Sabtu, 30 September 2017

i'm a happy person .

Lets us share all the positive feedback for the montage video. 

Aku balik awal. Imran dan iyad di rumah. Diorg aku suh makan maggie je. Ihsan dan orked di rumah Kak peah. Aku selesai makan aku minta diri balik.. dh selesai part aku. So ada perkara lebih penting di rumah. 

Sampai rumah aku bukak telegram mesej Cikgu Rosli mat saat masuk. 

"Mhn ustzah jam dan the andromeda production dpt kiranya upload montaj pengetua td tu...
Menarik dan tbaik...."

Aku happy. Berikutnya bertubi tubi mesej masuk. Ucap tahniah. Aku dh di rumah waktu tu. 

Ko tau tak betapa gembiranya bila ada org appreciate hasil kerja ko . 

Aku tido pun dalam senyum. 

Pukul 6 lebih aku jaga terus tak ngntuk.. tengok hp. Mesej pengetua masuk dalam telegram jam 1.15 pagi. 

"Tq everyone. Tahniah ustazah jamaliah. Montaj terbaik. Bukan generic. Pengarah puji tak habis2. Tahniah👍"

Ya Allah... alhamdulillah. 

Semua turut menyatakan kegembiraan atas persembahan montaj. 

Aku lebih melihat ia sebagai kejayaan bersama semua pihak. Kalau video bagus takde lcd takde sound tak jadi jugak. Semua menyumbang. Dari kak azlah team KH yg tolong jahit layar.. bertukang bagai... angkat screen dr makmal gantung ke korridor. Dan sebagainya. 

Yg paling aku happy bila Kak Rugayah Tukiman share mesej pengetua dlm group diorg. 

"Saya tak boleh nak tengok video montaj. Tiap kali tengok sebak dan berlinang air mata. Ustazah really dapat capture the moment, raut wajah, feeling of security, blessed dan respect. Tengok senyuman farhana, lambaian cc dan rozanah dan rosmaidah mengagguk. Sebak da sedih sangat. Raut wajah anak2 kita yang trrsenyum, pak cik zaini tolak kereta sorong sungguh menyayat hati. Tak lupa the friendly smile hero kita en. Rosli. TQ pandai berlakon."

Yes! Apa yg aku cuba sampaikan akhirnya tercapai. Yg penting terkesan pada hati pengetua. Ni semua idea Allah titipkan utk aku. Aku tak hebat mana. Allah yg bantu aku. Kena ingat Allah jangan terleka. Dan buatlah kebaikan kerana Allah swt. 

Korang tau ..aku dh lama tak rasa dihargai macam ni. Last zaman aku di sekolah menengah. Waktu tu mmg akunkira awesomelah. Semua cikgu suka. Aku timbalan ketua umum. Aku jadi pengacara majlis dan johan syarahan peringkat negeri perak 1999. Aku dalam anugerah Raja Nazrin Shah utk majlis Ihtifal. 

Aku juga tak menyumbang apa apa yg best masa aku di UM. Aku ralit belajar dan berkawan. 

Zaman di Datuk Bendahara lagilah aku sibuk dnegan anak. Dan suami yg baru kerja PtD balik jam 2 pagi . Aku stress. 

Awal tahun di Bukit Baru . Anak aku lahir sakit. Since 2011 hingga 2013 banyak masa aku dengan merawat anak sakit . Keluar masuk HKL. Jadi sekolah bukan tempat aku. 

Bila anak dah besar sedikit aku mula buat apa yg aku suka. Aku ingat 2013 kali pertama aku jadi ketua buku program. Permulaan org nampak hasil kerja aku. Berikutnya aku diberi tugas buat buku program utk Majlis Konsert Muzikal 2014 dan 2016. 

Aku jadi pengarah program Ihya Ramadhan. Tahun ni. Masa penutup majlis khatam aku hasilkan video ala trailer dan ucapan sempena Majlis AidilFitri. This is my first contribution. 

Majlis ni bulan Jun. Taklama lepas tu nama aku naik jadi ajak montaj persaraan pengetua. 

Masa jumpa pengetua baru aku tau, pengetua ingat masa khatam quran video tu Ust Noran yg buat. Masa tu baru dia tau aku yg buat. 

So .. itulah kronologi aku buat benda benda gini masa kat sekolah. 

Mmg aku ada belajar Instructional Technology di UM masa buat degree Pendidikan Islam. Aku amik minor teknologi. 

So ! Mmg itulah antara pendedahan awal aku dengan benda benda ni.. 

Syukur pada Allah iphone yg aku beli ni menghasilkan sumbangan utk aku. 

Ok . Jumpa lagi. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...