Sabtu, 12 Mei 2018

Step 1: Beli kereta

entah entah macam mana plan aku nak beli kereta betul-betul beli aku masuk stage 1 aku pergi kedai showroom di Kajang dan berjumpa budak yang deal dengan aku namanya Faizul selama ini aku panggil dia Fairul salah rupa nya okay ...

lepas dah tengok-tengok kereta memang aku confirm aku cuma mampu ambil Honda city sahaja walaupun Honda civic nampak bergaya  tapi bila mengenangkan setiap bulan aku kena spend sebanyak RM1100 sebulan maka  aku tangguhkan dulu niat hendak memiliki Honda Civic.

Pada aku Honda City pun dah cukup memadai seterusnya submit dokumen-dokumen yang perlu ada ialah salinan ic, salinan lesen memandu, salinan slip gaji tiga bulan dan Insurans cover note. 

Alhamdulillah semua dokumen aku dah serahkan dengan deposit sebanyak RM500 kecuali cover note  minsurans . Ok,  dalam minggu depan salesman budak akan submit permohonan aku ke bank. 

lepas tu nanti dia akan telefon beritahu bank mana dan berapakah interest  yang aku dapat so harap-harap interest yg  aku dapat rendah lah berbanding ke yang dia kira  untuk aku

aku punya pertimbangan lebih kepada bayaran bulanan berapakah jumlah  yang aku mampu bayar kalau terlalu mahal aku takkan mampu. 

Jangan lah jadi seperti kata orang Perak “biar papa asal bergaya” .  aku rasa ukur baju dibadan sendiri itu lebih baik 

okay kalau korang nak jual kereta aku nak beritahu orang beberapa step yang korang patut lakukan 

yang pertama korang mesti check sama ada kereta korang ada saman JPJ atau saman polis so aku dah check aku dapat tahu dekat aku ada saman polis hampir RM 960  Dan aku bersyukur aku tiada saman JPJ,  bila budak tu cakap nak lesen memandu baru aku check tak sangka lesen memandu aku dah mati dah bulan satu hari itu aku tak renew .

aduh macam mana lah boleh lupa. 

okay yang kedua nya korang mesti kena bawa kereta kurang untuk saya inspection  di Puspakom lepas ke kereta korang di diuji pandu barulah korang boleh mendapat sijil kemudian sijil tersebut di bawa ke JPJ  untuk proses menukarkan nama kereta 

ini adalah satu proses yang sangat penting kerana kalau kita jual kereta tanpa menukarkan nama, kita tak nak ada timbul masalah akan datang di mana kita bertanggungjawab keatas kereta tersebut walaupun kita dah tidak menggunakannya 

Contoh orang yang beli kereta kita tu bawa kereta laju atau terlibat dengan jenayah dan bila dia check  kereta itu masih lagi nama kita maka kita lah yang bertanggungjawab

 jadi jangan buat kerja bodoh ...tolong lah ! sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna nya.



1 ulasan:

  1. Do you mind if I quote a couple of your posts
    as long as I provide credit and sources back to your webpage?

    My blog is in the exact same area of interest as yours and my visitors would definitely benefit from
    a lot of the information you provide here. Please let me know if this alright with you.

    Regards!

    BalasPadam

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...