Sabtu, 30 September 2017

Pengetua bersara, Aku Gembira




Semalam adalah satu malam yg paling bersejarah dalam hidup aku.. sejarah yg paling manis yg tak dpt aku gambarkan sebelumnya. 

Semalam 29hb September pengetua kesayangan kami En Megat Nasir bersara pada usia 55 tahun. 

Pihak sekolah telah merancang sebuah majlis perpisahan di sekolah . Dinner sebagai mahlis menghargai beliau. Hampir semua org org penting dalam Pendidikan di Melaka hadir. Terutamanya Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri melaka, Timbalan pengarah, pegawai pegawai pendidikan daerah , pengetua pengetua dan rakan karib beliau.. serta seluruh warga sekolah. 

Di awal perbincangan antara nak buat di sekolah dan di hotel dh ada isu persielisihan faham. Ada yg nak buat di hotel di dewan dan sebagainya. 

throwback Malam Konsert Muzikal
Setelah berbincang utk menjimatkan kos dan sebagainya maka dipilih sekolah dan di jemput caterer untuk sediakan makanan. 

Masa ni ada lah guru guru yg macam tunggu masa je .tengoklah nnt kalau hujan padan muka. 

Dan aku pulak ditugaskan membuat montaj. Aku bukan ketua hanya ajk dibawah ust noran. 

Hari demi hari maka pada seminggu sebelum kejadian kami jumpa pengetua. Aku desak ust jumpa dan buat rakaman . At least ucapan dari beliau kami yg bakal ditinggalkan .. 

Di situ lah baru aku tahu hal yg sebenar. Pengetua enggan berkongsi gambar peribadi . Hal keluarga padanya terlalu istimewa dan beliau tak ingin berkongsi dengan org awam yg dijemput. Aku memahami alasan beliau. Dan aku mengagumi cara beliau berfikir. He's disconnected to all social network. Either facebook or instagram bigo and so on! 

Maka memang takde can lah aku nak cilok gambar dia kan ...! Maka plan "jahat" aku nak buat pakatan dengan bini dia pun aku failed kan . 

Fuh! Masa ni mmg aku dh tak nampak masa depan montaj ni .. apalah nak jadi..

Then, kami plan nk shoot next week. Monday. Tapi dia takde pda hari isnin. So tuesday! For your information majlis dia on friday. So less than 5 days aku ada masa nak buat. Gila tak! 

Eh! Silap .. apsal ko beria sangat ni .. sebab nya ketua aku sibuk , sibuk uruskan bilik alaf 21 yg akan dirasmikan pada pagi majlis Persaraan nya. Ok fine! Ust noran siap kutuk kata aku tak nak tolong dia.. hurmm.. ok fine! Aku buat .. 

Masih ni blur lagi.mmg out. 

Tengah tengah malam aku search lah video persaraan org lain mmg begitu . Ada gambar dulu dulu , ada video dia bercakap .. eh ! Macam mana ni .. alamak nervous nya😩😩

Selasa 26/9/2017

So aku dtg sekolah bincang nnt nak shoot apa? 
Malam tu entah macam mana aku download lagu anuar zain sedetik lebih dan aku masukkan di belakang video yg aku rakam masa pergi pejabat time lunch. Mmg takdeborg lah waktu tu. 

So masa jumpa tiblah pengetua ajak lukis story board. Then kitorg pun follow pengetua . Dia gi kantin kitorg ke kantin.. dia pun jumpa lah cikgu itu ini.. aku dok curi curi rekod .. dia makan .. pergi pendidikan khas , bilik muzik semua pergi. Last last satu haram pun video tu aku tak pakai! Ceh!  

Aku dh frust! Ustz? Lagilah ... aku suh dia buat sikit pun dia tak buat.. 

Rabu 27hb sept 2017



Aku dtg lambat 730 lebih .. aku dpt shoot view matahari baru naik masa tengah jammed nak belok ke simpang sekolah. Dpt jugak view cantik awal pagi depan pintu pagar sekolah .. pada aku video ni mahal.. cantik gambar langit! 

