Jumaat, 8 September 2017

HOME SWEET HOME

Assalammmulaikum

korang ingat cerita aku dapat berbual dengan jiran baru di Country Villas Resort.

ok, masa beli rumah hari tu lagi aku pelik apsal fasa satu ni rumah lain dah habis tapi row yg aku nak beli ni tak dijual. Maksudnya org tak beli. Secara logiknya baik orang beli rumah ni sebab view dia memang mengadap padang dan tasik...hadapan rumah jalan utama bukan rumah org..senang kalau kaum kerabat datang kalau nak parking kereta kenss...

lepas tu Si Venny sales girl tu caka rumah ni asal tuan tanah nak buat subsales tapi tak jadi dan suruh developer jual Aku pun ya ya kan jelah! Venny kata kami bruntung sebab dapat beli rumah ni.." yeke?" pandai lah ko...kata aku dalam hati.

Lepastu tengok rumah kami terjumpa  jiran betul betul sebelah rumah. tak tahu namanya apa ..dia dtg tengok rumahnya di renovate. Bising jugak lah dia bila kontraktor tu tak buat macam yg dia nak ...

lepas tu dia tanya ambi rumah yg mana? kitorang cakap rumah yang nilah..." oo ari tu saya nak beli rumah ni dia kata tak jual..apsal boleh ambi pulak.." kami gelak ja..masa tu memang rumah tu dijadikan show house utk fasa satu ..sebab rumah contoh sebenar dah ada org beli. so rumah kami tu dijadikan rumah contoh sementara. Takde perabot tapi ada langsir dan lantai rumah memang dicuci hari hari,,so masa tengok rumah ni kami kata nak beli rumah ni...mula Venny cakap kena amik unit yg lain bukan yg ini. Lepas dia call kawan dia ,dia cakap boleh amik unit ni( show house) tapi u kena bagi kami bawa masu customer utk tegok rumah selagi u tak lulus loan. Okaylah kami setuju. 


bila aku sembang dengan Kak Masyitah baru tahu. Sebenarnya deret rumah kami ni disimpan oleh developer utk dijualkan kepada non bumi. masa diorang nak beli tahun 2015 developer kata dah habis semua org dh beli..rupanya tak. Maka resident yg ramai ramai tu buat complaint dekat Hang Tuah Jaya pihak PBT tentang status rumah tu. barulah dibuka kkepada org bumiputera. Harga rumah kak masyitah masa 2015 ialah RM299k .Murah kan ? 

Kak Masyitah cakap dia dah duduk banyak tempat dalam Melaka. Antaranya Taman Merbok, Taman Tasik Utama, Taman Melaka Perdana ( rumah banglo) semua tak sama macam CVR ni ..senyap aman keselamatan pun terjamin. Seronok duduk kat situ. Katanya lagi Taman Tasik skarang dh crowded.Ada betulnya juga. Dan dia kata elok untuk proses pembesaran anak. Cuma lokasinya agak jauh dari sekolah anak anak itu je.

Gambar gelap. Gigih malam malam nak tegok rumah Langsir tu dia kasik sekali. Perasan tak beli rumah ni tak dpt pagar 

bilik tetamu yg ada balkoni. 

dapur basah dan tempat laundry. Kebanyakkan rumah naik dinding di sini. 

Area dapur basah. kecik je..

facebook: Syumailah Kasim dr group Deko Ikea . Aku simpan sebab plan dapurnya macam yg kami nak .

Kesimpuannya, kami beryukur dengan apa yg ada. Walaupun akan ada nnt suara suara menyatakan kenapa kami beli rumah ni mahal tapi kecil. atau kenapa beli rumah yg jauh dari kedai makan ..rumah dulu kan lebih baik..atau apa apa sahaja ..kami bersedia dengan jawapn kami. Hahah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...