Rabu, 30 Mac 2016

Paris plan lagi.

Assalammualaikum.
Sejak hari isnin 28 mac suami aku booking ticket flight ..aku tak tahu nak gambarkan betapa hati aku ni berbunga...and so excited! Dan aku selalù doa pada Allahv.permudahkn dan sampaikan lah niat aku nak berjalan jalan ke paris dan london. Dan ada kala aku terpikir betul ke decision aku ni..yelah..nk tggalkan anak anak kecil lagi...dulu masa pergi umran 2014 aku tinggalkan ihsan masa umur 7 bulan ..masa tu ada tura, maid ..boleh tolong tengok2 kan anak...di rumah mama di shah alam.kali ni kami bakal tinggalkan mereka sekali lagi tapi cuma 7 hari...dan orked ikut sama...mmg lah sedih ..nak pergi kalan2 tp tingggal anak...😭😭

Ok malam isn lepas book ticket flight aku tak boleh tido sampai pukul 4 pagi...hahha..tulah mood swing ..kalau happy happy sgt kalau sedih berlebih lebih ..semua tu tak baik..biasa biasa aja. Hmmm...
Esoknya selasa malam....aku tido pukul 2..tapi best jugak dpt book benda yg aku rasa berbaloi...iaitu tiket eurostar dr Gare de Nord France ke St Pancras  station london dalam £144= rm 856! Pada aku agak murah. .sebab harga yg paling mahal boleh pergi £155..dan paling murah dlm promo £39.90 dan aku berjaya dpt pergi £49.9×2 dan balik £29.9 x2..yg kelakar.aku boleh tak pasan symbol £ british pound dan € euro.

Ok .
Buat masa ni ..currency menunjukkan €1 bersamaan rm 4.44. Dan £1= 5.65..harap harap akan mengukuh lagi duit malaysia.

Berbalik pada plan aku ..actually..mmg nervous..sgt nervous...aku rasa terlalu muda aku nak bercuti ke London Paris..tapi aku cuba utk tidak membazir dan spend duit dengan sehabis baik. Ok lepas aku book hotel di Paris. .aku cuba cari hotel di London. Kami bercadang nak tido di Malaysia Hall ..tapi sebab ada baby tak boleh. Lg pun asrama asing lelaki perempuan. Gigih jugaklah aku rasa apartment yg ownernya Malaysian tp semua mahal. Satu malam £100.aku masuk semua tempat..Travelodge, trivago..agoda ..booking.com...

Aku pikir dan duduk kat mana tengah bandar atau di pinggiran sebab lebih murah tp jauh lah nak berulang ..aku buat satu malam dlm RM300...takde pun bilik yg bawah RM300 kecuali utk backpacks  £95..so mmg very tight.

Aku budget less than 1k utk hotel. Hurmmm...macam macam pikir ni ..yg dekat dgn train ...adoi pening jugak nak decide ni ...then tiba tiba jumpa holiday inn express....ada dua malam dlm Rm 700 lebih ...wah murah ni....aku terus baca review..8.2/10 macam ok..then kata last room..ermmm biasalah...free bfast..erm.kita makan ke bfast dia..😊😊pastu pikir punya pikir macam ok je...dan masa cari u aku mmg minta filter dia tunjuk yg terhampir di bandar...maka aku booking lah ...Holidays Inn Express Excel di Newham.

Korang tau bila aku tengok rome2rio..jauh gile dr attractions di london .terus down...pastu ada pulak iklan keluar hotel dkt La Fayyett dalam rm400 semalam ..uwa..nak nangis. .then ..dan dan..suami aku hantar mesej kawannya arif kata ada homestay sekali kereta ...😭😭😭😭benci!!

Masa org tanya taknak response...lepas tu ..termenung jugaklah ..kadangkala kita jgn rasa terlalu gembira sebab kita tak pasti apa yg berlaku baik atau tidak...cuma aku berdoa pada Allah ...semua yg baik baik...

