubat dan consultation

aku punya strip no 1 dalam group positive test


2 ulasan:

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...