Siang aku mula merancang dalam minda apa cerita yg aku nak tayang. Dan aku amik sendiri video. Aku amik gambar korridor. Gamabr 1A dan gamabr budak budak yg aku selisih di korridor. Gambar farhana nak hambat budak pun aku sempat captured. Termasuk Rosmaiidah yg terpinga tengok aku .. pastu aku bagi signal aku dia pun angguk. 

Turun tangga aku jumpat pekerja sekolah dengan Cikgu Rosli Aliman tengah bertukang. Hah memang cantiklah kan .. aku cakap nak rakam .. dan anggap aku ni Pengetua. pandai pulak org tua ni berlakon. Heheh

Malam dirumah aku mula susun scene scene tu .. sesuaikan dengan lagu anuar zain dan pergerakan video kepada slow sesuai dengan tempo yg slow. 

Rabu jugak aku shoot gambar tapak perhimpunan yg meriah dengan pertandingan pakaian beragam guna bahan terbuang. Masa nilah timbul idea utk buat pandangan pengetua kepada keadaan ramai org dengan tiada org.. so aku akan silih gantikan view sibuk dan view dia berjalan dlm keadaan sunyi.. 

Khamis 28hb September 2017 

Video aku dh siap dalam 65% . Bila aku share dengan kawan ustazah sekolah lain dapat feedback banyak sgt view bangunan. So mmg aku cut part tu. dan gabungkan dengan view interact dengan guru guru dan pelajar pelajar. 

Dengan seronok aku dtg jumpa Ust noran. Nak tunggu hasil kerja. Hampa! Dia kata slow dan lama sgt. Dia suh aku cut video tu kasik pendek sikit. Mmg frust lah ! 

Aku taknak tunggu lagi. Aku cari Cikgu Heirman. Dia dlm bilik Gerakan dengan Cikgu Mus dan Pengetua berlatih karoake. Aku jumpa cikgu Heirman dan bagitau macam mana nak potong lagu sebab aku dh cuba bunyi nya canggung gila kot. Sekali cikgu Heirman minta nak tengok . Aku pun tunggu. Lepas dia tengok . Positive feedback! Dia kata bagus . Dan dia suruh aku tukar effect satu je ,lepas part akhir baru buat jadi hitam putih. Alhamdulillah. Bukan  main happy aku dengar masa tu. 

Petang masa meeting aku bincang lagi. Cikgu Mus bagitau ustaz buat apa potong dah ok tu. Ustaz tak puas hati cakap panjang sgt. Buang masa. 

Cikgu mus kata " dah ok . Aku tengok pun tak puas. Lagipun video ni buat orang tertanya tanya mana pengetua.." ya Allah happy nya aku dengar. Ada juga org yg menghargai hasil kerja aku. Then aku proceed 4 minit 33 saat. Satu lagu anuar zain habis. 

Malam tu aku kemaskan . Aku bukak balik video clip anuar zain. Aku tiru transition dia yg lama dalam 2 sec tu.. ooo baru lah aku faham. Ia ibarat org tu kelip mata rupanya. 

Jumaat 29hb September 2017. 

Pagi majlis bersama pelajar. Sayang .. tengah pengetua berucap hujan turun. Dan agak lebat. Mmg kucar kacir budak dh lari lari. Nasib baik keadaan terkawal bila semuanya dikumpulkan di kantin. Masa tu nampak hujan macam taknak berhenti. Mesti malam pun hujan. Sedihnya. Dh lah malam ni majlis dia besar besaran. Aku tak dpt bayangkan kalau hujan macam mana. Katering dh tempah. Pentas dh lah basah. Sedih nya... screen aku macam mana.. LCD? Mesti takde montaj. 

Dengan izin Allah dlm pukul 12 tengah hri matahari timbul. Keadaan mula panas. Kak ira kata masa tengah hari pengetua dan GKMP pegi cedok air hujan yg bertakung. Punya humble betul pengetua aku . Sanggup buat macam tu . 