Dan lagi satu 6hb umat islam akan berpuasa ..dan kami akan berpuasa di london..dan paris...😊😊

Bila teringat ruksah berbuka puasa salah satunya musafir ..aku terpikir boleh kot tak puasa. ..tapi iman kena kental kena cuba puasa di negara orang...

Bagaimanalah islamphobia yg mereka katakan ...nnt kita akan lihat.

So setakat ni kos keseluruhan hampir 6k .utk flight..hotel london dan paris serta eurostar. Tinggal nak pikir public transportation di London dan Paris...

Chill ya! Wasalam.

London Birmingham Palace 2016


Isnin, 28 Mac 2016

Hostel , private room atau hotel? Abnb atau agoda dan booking.com

Tempat tidur walaupun sekadar utk meletakkan kepala perlu juga ambil kira. aku google sejak semalam utk penginapan ..pilih yg paling reasonable. Macam room di Abnb ni mmg lah murah tp bila perasan ada security fees sampai seribu lebih terus x jadi..tapi tak semua ..kena pandai pilih.
Godek godek..tetiba aku pasan satu hotel budget yg agak ok dengn lokasinya yg berdekatan semua tempat yg nak di pergi. Baca review agak bagus ..semua memuji muji namun selagi tak tengok dgn kelala sendiri aku tak percaya. Aku rasa mungkin ini rezeki aku kan ..aku pilih ni...
Actually ni budget hotel,tp okay lah ..harap mmg betul dpt bilik nya yg view nya cantik seperti dalam gambar. 
So belum sampai belum duduk tak boleh nak komen lebih2..namun harap semua nya baik baik aja. 

PROJEK MEGA KE PARIS & LONDON

Ticket , hotel and transport.


Tak sangka akibat suka main facebook menemukan aku status fb tentangbtiketvmurah ke paris. Baik dengan oman air ..ticket return kul- HDG france dlm 1.8k per person. Total 3.8k utk aku suami dan anak kecil orked

Selepas dua hari ..aku saja buka web oman air konon nak tengok ticket semula. Dan terperanjat..harga ticket naik sehingga 1.8 k utk pergi SAHAJA dan 1k utk balik. pula .total 2 org ialah 5.8k maksudnya naik dua kali ganda...
Dan semalam dengan izin Allah dpt aku book hotel yg murah dlm rm750 utk dua malam di paris dan ticket ke london dgn eurostar sebanyak £141 dua. Agak murah ni jika tidak..total eurostar kami ke london dalam £210..alhamdulillah banyak juga dot jimat di situ. Bayangkan harga termurah ialah £39.9 dan aku dot harga £29.90..ticket berlambang 🌞


So total utk penginapan di Paris dan transport ke London dengan eurostar ialah rm 1600..lebih kurang..rm750 (Le Regent) utk hotel dan rm850 (eurostar)

Seterusnya kita akan tunggu email reply dr admin malaysia Hall di london sama ada spt book bilik atau x..sebabnya kita ada baby 1 year...thru blog lain cakap x boleh ..tp kita cubalah ..nak tido di felda hotel tak mampu ..Kensington Hotel....

Apapun kemewahan bukan lah keutamaan yg penting keselesaan kami ...dh sampai nnt di Paris dan London pun seribu rahmat ...

Doakan urusan kami dipermudahkan Allah ...dan impian akan jadik kenyataan....😍😍😍

Xoxo!
.**jangan lupa follow Ramble and Wander


*** UPDATE:  Hotel di Paris telah dibatalkan dan di ganti Hotel " The Palace" RM600 lebih sahaja utk dua malam..

***Plan pergi dengan anak kecil dibatalkan dan kami pergi berdua. So walaupun email kami di balas kami mengubah perancangan utk book hotel dan tidak tinggal di Malaysian Hall. 

Tapi baca di sini...kami dapat tinggal di hotel yg berdekatan dengan Malaysian Hall..

