Isnin, 28 Mei 2018

Oh my cabinet kitchen !

Susah jugak deal dengan suami yg tak nak dgr pendapat isteri jadilah macam ni.

Dapur aku yg cenonet. 

Ko rasa? 🤔🤔

Nampak hasil kerja nya 😤😤

Inilah jadinya bila buat dengan kawansendiri..🤦🏼‍♀️🤦🏼‍♀️🤦🏼‍♀️ Sebenarnya dari awal lagi aku dh tak setuju. Tapi dia buat keputusan drastik bagi kawan dia 4k utk buat kc. Ya Allah! Mmg aku speechless lah. Dia kata kita kena support kontraktor melayu. Ni lah kerja kontraktor Melayu. Aku bukan nak kuruk. Aku pun melayu. Tapi mmg org melayu kalau buat keja pembinaan mmg macam ni jadinya. Mmg boleh kira dengan jari berapa org yg buat elok.

Ni dh masuk 13 Ramadhan janji siap sebelum ramadhan . Sekarang apa cerita? Nak marah pun kawan suami.. tapi takkan lah benda simple macam ni tak boleh buat. Masa pilih jenis tiles pun dh tak sehaluan. Dia pergi pilih yg berbelang belang hitam putih. Lepas tu eletrik buat sukahati je... pastu kata takpe nnt dlm kabinet tak nampak. Suami aku pun macam tak ikhlas keluar duit pastu pakai taram je. Banyak kali aku pesan bagi aku duit nnt aku carikan kontraktor yg elok. Aku bajet nak amik tokey cina yg buat sama macam rumah sebelah ni. 6k je dia kira semua sekali. Yg kawan suami aku ni pun amik bukan murah sgt. 5500 juga .


Ni skrg tengok jelah dapur macam tu. Rumah lama dulu aku amik Mr Tan . Dia buat mmg  laju. Tak sampai sebulan siap semua. Atas bawah 15kaki masa tu dalam 7k mmg murah lah.

Skrg 2018 bawah saja 6k .

Entahlah aku malas nak komen benda dh jadi kira hadap ajelah kan ... kita jenis bukan banyak duit. Jadi kalau boleh tak nak kena keluar duit dua tiga kali. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...