Jumaat, 19 April 2019

REVIEW OVEN BEKO DAN HOOD ELBA

serius mmg tak rugi lgsg beli hood rege RM800 lebih ni ...puas hati gila...korang tahu harga ni antara yg termurah tau !

korang tahu hood patern T terbalik ni mmg idaman aku, sebab aku dh ada pengalaman guna RUBINE yg glass dia melengkung tu ..so aku lebih puas hati dengan ELBA ni ...asap dia pun sedut ...dan nampak
 kemas lah ....
ni yg aku maksudkan bentuk T terbalik ...atas tu boleh lah letak perhiasan ..nnt aku cari perhiasan yg aku rasa ok 
ok oven pulak ..hari tu aku try bakar ayam ..

perghh!!! memang ayam dia masak sekata dan lembut juicy .... tak kering ..sedang elok je ...terus terang mmg aku puas hati guna brand beko ni europe product tau! 

resepi aku guna bawang putih tumbuk, campor sos tiram kicap manis masin, garam sikit, perasa denagn black pepper ..

ayam sedang dibakar ...ada lampu senang nak tengok kek dah masak ke belum 

cubaan buat kek pisang ..aiseyman kering sgt sebab aku letak terlebih tepung 

aku bakar pakai corning ware je senang cerita ..

cantik plak dapor aku dlm instagram neh!

tertiba tayang ayam masak merah ...


oven dari pandangan dekat 

ni gambo suami aku dh sampai taj mahal ..

doakan aku sihat , anak anak aku sihat..aku nak berjalan ni jika Allah izinkan .bulan 10 aku ke Surabaya dan akhir tahun ingat aku dan suami nak ke Kashmir. next year dpt dividen ASB aku bawak diorag ke Sapporo atau Jeju atau perth. India ni kotor takut sikit nak bawa budak budak ni ...lagi pun Iyad belum betul betul kuat. bagilah mak ayah dia hilangkan stresss sementara opah jaga kan cucus !boleh ke ?

hah kecam ..kecam..tak ramai setuju . tapi kalau aku tak kisah . Janji ada yg sudi menjaga nya .. bukan lama pun seminggu sahaja. 

atau lima hari. sebab masa mudalah nak jalan jalan pun ..kalau dh tua manalah larat nak jalan ...anak anak pulak travel...

ats pandangan masing masing ..tak sama . 

oklah dh lewat malam .good night ..sleep tight ! salam !



skrg ada promo tekan sini 

Sabtu, 13 April 2019

Kabinet Melaka Murah


alhamdulillah ! dah siap pasang hood dan oven. dan seperti biasa tak sabarlah nak guna oven kan..cuma yg tak bestnya kena buat plug baru sebab bila masak oven tak boleh guna ..acaner tu ?

oklah nasib baik kami beli hood dengan oven tu sebab kalau tidak tak pasal pasal kena upah lain org pasal hood ..susah rupanya nak pasang hood tu kena tembuk lubang dinding supaya asap dapat keluar . masa rumah lama hood tu acah acah je ..tak de pin sedut udara ke luar ...

so kira oklah kos 8k siap pasang semua . kami beli hood dari lazada brand elba . kata azim brand ni ok ..beko pun ok oven tu 

nampak tak oven tu ....

kaler putih gak ..smart kan 

matlamat lepas ni nak beli periuk le crueset pulakk

sakit pulak mata aku tengok coway tu punya wayar..

setelah 14 tahun kawin first time iols beli built in oven ..sebelum ni pakai yg kecik tu hadiah suami main golf


dr pandangan jauh ...dapor aku kau yg panas ..hahahh


pandangan dari ruang tamu 

hakikatnya tak murah nak naik dapur ni ..aku kena spend lebih kurang 10k utk kabinet termasuk hood dan oven... oven je dah seribu lebih kann...
contact Azim kabinet kitchen Melaka:
o17 -267 3307 

Selasa, 9 April 2019

CPAP, KONSERT dan PROGRAM RK

Iyad discharge pada Jumaat 5 April 2019. Masa tu hafidz yg jaga. aku dh bersiap nak ke KL bawa baju . esok sabtu ada Konsert Muzikal sekolah waktu pagi dan malam.
aku nak sgt pergi tapi  takkan aku dpt pergi Iyad dalam wad. 

bila sampai wad, rupanya Iyad dpt discharge tp balik dengan Cpap Machine. 
lega rasanya, aku. mmg ada tugas penting . Minggu depan selasa 9 April ada pembentangan kertas kerja Rancangan Khas. 
iyad dengan mesin cpap berharga RM3,800 
SABTU, 9 april