Paris! Plan 1

aku berangan angan ingin ke kota london..mampukah aku?pastinya mahal..dan hanya org yang kaya kaya mampu ke sana..dan aku akan kesana ?
tadi semasa sibuk sibuk baca facebook..terbaca post pasal tiket ke london dengan oman air harga rm 1400+ biar betul ..tak masuk akal..murahnya,,,kebetulan hafidz depan laptop aku pun cakap acah acah "abang ..jom ke paris nak ?tiket baru 1400...hafidz pun buka web dan search ..haaah ..mmg murah.."jomlah ..bila lagi nak pergi harga tiket murah macam tu..." tak sangka .dia pun setuju..then terus booking ticket flight untuk ke france tiga org ..aku ..hafidz dan orked..kenapa bawa orked ..sebab orked terlalu kecil untuk ditinggalkan ...

aduh!macam tak percaya aku akan ke paris...namun bila google tempoh masa 6 hari kami berjalan ke paris terlalu singkat..dr 2 jun dan balik 7 jun..6 jun 1 ramadhan dan kami menyambut puasa di Paris..Ya Allah ..permudahkanlah urusn kami bermusafir dengan meninggalkan 3 hero......Ya Allah peliharaah anak anakku nnt setinggalnya aku pada ibu dan ayah mertua ku...nnt ibu janji akan bawa korang naik caravan di aukland..new zealand atau australia

ok urusan flight selesai sekarang nak tinggal dimana dan pengangkutan..kebiasaan org naik train..dan bus lebih murah```
..kami mempunyai masa yang sangat singkat ..maka ..masa sgt berharga..kami perlu sediakan duit utk memudahkan urusan kami ke sana ..

cadangan initerary ke paris dan london...

flight 9.35 pagi dan sampai malam ..lebih kurang 7.35 malam ..
di mana hotel yang paling hampir dengan airport? mudah sampai dan dpt berehat..aku berkira utk sampai malam di eiffle tower..kerana malam lebih menarik berbanding siang.....

shopping ?tiada dalam fikiran aku utk shopping mewah mewah..paling tidak dpt kasul scholl..atau clarks itu sudah bagus..dengarnya t shirt murah di primarks..harap betul tak payah lah kami bawa barang yang banyak nnt...

perlu di ambil kira keselesaan orked
dan orked perlu sihat utk sama sama berjalan ..kalau tidak semua harapan ku musnah..\ya Allah sihatkan kami untuk permusafiran ini.

makanan..aku sudah fikir utk bawa beras dan rice cooker..serta sedikit makanan yg boleh tampung kami di sana dan paling lekeh pun kami akan makan kebab ..aku juga takdelah berangan nak makan di hotel mewah ataupun restoran yang fancy2

kita simpulkan :

  • Paris, FRANCE - Eiffel Tower,Champs-Élysées, The Louvre, Arc de Triomphe, Notre Dame,...etc
  • London, ENGLAND - London Bridge, Big Ben, London Eye, Buckhingham Palace, Notting Hill, Oxford Road, Bicester Village..etc
  • Brussel, BELGIUM - Grote Markt/Grand Palace, Manekin Piss, Antomium, Mini Europe..etc
  • Amsterdam, HOLLAND - Tulips in Keukenhoff, Windmill at Sansee Schan, Vollandam, Amsterdam Canal Ring, I Amsterdam, etc
  • Frankfurt, GERMANY - Dom Römer, Eisener Steg, Flohmarkt, Zeil, etc
  • Dan bandar-bandar lain
UPdate later.

Rabu, 23 Mac 2016

Sakit

Kalian tahu...org yg aku paling sayangi sedang sakit..dan aku tak tahu bagaimana membantu meringankan kesakitannya hanya dengan berdoa...wajah ceria kuat dan tegap ini kian lemah..dgn pelbagai kesakitan yg dialaminya ...aku tidak tahu apa yg aku mampu meringankan sakitnya melainkan doa....
" Ya Allah ampunkan dosa abahku ..mohd zabidi bin zamburi....kasihanilah dia sebagai mana dia mengasihi ku ketika aku kecil...ringankanlah..permudahkanlah urusan abah ..Ya Allah..."



