Khamis, 7 September 2017

Kursus di Amsterdams

Plan nak brcuti tiba tiba mati bila dapat tahu suami di hantar kursus ke Amsterdams. 
Sebenarnya aku rasa yta seronok langsung bukan sebab kena uruskan anak tapi ada faktor lain yang mengganggu.

Seingat aku ini kali ke 3 dia pergi lama ke luar negara. kali ini 2 minggu. Paling lama 18 hari di Jepun. 

Suami kata " ama sepatutnya bangga ..abang dihantar ke luar negara..." 

Segala galnya aku serahan pada Allah SWT Bukan aku cemburu jauh lagi nak berdengki pada suami sendiri. Aku yakin, dengan izin Allah SWT satu hari nnt aku pasti aku berjaya menjejaki kaki ke Benua eropah dari Paris hingga ke Istanbul. Itu impian aku... aku tunggu anak anak besar utk aku teruskan misi trave to Europe country. Aku tak lah kaya raya tapi ada caranya nak ke sana sendiri. 

Sebelum terlupa aku telah gugur lima minggu usia kandungan. Rupanya yg spotting tu tanda baby nak gugur. Semua ketentuan Allah SWT. Aku redha. dan semalam aku scan di Doktor Wahida , berhampiran cawangan Bankk Rakyat di Ayer Keroh. sekarang susah  sikit bergerak terutama dari Ayer Keroh ke pusat bandar sebab pembesaran jalan dan membina projek fly over sedang giat dijalankan. 

Beberapa hari ini terlalu banyak peristiwa penting berlaku dalam keluarga. 

Antara yg terbesar ialah kami jadi beli rumah di Country Villas Resort. 
Tapi pasal rumah ni ada berita baik aku nak cerita. 
Aku Berkenalan pula dengan mama Haraz, Puan Masyitah yg dah menginap di dalam kawasan perumahan tu 

Katanya tempat tu sangat tenang dan udaranya sangat bersih. Rasa selamat bila anak anak nak main di luar rumah . Alhamdulillah feedback Puan Masyitah sangat baik. Dan dia mencadangkan kai tidak mensia siakan peluang tersebut. 

Masa dia beli tahun 2015 harga rumah ialah RM 299,000 kali ni lebih mahal 100k pada tahun 2017. Satu, lokasi rumah yang sangat cantik dan view yang mengadap tasik serta rumah dah siap sepenuhnya. ada beza tu. 

11hb September ni kami akan sign agreement S&P dan segala dokumen nak mohon loan perumahan telah suami selesaikan . Piagam Pelanggan LPPSA hanya sekitar tiga bulan sahaja loan akan diluluskan .

Aku sangat excited. Tapi bila suami nak ke Jerman ni aku jadi lesu pula... 

Aku akan merancang dapur dan ruang tamu yg kami inginkan. Ikut pengalaman jangan di bawa perabot lama takut akan jadi bahan terbuang.

Kami akan membeli sedikit demi sedikit perabot dari IKEA, Kaison, Spotlight. Lampu semua kita beli di Puchong. Kedai barangan letrik terbesar termasuklah lampu dan kipas. semua ni kena beli secara beransur ansur. Lama lama lengkap lah sebuah rumah .

Doakan rumah kami ni di Taman Tasik dapat disewakan dengan harga yang munasabah. . paling tidak RM1000 dapat juga tampung loan rumah baru.

 So , doakan segalanya berjalan seperti yang diinginkan . Semoga Allah memberkati kami sekeluarga. 

Alamat rumah baru;

No 16, CVR 11,
Country Villa Resort,
75450 Ayer Keroh Melaka.



Dari beranda rumah Fasa 3 . Cantik juga gambar 7 plus ni😘


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...