Isnin, 4 September 2017

Ditipu syaitan

Syaitan Allah ciptakan terdahulu dari manusia. Pernah dengar, orang kata " syaitan lebih kenal manusia dari manusia" sewaktu Asam diciptakan syaitan enggan patuh arahan Allah dan bersumpah ingin memusnahkan keturunan Nabi Adam dengan menyesatkan mereka sehingga tergelincur di dalam neraka jahanam.

Manusia sering tertipu. Tertipu dengan kejahatan syaitan . Jika ia perkara jahat kita tahu ia dr syaitan . Bagaimana pula dengan kebaikan? Membuat kebaikan atau amal soleh tetapi sia sia di siisi Allah . Lihat ... bagaimana syaitan menipu manusia.

Kisahnya,

Seorang gadis yg baik . Sentiasa patuh pada perintah Allah SWT. Berbuat banyak kebaikan dan amal soleh. Sebagaimana wanita lain , dia juga ingin berumahtangga. San akhirnya dia berjaya bertemu jodoh dengan lelaki yg baik, sama sepertinya, cintakan agama dan taat pada perintah Allah SWT.

Lihat bagaimana syaitan campur tangan. Di awal perkahwinan , si isteri atau gadis tadi diganggu. Dengan gangguan tidak dpt " bersama" dengan suami. Kesannya merebak rebak. Sehingga buat si suami dan isteri bergaduh serta perniagaan suami yg dulu agak baik semakin merosot.

Si suami tidak mampu memberi nafkah zahir kepada si isteri. Si isteri bekerja di Kuala Lumpur sebagai seorang jururawat di sebuah hospital yg terkenal di namakan X . Dan si suami belerja membuka perniagaan makanan di utara Tanah air. Alasan menjaga ibu maka si suami terus tinggal berasingan dengan si isteri. San si isteri yg mempunyai pendapatan yg jauh lebih baik dr suami tidak merasakn keputusan berhenti kerja satu keputusan yg baik. Akibat maslaah kewangan si suami maka si isteri menanggung perbelanjaan sendiri seterusnya turut menyara suami atau membantu suami jika suami tiada pendapatan.

Lama kelamaan pergaduhan tercetus sedikit demi sedikit dan hampir tiada keamanan dalam  rumah tangga. Si isteri tidak dpat menunaikan nafkah batin sesama mereka. Akibat sihir dan kelemahan suami melakukan seks. Dan si suami gagal melaksanakan nafkah zahir seperti memberi tempat tinggal makan pakaian dan lain lain . Segalanya di ditanggung  isteri sendiri.

Lihat bagaimana syaitan masuk canpur tampar sedar.

Tahukah si suami bahawa tuntutan nafkah itu satu kewajipan yg WAJIB dilaksanakn dan suami dikira berhutanh pada isteri jika tidak memberi nafkah. Si suami terus kabur. Dia melakukan kebaikan kebaikan wajib dan sunat malangnya menyianyiakan kewajipan tersebut.

Si isteri bangun malam puasa sunat tapi sayang tidak melayani tuntutan nafkah batin si suami.

Akhirnya mereka terus tenggelam dalam " ibadah" sendiri sedangkan kewajipan antara kedua nya tidak dilaksanakan.

Utk isteri; syurga mu adalah suami mu. Kegagalan si suami memberi nafkah zahir tidak menghalalkan dirimu menghalang dia menyetubuhi mu.  Bukan kah taat isteri 4 perkara masuklah kamu syurga dr mana mana pintu.

1. Taat Allah
2. Taat suami
3 solat fardhu
4 puasa Ramadhan

Utk suami , berilah nafkah pada isteri ikut kemampuan mu. Sebulan seratus terpulang. Laksanakan kewajipan mu
Si isteri layanlah suami mu penuhi tuntutan batin nya kerana itulah tujuan sebuah perkahwinan.

Ayuh, jangan biarkan syaitan terus menerus mempermainkan mu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...