Isnin, 4 September 2017

Jepun part 1 : perancangan dan pembelian Tiket

aku dalam proses utk mission travel yang seterusnya. suami bajet 3k. so mana boleh pergi dengan 3k?

aku kumpulkan data data penting untuk trip AMAHAFIDZ to OSAKA 


so bagi malas nak selak aku copy paste blog oh kembara di sini 

Hari Pertama

✅ DAY 1 : 8,040 yen (RM265.32 / RM321.60)
KLIA2 – KIX – KYOTO – SHINJUKU
8.30 am :
Arrive KIX
(Depart dari KLIA2 pukul 1.00am)
9.00 am : ¥3000
Beli siap-siap Osaka 2 Days Amazing Pass. Sampai North Terminal 1 Exit, belok kanan, cari kaunter yang ada HURUF “i” (information) besar. Beli siap-siap dekat situ.
9.30am : ¥2550
Beli tiket bas ke Kyoto. Mesin tiket ni opposite Terminal 8. Lepas beli tiket boleh terus beratur di Terminal 8 untuk naik bas. Harga tiket bas ni mahal sebenarnya. Boleh cuba tanya kaunter JR line , train ke Kyoto berapa, mungkin boleh dapat harga yang jauh lebih murah
10.10 am :
Bertolak ke Kyoto. 1 jam lebih.
(bas setiap 30 minit)
11.30 am : Sampai Kyoto, cross jalan opposite tempat bas berhenti untuk ke Kyoto Station
11.45 am : ¥350
Simpan beg dalam coins locker
*Kami ambik large coins locker harga ¥700, boleh sumbat 3 bijik backpack 55L, kami kongsi 2 orang
12.00 noon : ¥1200
Beli 1 day Kyoto Pass
* Tolong jangan beli pass yang ¥1200 ni sebab subway tak naik pun. Beli tiket bas yang ¥500 pun dak ok. Lagi jimat. Kaunter tiket ni di luar Kyoto Station (Sebelah indoor coffee shop)
12.30 pm : Ke Arashiyama (Bamboo Forest)
*Ambil City Bus No.28 (setiap 10 minit), jalan-jalan dekat Bamboo Forest tu, lepas tu jalan lagi sampai jumpa Landasan Kereta api, cross landasan tu, belok kiri, untuk naik Sagano Scenic Railway (Romantic Train)
3.15 pm : ¥620
Beli tiket romantic train. Last train pukul 4.00pm. Solat & Lunch. Kitorang tapau pre-booked meal dari Airasia. Beli 2 set/pax. 1 makan sebelum landing, 1 lagi tapau untuk lunch
5.00 pm : ¥320
Beli tiket JR ke Kyoto Station. Romantic train akan stop dekat Kumoeka (kawasan sawah padi), kena jalan dalam 500 meter untuk naik JR.
5.45 pm : To Gion – Bus No. 26
Kami banyak sangat buang masa cari Kedai Halal dan end up makan dekat restaurant fine dining. Kena dlm RM60/pax. Aktiviti ni boleh diabaikan, korang boleh tambah itinerari untuk ke Fushimi Inari Shrine (5 minit dari Kyoto Station).
Bas terakhir balik ke Kyoto Station pukul 11.00pm. Untuk dinner boleh beli dekat convenient store dalam Kyoto Station. Boleh bersihkan diri & solat dekat Kyoto Station. Bas kami ke Tokyo (Shinjuku) pukul 12.40am. Tunggu tepi jalan je, nanti bas sampai.

