Jumaat, 8 September 2017

Asam Pedas Ikan Terubuk

Actually ini resepi asam pedas versi perak . Kakak aku yg ajar. Asam pedasnya sedikit cair kuahnya tidak berapa pekat.

Bahan bahannya;

Ikan terubuk sederhana besarnya seekot
( petua : pilihbikan terubuk yg kembong badannya.. ekor nya petanda sama ada ia lemak ataupun kering bila di bakar, kalau ada keluar air air masa bakar tu elok lemak sedap manis ikannya) 
Cili kering setengah cawan selepas di potong potong
5 ulas bawang merah 
 2 ulas kecil bawang putih 
Sebesar ibu jari halia 
Serbuk kunyit / kunyit hidup 
Daun kesum
Bendi 
2 keping Asam keping ikut selera
Serbuk perasa 
Dan 
Garam 

Cara caranya;

Blend cili kering, bawang merah, bwg putih, halia dan kunyit. Panaskan minyak, tumis bahan blender tadi, sehingga keluar minyak jaga jangan api besar nnt hangus. Bila dah masak cili nya masukkan air asam keping ...bila dah kacau masukkan ikan terubuk dn bendi. Seterusnya masukkan daun kesum bersama tangkai tangkainya. Kacau masukkan garam dan serbuk perasa. 

Asam pedas ni sedap bila makan esoknya . Orang lah kata sebab asam nya keluar. Tapi takkan lah kita masak tengah hari ni esok baru nak makan... hahah...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...