BELAJAR MENJAWAB SOALAN SECARA ONLINE
DI SINI
CONTOH SOALAN KBAT BENGKEL PEMBINAAN ITEM KBAT PT3 DAERAH SEPANG-SMK DENGKIL (16 MAC 2015 )
KONSERT JELAJAH K-POP 2015
Tarikh : 21 Mac 2015
Masa : 9.00 malam
Tempat : Danga Bay, Johor Bahru
SOALAN 1
Jamilah yang tinggal di Sepang merancang untuk menonton konsert tersebut. Semasa dalam perjalanan ke sana, Jamilah menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar. Berikan pendapat anda tentang solat Jamilah dalam situasi itu.
I - Tidak setuju / Tidak boleh / Tidak sah (1m)
H - Solat jamak qasar tidak boleh dilaksanakan untuk tujuan maksiat. (1m)
HL - Solat jamak qasar dibolehkan bagi tujuan yang dibenarkan syarak contohnya untuk melawat orang sakit dan bercuti bersama keluarga. (1m)
K- Kesimpulannya, solat jamak dan qasar boleh dilaksanakan untuk musafir yang tujuan baik sahaja. (1m)
SOALAN 2
Sejak zaman kanak-kanak lagi, Saidatina Aishah menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan.
Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda dapat mencontohi Saidatina Aisyah dalam memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?
I- Menuntut ilmu bersungguh-sungguh (1m)
H - kerana Allah (1m)
HL - seperti ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah (1m)
K - Kesimpulannya, kita hendaklah memberi sepenuh perhatian dalam menuntut ilmu agar kejayaan dapat dicapai.(1m)
Gambar Banjir yang melanda negeri Kelantan baru-baru ini
SOALAN 3
Rumah Ahmad dilanda banjir lumpur. Walaupun rumahnya musnah tetapi dia dapat menyelamatkan dirinya ke tempat yang lebih tinggi. Ahmad hanya menggunakan plastik khemah sebagai tempat berteduh. Berikan pendapat anda tentang kewajipan solat Ahmad dalam keadaan sedemikian.
I -Ahmad wajib menunaikan solatnya (1m)
H -kerana lumpur tidak dikategorikan sebagai najis. (1m)
HL -Tambahan lagi solat adalah tiang agama. (1m)
K- Kesimpulannya kita wajib menyempurnakan solat dan tidak boleh meninggalkannya walaupun dalam apa jua keadaan. (1m)
Pepatah:
“Ilmu yang idak diamalkan seperti pokok yang tidak berbuah”
SOALAN 4
Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi sekiranya situasi di atas berterusan?
I - Ramai orang yang berilmu (1m)
H - Tetapi tidak dapat menghasilkan sesuatu dalam kehidupan seharian (1m)
HL - Akibatnya pelaburan pendidikan tidak menghasilkan faedah yang besar.(1m)
K - Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dituntut agar menjadi muslim yang sejati dan disegani ramai. (1m)
SOALAN 5
Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Solat berjamaah lebih afdal daripada solat berseorangan dengan 27 darjah. Namun, pada masa kini terdapat banyak masjid yang besar tetapi bilangan jemaahnya Semakin berkurangan.
Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
I - Tidak tahu kelebihan solat berjemaah / leka urusan dunia / (1m)
H - Kerana kurang menghadiri majlis ilmu (1m)
HL - pelaksanaannya adalah tuntutan kewajipan fardhu kifayah. (1m)
K - Kesimpulannya, umat Islam digalakkan untuk melaksanakan solat berjemaah bagi mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda. (1m)
SOALAN 6:
Roslan ingin menunaikan solat zohor di surau sekolah. Setibanya di surau, beliau mendapati bahawa solat zohor sedang dilaksanakan secara berjamaah pada rakaat kedua.Bagaimanakah cara sekiranya Roslan ingin menyertai jamaah tersebut?
I - Secara makmum masbuk (1m)
H - Iaitu dengan memulakan solat solat niat secara berjemaah. (1m)
HL -Kemudian terus masuk pada rakaat kedua. Sebelum salam Ahmad hendaklah bangun semula untuk menambah satu rakaat.(1m)
K - Kesimpulannya, Roslan masih boleh menunaikan solat secara berjemaah walaupun terlewat. (1m)
SOALAN 7:
Masih ramai umat Islam yang hanya menakankan persiapan hari raya tetapi mengabaikan Solat Hari raya. Pada pandangan anda mengapakah situasi ini berlaku?
Panduan penskoran
I - Kurang penghayatan agama(1m)
H - Kerana menganggap ibadat sunat tidak penting (1m)
HL - Sedangkan amalan sunat dapat menampung kecacatan amalan fardhu (1m)
I - Tidak tahu cara mengerjakannya
H - Kerana tidak mengambil berat semasa diajar di sekolah
HL - Tambahan lagi solat hari raya hanya ditunaikan sekali dalam setahun
K - Kesimpulannya, kita hendaklah menunaikan solat sunat hari raya kerana ianya menanbah pahala yang akan menjadi bekalan kita di akhirat kelak (1m)
SOALAN 8:
Negara Islam yang pertama di Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah SAW menjadi kuat dengan sokongan golongan Muhajirin, Ansar dan Yahudi.
Sebagai anggota masyarakat, bagaimanakah kita boleh menyumbang ke arah kekuatan dan kejayaan masyarakat majmuk di Malaysia?
Panduan penskoran
-Menghormati adat dan budaya kaum lain. (1m)
H-Untuk mengekalkan persefahaman antara kaum. (1m)
HL-Seterusnya semua rancangan pembangunan dapat dijalankan dengan jayanya. (1m)
K-Kesimpulannya, jika kita sentiasa bersatu-padu masyarakat akan menjadi kuat. (1m)
SOALAN 9:
Faiz mengalami kemalangan jalan raya ketika menaiki motorsikal dan menyebabkan kaki kanannya patah. Sebagai seorang muslim, beliau tetap wajib menunaikan solatnya.
Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah beliau boleh melakukan solat dengan sempurna?
Panduan penskoran
I - Menunaikan solat secara duduk ataupun berlunjur (1m)
H- Mengikut rukhsoh yang telahpun disyariatkan. (1m)
HL-Terdapat rukhsoh solat yang diberikan ketika sakit bertujuan meringankan beban hambaNya. (1m)
K-Kesimpulannya, solat wajib ditunaikan mengikut kemampuan seseorang hambanya pada ketika sakit. (1m)
SOALAN 10:
Terdapat ramai pelajar pada hari ini yang tidak menggunakan nikmat pancaindera kurniaan Allah SWT dengan sebaik-baiknya walaupun dijanjikan balasan buruk kepada mereka.
Sebagai seorang rakan, bagaimanakah cara anda untuk membetulkan situasi di atas dalam kalangan rakan sebaya di sekolah?
Panduan penskoran
I - Menasihati mereka (1m)
H - Agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. (1m)
HL - Seperti menggunakan akal untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT. (1m)
K - Kesimpulannya, orang yang bersyukur dengan nikmat Allah SWT akan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. (1m)
Terima kasih kepada guru-guru terlibat.
Di sini telah dimurnikan dan jika masih ada kekurangan harap dimaafkan
baca juga
Tips Mudah KBAT
baca di sini juga
KBAT SPM dan PT3
# post ini bukan karangan sy tetapi post yg telah disebarkan melalui whatssapp...harap maklum.