Aku bangun awal masak nasi, beri Iyad susu ikut perut dan ubat ubat iyad kena makan. aku suruh Iyad mandi dan aku dan suami keluar beli bfast. Kebetulan jumpa kedai runcit aku beli ayam dua ekor utk masak tengah hari.

lepas semua siap dlm 8.45 aku sampai di Grand Ballroom MITC utk konsert pagi . khusus utk pelajar.
budak budak nasyid dh siap. kali ni kami pakai samping. berdebar juga utk persembahan pagi. takut ada silap. 


bergambar kenangan dengan Ka zuriani yg banyak juga membantu dan Wany pelajar nasyid perempuan . 


memakai baju rasmi program Konsert Muzikal Jubli Perak 

throwback konsert 3 tahun lepas di Seri Negeri Ayer Keroh Melaka, aku join group angklung guru 

ust Wan pun turut membantu pelajar memakai samping 
dalam pada tu sampai pulak Hood dan Oven yg aku beli ... suka sgtt! bila lah dpat pasangkan ,
mendengar taklimat dari Mr Ronald Hendriks pengarah Muzikal


AHAD, 7 HB April
Mendapat perkhabaran bahawa Tn. Fakhrul Adlee dr JPN Melaka telah kembali ke rahmatullah. En. Adlee banyak berhubung dengan aku mengenai perihal program Rancangan Khas. dia nampak sihat tapi Allah Maha mengetahui . En. Adlee pergi kerana serangan jantung.




muka get ready nak bercakap depan orang 


terima kasih En zul kerana mengambil gambar aku ketika berucap .

belum full house !

walaupun ada juga sedikit kecacatan namun aku amar bersyukur dapat menyampaikan taklimat dengan baik namun bahasa agak sedikit caca marba . Biasalah spontan kan bukan ada teks pun . 

aku pernh menang syarahan peringkat negeri melaka masa tgkatan 4 tahun 1999 dan masuk kebangsaan di perlis. alhamdulillah oklah ! 

bercakap di hadapan org sebenarnya satu kesukaan yg aku dh lama tinggalkan . aku mmg suka bercakap jd peluang jadi cikgu beri keizinn aku menyampaikan apa yg aku rasa dan tahu . 

semoga mendapat iktibar atas apa yg telah aku sampaikan .

insya Allah 25hb April Program Kecemerlangan ini akan dilaksanakan semoga beroleh kejayaan hendaknya Aamin. 


Isnin, 1 April 2019

cara beri susu dengan gastrostomy tube .

first of all, aku bukan doktor. aku cuma ibu kepada anak yg sakit TOF (tracheaoesophageal fistula)

anak yg dilahirkan saluran makan esofagus tidak bercantum dengan perut, atau ada saluran yg bercantum antara esofagus (salur makan ) dengan trachea ( saluran ke paru-paru)

apa yg doktor akan lakukan ?
TOF repair. 

masa iyad 4 hari dia buat tof repair. 

lepastu terus sihat ke ..

TIDAK..ada beberapa komplikasi. TETAPI berbeza antra satu bayi dengan bayi yg lain. macam kes anak aku dia punya esofagus still boleh guna ada baby tof yg esoafgus dia tidak berfungsi. 

apa problems lain?

ada parut, atau stricture. apa ni ? ini merupakan kesan sampingan di mana kawasan yg di sambung mengecil semula dan kena dilakukan proses dilatation, untuk mengembangkan saluran yg menyempit tadi.
bila saluran esofagus menyempit, air susu tak boleh lalu akhirnya melimpah dan masuk ke paru paru budak akan jadi biru, 

jadi dilatation ni penting untuk mengembangkan sticture tadi guna kaedah baloon macam org ada maslaah jantung tu ..aku pernah dengar lah doktor gun ISTILAH OGDS [ OGDS stands for Oesophago-Gastric-Duodeno-Scopy (medical procedure) ]

nnt tak lah korang terpinga pinga bila doktor kata nal buat scope. 

sekali je ke dah settle? 
tak . dalam kes Iyad dia pernah buat sebanyak 5 kali seumur hidup dia sampai umur 8 tahun.



ok, apa masalah iyad lain ?
ok ni aku kopipes masalah yg lain baby TOF akan hadapi. 
aku harap sgt mak mak ayah ayah yg ada anak tof baca di sini . 
jumpa blog aku ni dan boleh membantu mereka. 

Iyad ada semua masalah di bawah :

1. Tof cough..sejak lahir mmg ada 

2. Chest Infection : bahaya sangat kalau banyak sgt scar kat paru paru menyebabkan kuman mudah membiak, bila kuman membiak ada scar lagi dan ;agi ..takut lama lama paru paru tak dpt digunakan. kena nfas pakai machine nak??

so apa nak buat , ajar anak buat kahak, fisioterapi ...tepuk tepuk belakang anak, bagi gas MDI yg diarahkan , elakkan ank kena jangkitan kuman , tapi bbay tof mmg senang kena sebab dia ada tersedak sedak naik ke paru paru itu punca kuman termasuk dalam paru paru dia . 

so kena refer pakar rspitory kanak kanak kat HKL namanya Dr Asiah Kassim. Head of Department. 