Balik rumah aku kemaskan balik. Aku simpan baik baik dalam thumb drives dan tengok ulang kali.aku taknak tersalah bagi video . Bukan video yg terakhir. Buat nya bagi video yg tak siap macam mana! Gila weh.. uwaa... nak nangis! 

Petang lepas amik imran dan iyad . Aku tinggalkan diorg . Aku dtg terus. Dan solat maghrib di sekolah. Sampai sekolah terkejut aku tengok pentas yg sgt cantik! Ditambah dengan sinaran spotlight. Macam kat hotel. Grand sangat. Ya Allah selamatkan montaj aku. 

Aku bagi thumb drive pada Cikgu mus. Dan pergi solat. Lega. Hanya tunggu  ditayangkan sahaja. Ya Allah macam nak luruh jantung aku. 

8.00 malam 

Aku pegang buku program. Aku baca beliau berkhidmat since 1 April 2014. Alamak! Aku buat 2014 ke 2017 ya. Aku bukak balik imovie. Cemas! Aku cari video tu. bukak since last.  Ya Allah ! Aku tulis 2017 bukan 2014! Macam mana ni aku pucat habis! Toreh pun takde darah. 

Aku cari cikgu Mus. macam mana ni? Dia kata udah lah . Biarkan buat je. Mana sempat nak ubah apa apa. 3 saat org tak perasan katanya. Aku dh kecut sgt! Ya Allah ..

Aku pukak terpikir betul ke video ti yg aku bagi. Tak puas hati aku nak tengok balik isi dlm thumb drives. Nasib baik Nasihah budak praktikal sudi ambik laptop aku dlm kereta. Dah lahbaku parkir luar kawasan sekolah jauh. Depan bukit dengan JPN. 

Aku masuk bilik gerakan dan tengok video ti. Alhamdulillah betul. Aku harap ok . Takde drag atau stack mana mana part. 

Ucapan demi ucapan berlalu. Jantung aku makin laju. Takut sgt. Aku tak makan dari 1230 tengah hari dan sampai 8.30 aku tak lapar langsung! Serius... 

Ucapan pengarah memang lama. Org nya kuat agama. Tak habis habis ucap perihal kebaikan dalam Islam yg kita kena buat. Dalam pada tu aku mengomel jugak. Apsal lama snagt berucap! Fuh.. 

Dia mengakhiri ucapan. Spotlight dioffkan dan bunga api di main kan. Selepas itu montaj bermula.

Nampak ramai cikgu lelaki tarik kerusi keluar khemah bak tengok video. Cuak aku. Macam videonya best sgt! 

Lagu anuar zain mmg bergema. Menyelubungi semua yg ada disitu. Tak pernah aku rasa 4 minit 35 saat selama itu. Sesaat berlalu terlalu menakutkan . 

Video yg berjaya membuat beberapa org guru perempuan menitiskan air mata. Di sambung dengan video" All about Us."

1.39 saat. Montaj berakhir. Dan semua yg menonton masih terpaku. Taknak mengalihkan pandangan dari depan screen. Aku terdiam. Tak sangka begitu sekali penerimaan mereka semua. Semuanya tergamam dan sangat suka dengana video yg aku hasilkan . 

Lampu dibuka dan aku kembali ke kerusi dengan hati yg snagat lega. Bertubi tubi ucapan tahniah aku terima. Semua memuji video montaj tersebut. 

Tak cukup dengan itu Pn zaini dan Puan Maya dtg ucapan kan tahniah! You have done a good job! Ya Allah happy nya aku. Syukur Ya Allah. 

Aku ingat habis di situ. Rupanya ucapan tahniah silih berganti diucapkan dalam telegram Rasmi sekolah. Bangun tido aku happy baca mesej pengetua. Katanya pengarah tak habis habis puji montaj bagus. 

Syukur ya Allah . 
Kejayaan ini paling manis buat aku. 
Penghargaan yg paling bahagia aku terima. 
Pengetua tak terkecuali mengucapkan tahniah. Alhamdulillah. The dreams come true! 

I feel proud. Im feel somebody. Im not nothing at all. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...