Isnin, 14 Mac 2016

klcc; aquaria ohsem!

cuti yang lalu sebelum meneruskan perjalanan ke melaka ..kami singgah ke klcc untuk meluangkan masa bersama. Ayah selalu kerja balik lewat inilah masa utk bermesra bersama anak anak...ayat buku sgt!

kami sampai di kl dlm pukul 1 lebih ..kami terus ke kg baru untuk makan tengah hari..kami makan di medan ikan bakar yg besar tu betul betul di pintu gerbang masuk ke kampung baru..memang syuorga makanan lah ..semua ada..paling best ikan bakar..bila lalu kg baru menggamit betul kenangan ketika berulang alik ke hkl masa yang sakit dahulu..terkenang kami berulang alik melaka kuala lumpur hampir setiap malam utk menziarahi iyad..iyad dijaga oleh bibik yati.. kami pernah lah tido dlm kereta waktu malam dan tido bermalam di hotel hotel murah di sekitar kg baru..bila diingatkan balik rasa seronok pula namun masa menghadapnya kami rasa sgt down dan sentiasa lemah..hanya bantuan Allah kami perlukan utk menyembuhkan iyad..kadangkala berlaku juga pergeseran suami isteri itu tak dpt dinafikan ...hampir 3 bulan jugaklah episode iyad di hkl pada tahun 2012 itu.
okay ..sebenarnya bukan nak cerita yang sedih< tapi nak cerita yg gembira aje..
lepas makan di kg baru ..ayah dan imran solat sementara kami berempat tunggu di dalam kereta.. selepas itu kami langsung ke klcc..arah utama ialah aquaria,

sebelum masuk ke aquria sempat pulak budak2 ni mandi di swimming pool awal depan klcc..jadiklah walaupun tak sampai sejam...

jom layan gambar ..

muka excited imran nak jalan jalan 

menulis bajet journalist! mana kuah tak tumpah ke nasi...

iyad dan ihsan ..adalah tak pueh hati tuh

yeay ..sampai KLCC

nmpk tak bapak dan anak dari kejauhan 

swimming ....

ibunya jadi mata mata dari jauh 

anak dara pun dah masok ..habislah...

tengok tu ...kemain lagi deme

nasib baik ayahnya sporting..mak takkanlah ...nak tukar baju bagai pulak nnt

and maknya...selfie!

stylo betul anak bujang sorang neh

nnt tambah gambar lagi..mmg menarikk masuk aquaria ..kalau nak murah sila beli tiket online..okay.......mmg banyak spesis hidupan laut yg pelik ..banyak foreigner yg masuk tengok ikan ikan ni..dn paling best bila nampak ikan paus ke ikan lumba lumba dan ikan pari lalu atas kepala ..hahah..maknya tak habis jerit2 panggil anak suruh tengok..kalau tak silap dulu masa pergi tahun 2011 ada peguin..tapi ari tu pergi macam dh takde....apapun alhamdulillah ..semua happy...next time nak masuk petrosains pula ...

Ahad, 13 Mac 2016

ipoh; amazing town!

saya asal dari perak .saya membesar di kuala kangsar..tp sejak akhir akhir ini kami banyak meluangkan masa di ipoh..apatah lagi mak mertua sudah bertukar tempat kerja di Ipoh..naik pangkat ..tahniah mama..amazing mama..bukan sekadar hebat di office malah di rumah ..i'm adore her a lot !

okay ..everything in ipoh is interesting..places people and of course food...murah dan delicious! jadi sebelum balik kuala kangsar atau selepas kami mmg akan berkampung dulu di ipoh ..pastinya jalan jalan dan carik makan...
 





