Rabu, 30 Mei 2018

13 Ramadhan 2018

hari ni aku balik rumah bagi Ihsan makan walaupun dia taknak makan dan tengok handphone. 

ada banyak cerita berlegar dalam kepala aku .


1. THE FAIZ ROSLAN 

IG pun dah tk aktif. aku pun tak tahu apa yg dia fikirkan. entah apa yg dia cari dan dia nak dlm hidup dia. mula mula buat video syantik versi porno ..launch pula 1 Ramadhan. Ya..ya ..ko skrg insta famous ..tapi apsal ko taknak guna kefamousan kau tu ke arah yg baik.hari ni semua org boleh famous. cuma kau pilih nak famous sebab baik atau jahat .dan yg terbaru dia buat video pasal dia mengaku tak puasa, dia tak puasa sebab tak solat. sebab tak solat dia tak puasa sebab dia tahu takde paha;a puasa kalau tak solat. masalahnya kenapa pilih tak puasa bila dia tak solat , pilihlah akukan solat sebab aku berpuasa..pening..pening..

2. Brother Ali Banat



Korang penah dgr nama dia? seorang milionaire kelahiran Sydney Australia. yg bila dia didiagnose cancer dia telah menginfak kan seluruh hartanya dan dia menubuhkan yayasan untuk umat Islam di Afrika yg kesusahan. dia membuang dunia daripada hidupnya.

Allahu...dia mempersiapkan dirinya utk mati, dan Allah SWT makbulkan doanya dia meninggal dunia dalam bulan Ramadhan yang mulia. dengan gembira dia bertemu tuhannya. Bagaimana kah kita? dapat kah kita mempersiapkan mati kita secantik Br Ali Banat?  semoga Allah menempatkan rohnya bersama hamba hamba Allah yang soleh.

lihat youtube kisah Ali Banat https://www.youtube.com/watch?v=gdFbYqB61Yw  


3. HANIS ZHALIKA



aku bukak ig pulak ...aku nampak Hanis zalikha tunjukkan tudung dia baru launch. KEKNIS. entah aku tak nampak mana cantiknya tudung dia ...entahlah kita hari ni lebih lihat pada brand drpd benda yang kita beli. teringat aku post FB pasal Vivy punya product katanya beli secara pukal dari Alibaba. tapi apa org kesah yg dia tahu dia nak brand Duck dan sebagainya!


aku terus terjah blos Hanis zaman dia tak pemes dulu. zaman hingusan . inibelogsaya. aku suka jugak baca blog dia bersahaja gaya ceritanya . aku ingat pasal dia belajar masa kat UITM segamat dan pasal family dia . sampai blog mak dia Nani rostam pun aku follow bila nak amsak nasik goreng ke masuk blog mak dia apa kejadah nya hahah... amazingkanhidup dia dari budak biasa yang suka tulis blog merebak rebak jadi retis dan kawin org kaya. ini cerita pasal Hanis zalikha lagi jangan salah topik. 

skrg hanis tu duduk satu kondo area Kg Baru boleh nampak ar balkoni dia dengan KLCC.. aku usha IG dia je.. allahu akbar kat bawah tu Orked menjerit jerit nangis!

entah lah siapa kita hari ini dan siapa kita lima tahun akan dtg itu ursan Allah SWT. berapa lama hayat kita dan apa kesudahan kita. 

aku cuma harap aku sentiasa melakukan apa yg Allah suruh hidup dlm surroundingyg Allah redha ..aku tak harap kehidupan yg super duper mewah terlalu mewah . cukup seadanya dan aku mampu melakukan kebaikan kepada ramai org

tahun 2018 merupakan tahun pertama aku berpuasa tanpa mak dan abah. Allah dah amik semula nikmat kasih syang ibu bapa yg aku dapat. aku dapat merasainya sehingga umur aku 35 tahun . untung kakak sulung aku dia rasa hidup dengan maka abh sehingga umurnya menjejak 56 tahun dan ayah mertua aku dapat hidup dengan mak dia sehingga umurnya mencecah 62 tahun 

Nenek suami aku sebaya Abah..lebih kurang. dia elok sihat dan tak nyanyuk.Tun Dr M pun mentadbir Malaysia ketika umur 92 tahun . Allahu Akbar..ini semua urusan Allah SWT

oklah cukup itu yg aku nak luahkan 

Pengajarannya: bersyukurlah dengan apa yg kamu ada hari ini. ucapkan syukur dengan sekecil kecil nikmat walaupun hanya dapat menghela nafas ..itulah nikmat yang teragung sebelum kita melepaskan nafas yang terakhir. 


SEMOGA RAMADHAN INI MEMBERIKAN KITA SERIBU RAHMAT.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...