3. Makanan tersangkut.
mmg ada. tengah tengah makan iyad minta ..ibu tersangkut. nak minum air. bioleh jadi masalah ni disebabkan sticture atau dysmotility .

ok aku dh ngantuk nak tidur. 

nnt sambung ok. 
Every child is unique and will be affected in different ways by TOF/OA. However, there are some common problems. These are:

The “TOF cough”

Children with TOF/OA often have a loud, barking cough, known as the “TOF cough”. It’s caused by a floppiness (tracheomalacia) of part of the trachea (windpipe) and can get worse when a child has a cold or other respiratory problems. Whilst it can sound alarming, it doesn’t necessarily mean the child is ill.

Respiratory problems, asthma and chest infections

Babies with TOF/OA can experience short periods when they find it hard to breathe, due to a floppy trachea. This is most likely to happen when a child is breathing heavily, for example when coughing or crying. Children usually grow out of this by the age of two and then only a minority of babies suffer severely.
Babies may also experience respiratory problems such as asthma and chest infections.  These are treated with inhalers or antibiotic treatments.

Swallowing and getting food stuck

Children with TOF/OA often have abnormal swallowing mechanisms and will have to learn to cope with their particular feeding problems.  Some children will need to receive tube feeding to make sure they stay healthy. At first, many will need a special diet, but most will (with their support of their school) cope with school dinners or a packed lunch.

Reflux

Children with TOF/OA often experience gastro-oesophageal reflux (GOR). This is where the acidic stomach contents pass back into the lower oesophagus, causing pain and often reluctance to eat. Reflux can usually be treated using a combination of practical measures and prescribed medications. Occasionally it requires further surgery.

cara download FOOD PANDA

🐼🐼🐼🐼🐼🐼🐼🐼🐼🐼🐼🐼🐼🐼🐼🐼🐼🐼
apsal food panda ? 
laju dan murah! kalau ko start enjin pergi keluar lebih mahal kos nya ..ni sambil terlentang tengok tv ko boleh beli makanan ..bayar 3ringgit jeee..

manusia semakin malas, fakta atau auta.

oklah sincerely kat melaka memang takde food panda apekebenda ni ..aku first time guna masa 
jaga Iyad di HKL. Esok Iyad nak buat contrast study kena puasa jam 2 pagi. so malam ni aku belikan dia bubur mcD yg dia teringin sgt nak makan tu .

cara cara nak donload Food panda senang je, masuk google play or APPLE STORE cari food panda. 
masukkan lokasi dan dia akan bagitau kedai makan yg berhampiran ..aku nasihatkan beli kat kedai muslim , jangan pork free pork free,kalau halal tulis jelas jelas H-A-L-A-L..nnt kang sy tak tulis halal...tak ke naya ! 

so aku dh order mac donald, dia siap tanya nak bayar cash on delivery ke atau bayar pakai kad. aku pun pilih cash on delivery. 
lepas tu dia tulis 30 minit akan sampai .oklah kan dari semalam aku order jam 923 sampai 12tengah malam ko dh kenapa ????

aku lepak lepak kat luar sambil tunggu dia sampai...
muka happy dapat HAPPY MEALS... aduh naik balik berat aku ni !!!

ini signboard ..KK5 wad respitory 

muka happy dpt bubur mcd..comel gak muka ko ni aku tengok !


oklah aku dah nak bagi iyad susu ..pastu dah nak tidorrr!



Aero Chamber murah

Lepas doktor tegur aero chamber iyad besar, terus aku tengok kat lazada. Terjumpa benda alah ni dalam RM60.40. Org kata benda ni mahal. Aku tak tahu mahal harga nye berapa. Aku order jumaat Isnin aku dh dpt benda ni. Yg kelakarnya aku order masa iyad admitted kat HKL, alamat aku tulis KK5, Institut Pediatrik, HKL. Selamba ekk... anak masuk wad pun boleh belibeli barang. Yelah sebab ni kan alat kesihatan. Budak budak yg asma kena amik mdi mesti guna awro chamber ni ... ada banyak jenis yg aku beli ni brand phillips. Ok lah. Harga pun boleh tahan! 

Kalau korang nak beli cari yg review ramai org beli. Oklah ! Doakan esok kami dpt discharge Aaminn... 

Dalam kotak ada dua compartment, satu yg ungu satu lagi getah coorng yg letak dekat hidung. 

Original ok , bukan cetak rompak hahah


Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...