memandangkan terlalu banyak post yang dah di buat oleh blogger blogger berkenaan tempat tempat makan menarik di ipoh ..kali ni kita nak review sikit pasal beberapa port makan yg kami dan try..antaranya Thumbs Cafe..mmg best....dia punya deco memang superb ..mempamerkan barang barangan antik..seperti radio lama, mesin jahit dan sebagainya..kami memang suka cafe yang hipster decorationnya...dan ambience very calm dan sebagainya...masa makan ni cuma kami berempat ..iaitu saya suami mak dan orked..sebenarnya abah masih di wad..jadi untuk menggembirakan hati mak kami bawak mak jalan jalan....abah baru balik dr umrah dan masih tidak sihat....

apa yg kami makan di sini..saya order chicken chop mak order bihun goreng dan suami saya order nasi goreng..sebelum tu kami makan dessert pavlova ..dan sebelum balik sempat sy merasa macaron ice creamnya ..sedikit manis dan sy kurang menyukainya..

overall saya puas hati alaupun makanan mak kurang feveret ..sy rasa kita kena cuba makanan yg popular di situ ..sebab kadang kadang apa yg kita makan bukan expertise mereka kan..

malam berikutnya kami pergi ke ipg ipoh utk cari burger banjir..menu yang famous...menu full tank...mmg mabeles dan air buahnya pun sgt ohsem ..jap google gambaq!

apapun kalo nak kesana carik \ipg ipoh ..bebetul depan ipg..tapi kedainya tersembunyik sikit tak berapa nampak..

sedikit info utk makan pagi pergilah area stadium ipoh ..mmg banyak kedai makan area situ dan Insya Allah sedap...itupun kami belum cuba lagi Restoran Tasik Raban ..yeke namanya gt..apapun prgilah ke ipoh dan nikmatlah cara hidup mesyarakat di sana yang baik baik dan mesra alam ..ewah..okayy nak gerak ke teluk intan pulak...bye Adios!



Rabu, 9 Mac 2016

Pengalaman di Mahkota Medical Centre

Anda tinggal di melaka? mengandung? Dan berkira-kira di mana nak bersalin ? Ok di melaka ada 3 hospital swasta yg agak famous  putra specialist, pantai hospital dan mahkota medical centre.
Sepanjang duduk di melaka ..saya ada pengalaman berurusan di setiap hospital swasta ni. Paling recommended ialah mahkota medical centre.saya suka pertamanya tak sesak ..bersih dan cantik macam check in hotel githeww! Tapi masalah nya dia agak jauh dr rumah saya di ayer keroh..sedangkan ia nun kat banda hotel ..mmg jalan jammed lah kalau nak ke sana..berdekatan dataran pahlawan dan hatten square.

Pengalaman saya melahirkan anak ke empat, putri orked imani di hospital mahkota dengan Dr Ahmad Shaifuddin.Actually tak plan langsung nk bersalin di sini. Ceritanya, asal nak buat monthly checkup for 37 weeks... (kot..) sekali bila doc buat details scan ..doctor kata air ketuban terlalu sedikit. Dan doc bagi choice pada parent. 

1) buat ctg everyday untuk pantau baby...atau
2) operate. Then saya tanya ..bile?"..doctor cakap "hari ni..".*ternganga mulut mak....😱😱😱*dang!!!

Suami tanya macam mana? Ikut saya

Saya fikir kalau nak pantau pun lama mana..at the end kena operate jugak kalau takde contractions.Then saya cakap..
" doctor, saya dah kandungkan bayi ini sembilan bulan ...sy taknak hanya kerana sedikit kecuaian sy membuat keputusan ..sesuatu yg tak baik berlaku pada baby. ..., saya tak nak amik risiko...baik..kita operate. " doc shaifuddin mengangguk dan nampak sgt bersetuju dengan keputusan tersebut ."ok ..makan last bila? ..ini emergency Caesars. ..sy akan isi borang supaya awak tak dikenakan extra charge..and..bla..bla....."doctor menerangkan .dan aku berkata sendiri. ."ya Allah ..begini Engkau ingin anak keempat aku dilahirkan aku redha..." suami tanya dengan lembut sambil usap bahu..." ama ..dah sedia ke nak melahirkan baby hari ni.." " sedia atau tidak..kena juga...ama taknak risiko apa apa pada baby..." doctor sibuk ...menelefon bilik operation..isi borang dan arah nurse tolak masuk ward. Kalau tak silap masa tu hampir pukul 1 tengah hari. Memecah tradisi kesemua anak yg lahir malam...😍
Imran..iyad dan ihsan ..tak faham ..semua gelak..gelak.." ibu..bila kita nak pergi kenduri kawin. .." hampir nak
tergelak dengar.." tak jadi..ibu dh nak keluarkan baby ...." " baby nak keluar hari ni?" Diorg tak faham..😐😐