Hari Kedua

✅ Day 2 : ¥14,000 (RM 462 / RM 560)
KYOTO – SHINJUKU – ODAIBA – SHIBUYA – SHINJUKU
12.40 am : ¥10,000
Overnight dalam bas ke Tokyo. Masa perjalanan 12 jam. Tiket bas beli dari Malaysia – bayar dengan credit card (www.willerexpress.com). Kami ambik tourist pass fixed price ¥10,000 yen utk 3 kali long journey. Boleh pilih destinasi dan jenis bas. Tiket bas nanti print je dari Email dan tunjuk dekat driver. Bas yang kami ambil , seat boleh recline 180 darjah, ada plug, wifi, selimut, dan hood.
8.30am : ¥340
(Shinjuku to Guesthouse). Cross jalan untuk ke Shinjuku Station. Beli return ticket Shinjuku-Shinnakano-Shinjuku. -¥170 sehala.
9.00 am : ¥2100
Guesthouse kami booking di Airbnb (Nama guesthouse : Totoro Guesthouse Shinnakano, fully furnished. 2 bilik ada aircond, 2 bilik kipas. Owner provide portable wifi. 500 meter dari Exit 3 Shinnakano. Boleh masuk 12 org. Kami pergi 9 orang. Jadi ¥18,800 /9 = ¥2100)
12.00 noon : ¥750
Ke Odaiba melalui Yamanote Line.
Gerak keShinjuku Station. Beli 1 day JR Pass (Tokunai Pass). Turun di Shimbashi Station.
1.00 pm : ¥640
JR Pass tak cover sampai Daiba. So kena beli tiket train lain. ¥370/way. Beli return siap-siap. Pemandangan dari dalam train ke Daiba sangatlah cantik, macam tengok HD.
1.30 pm : Sampai Daiba. Boleh jalan-jalan sekitar Gundam Statue, Diver City, Disaster Museum, Toyota Megawebb, Statue of Liberty, Aquacity (Gshock), Venus Fort. Malam area sini boleh tahan happening lah jugak.
7.30 pm : Shibuya Crossing
Route : Daiba – Shimbashi – Shibuya. Untuk view yang lebih menarik, boleh naik dekat Starbucks dan tengok view dari tingkap. Boleh singgah Tokyo Camii Mosque.
10.30 pm : ¥170
Balik Guesthouse. Shibuya – Shinjuku – Shinnakano

Hari Ketiga

✅ DAY 3 : ¥1270 (RM 41.91 / RM 50.80)
UENO – AKIHABARA – HARAJUKU – SHINJUKU
9.00 am : ¥170
Check Out. Ambil train dari Shinnakano ke Shinjuku.
9.30 am : ¥750 + ¥350
Beli Tokunai Pass di Shinjuku Station. Simpan beg dalam coins locker. Amik yang large locker ¥700 share 2 orang
10.00 am : Ueno Station.
Jalan-jalan di Ameyayokocho Market. Ada kebab halal ¥500. Kami beli crocs budak ¥1600 (RM53).
3.00 pm : Akihabara Electronic City
G-shock & preloved branded handbag (LV, Chanel, Hermes etc) agak murah dekat Donquijote store tapi tak banyak pilihan.
6.00 pm : Harajuku Street
Boleh jalan-jalan sekitar Takeshita Street, dan sila cuba Harajuku Crepes. Terbaik! 👍👍👍
9.30 pm : Ke Shinjuku (bas ke Osaka pukul 11.00 pm)
Harajuku dengan Shinjuku 1 station je, tapi sila gerak awal sebab tempat nak naik bas Willer Express ke Osaka sangatlah jauh – Sumitomo Building F1. Dia tak sama dengan tempat turun dari Kyoto. Kitorang sampai ngam-ngam 15 minit sebelum bas gerak. Fuh! Overnight dalam bas
11.00pm : Ke Osaka
Sila print tiket dari Email dan terus ke kaunter untuk dapatkan nombor tempat duduk. Prosedur naik bas tak sama macam dekat Kyoto. Dekat Kyoto, tunggu bas ke Tokyo tepi jalan je.

Hari Keempat

✅ DAY 4 : ¥1445 (RM 47.69 / RM 57.80)
OSAKA – TEMPOZAN – USJ – NAMBA
8.00 am : Sampai Osaka
Bas berhenti dekat Umeda Sky Building. Untuk naik train, kena jalan ke Umeda Station. JAUH. Masa ni dah fully utilised Osaka 2 days Amazing Pass yang beli masa Day 1. Pass ni boleh visit 28 tourist attraction secara PERCUMA dan unlimited subway ride selama pass masih sah (2 hari). Boleh refer pamplet yang dia bagi masa beli pass tu. Ada map subway & tempat apa yang boleh visit. Kat sini ada Padlock Tower & Ferris Wheel. FOC!
9.00 am : ¥1445 (harga bilik)
Check in Hotel Diamond. Dari Umeda Station, ambil Midosuji Red Line ke Dobutsuen-Mae station (Exit 8). Bilik ni bilik berdua, shared bathroom. Bukan bilik untuk diva, tapi setakat nak tido & travel bajet ciput, apa ada hal nok.
11.00 am : To Tempozan
Route 1 : Dobutsuen-Mae ke Hommachi Station. (Red Line)
Route 2 : Hommachi Station ke Osakako Station ( Green Line). Guna Osaka Amazing Pass untuk free entrance.
Contoh : Tempozan Ferris Wheel,
Santa Maria Cruise, Return Captain Line Cruise (stop dekat Universal Studio Japan. ada bajet lebih boleh masuk.) Hard Rock Cafe dalam bangunan opposite USJ. Legoland pun tempat yang sama,so boleh masuk jugak tapi berbayar. Kalau sempat boleh naik Umeda Government Building, ada glass deck view & hot spring dekat kawasan berhampiran. Selain USJ & Legoland , semua cruise, subway & entrance fee adalah PERCUMA kalau guna Osaka Amazing Pass.
6.00 pm : To Namba (Dotonburi)
Route 1 : Green Line
Osakako – Hommachi
Route 2 : Red Line
Hommachi – Namba
Boleh jalan-jalan Dotonburi, macam uptown tapi sangat besar. Boleh naik river cruise percuma guna Amazing Pass.
10.00 pm : Balik Hotel

Hari Kelima

✅ DAY 5 : ¥1410 (RM 46.53 / RM 56.40)
TANIMACHI CHROME – TENNOJI – KIX
9.00 am : ¥350
Check Out. Go to Tennoji Station. 1 station je dari hotel tadi. Simpan beg dalam coins locker dekat Tennoji Station sebab sini ada JR line direct ke Kansai Airport. Macam biasa kami ambil large locker ¥700 share 2 orang
10.00 am : To Osaka Castle
Ambil line purple Tennoji Station ke Tanimachi-4-Chrome. Jalan kaki 20 minit untuk ke Osaka Castle. Free entrance sebab masih guna Osaka Amazing Pass
11.30 am : To Osaka Zoo
Patah balik ke Tennoji Station. Tukar ambil Medosuju Line utk ke Osaka Zoo. Turun di Dobutsuen-Mae station. Free entrance.
1.30 pm: ¥1060
Balik dari Zoo, pergi ke Tennoji Station. Beli tiket JR West ke Kansai Airport (KIX).
2.40 pm : To KIX
Train ni ada 8 gerabak. Gerabak 1-4 ke Kansai Airport. Gerabak 5-8 akan split di pertengahan jalan ke tempat lain. Kami salah naik gerabak 8, maka jadi hindustanlah kau berlari dalam gerak 8 menuju ke gerabak 5. Tak boleh terus ke gerabak 4 sebab dia blocked. Maka bila train tu berenti dekat Stesen pertama, kami terus lompat keluar dan cepat-cepat masuk ke gerabak 4 sebelum pintu tutup. Heart attack sekejap di situ.
Sila sampai awal ke airport lagi-lagi kalau ambil AirAsia pukul 4.55pm. Airport dia sangat strict dan besar.

credit: blog Oh! Kembara . harga masih relevant sebab dia pergi 2016 baru tahun lepas...sp harap currency tak banyak beza . ok check out!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...