Urusan mmg cepat ..kebetulan ihsan tido dlm stroller.  Ibu dengan imran naik ke wad dan ayah register dan bayar cagaran.
Bila masuk wad..nurse tanya " siapa yg nak bersalin ni? " nurse pandang atas bawah.." saya lah nurse.." mana idak nye bukan main cantik lagi berjubah bagai..." saya ni nak g kenduri kawin nurse...tak sangka kena bersalin hari ni ..."
Nurse senyum je...masuk ward nurse suruh salin baju dan nurse suruh baring utk bersihkan diri...prosedure biasa. .masa ni elok je imran dan iyad dlm bilik. .tp x tengok lah..nurse masukkan tiub ke pundi kencing..aduh tak selesa langsung ...ngeri kalau ingat ..waktu nak tolak ke operation theatre suami tak naik lagi...terpaksa tinggalkan anak anak dlm ward berdua tu..nurse bagitahu doctor bius dah bising bising kat bawah tanya patient. Aduh....
Masa ditolak terserempak suami ..dia salam dan cium dahi...takut ini pertemuan terakhir..😭😭😭

Masa di peration theatre semua dah sedia menanti...mereka melayan dengan baik ..dalam pukul dua petang doctor Ahmad shaifuddin sampai ..masih ingat doctor cakap .." okay semua dah sedia...? " dan sempat melihat saya sambil cakap..." kita mula ya.." saya angguk..doctor baca bismillah dan memulakan operate. Saya sentiasa zikir dan doa dipermudahkah urusan.doctor pakar kanak kanak sedia menanti disebelah utk menyambut baby..dan doctor bius memegang oxygen utk aku hidu...sambil tu sempat kami borak borak. Bersungguh betul dia cakapa yg aku mmg dh kehabisan air ketuban. .dan takde yg memncut keluar...maksudnya terlalu sedikit. Syukur pada Allah ilhamkan kaki berjumpa doctor pada hari tersebut.

Tepat pukul 230 petang ..keluarlah seorg bayi yg comel ...perempuan.segera di ambil doctor...dibersihkan dan di buat rekod kelahiran ..panjangbya beratnya ukur lilit kepala dan sebagainya. Lega. Anak dh selamat keluar.Alhamdulillah...
Agak lama utk doctor menjahit semua dan semua proses berjalan lancar..selepas doctor paediatric memeriksa baby ..diselimutkan dan diberitahu .." baby girl ..semua normal ya.." doctor tahu history aku ada anak tof ...iyad..second baby.

Taklama kemudian aku dibawa naik dan disuruh rehat .tak boleh bangun selama 6 jam atau lebih .tak ingat. ..

#bersambung

****update 16/10/2020.

kos czer seingat aku 5k pada tahun 2015.


anda berminat? Sila hubungi klinik doctor ahmad saifuddin a


dua malam jugaklah ibu disini....

bilik berdua...sorg satu tv ..ok..

Hye cayang...

Menu hospital. Sedap!


Muka excited ibu balik umah...

Nampak tembam je...tapi cuma 2.65kg ...kedua terkecil selepas iyad.

Alhamdulillah ..syukur orked dan ibu boleh discharged...

Sehari sebelum melahirkan orked.

Firstcapture# sibuk abang abangnya berposing ...ibu x tengok lagi..

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...