Sabtu, 12 Mei 2018

Pilihanraya ke 14, Ikea & Short Getaway Sekitar Lembah Klang: Templer Park, Rawang


 Selepas mengundi di Kuala Kangsar kami bergegas balik ke Melaka supaya suami boleh mengundi di di Ayer Keroh pula. Dalam sekitar 03:00pm lebih Selesai mengundi di SK Tun SAS. malam tu kami menunggu keputusan pilihanraya di umumkan.

Pilihanraya yang ke-14 satu perkara yang tidak pernah berlaku apabila sudah 11:00 malam hampir tiada negeri yang dilaporkan keputusan. kemenangan pilihan raya hanya negeri Sabah dan Sarawak jadi keadaan ini membuatkan seluruh rakyat Malaysia tertanya tanya

 keadaan yang luarbiasa ini menunjukkan pihak pembangkang telah berjaya dalam pilihanraya tersebut.  benar seperti apa yang kami pikirkan menjadi.

sejarah dalam Malaysia buat kali pertamanya Pakatan Harapan telah memenangi pilihanraya dan membentuk kabinet pentadbiran Perdana Menteri kita yang keempat iaitu  iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi.

 Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia kali yang kedua.  ini merupakan rekod dunia dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah.

jadi hendak dikatakan kecewa tidak juga kecewa tetapi cuma timbul perasaan gusar apabila parti selain BN memerintah negara tetapi pada pandangan aku tak slah mencuba,  Why not!  kita cuba ...mana tahu sesuatu yang lebih baik akan terjadi di dalam negara kita.






  
Banggunan TRX atau Tun  Razak Exchange  masih dalam pembinaan,  malangnya orang yang memberi idea membinanya dia, Dato Seri Najib Tun Razak telah turun daripada memegang jawatan sebagai Perdana Menteri





 Jadi pada hari Khamis setelah kerajaan bagi Pakatan harapan yang mana umumkan cuti umum pada hari Khamis dan Jumaat jadi kami sekeluarga telah mengambil keputusan untuk keluar daripada Negeri Melaka untuk menenangkan fikiran sambil bersantai bersama keluarga maka destinasi yang kali pergi adalah Kuala Lumpur dan Malaysia lagi kakak ku di Sentul malam tersebut kami telah makan malam di IKEA Cheras dan Sambil mengikuti perkembangan kah politik negara pada malam itu 09:30 malam tunjuk tu Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia sekali lagi


 Selepas bersarapan di kedai nasi lemak Wak Lanjo di Kampung Baru kami meneruskan percutian Short getaway  ke taman Templer  di Rawang.  seronok lah sebab tak ramai orang di sana. 

 Kami  sampai hanya ada berapa keluarga sahaja ada. yang paling aku suka air sungainya cetek dan tak ada lah aku risau  budak lemas,  kemudian budak-budak boleh main bebas tanpa aku jerit-jerit marah diaorang... sebab aku takut lemas  ataupun tergelincir jatuh daripada batu . 

 Satu  pengalaman yang menyeronokkan untuk mereka.  tambahan pula  kami jarang bercuti ke  mandi manda di sungai.  sebab entah lah ....yang aku ingat kali pertama kali kami mandi sungai  ketika kami ke Langkawi.





Aktiviti mandi sungai ini bagus untuk anak-anak explore sendiri tentang ala alam sekitar mereka bermain air berjalan di dalam air he melihat pokok-pokok di dalam hutan banyak perkara yang mereka belajar secara semulajadi aku harap dia akan jadi satu pengalaman yang menggembirakan apabila mereka telah pesan nanti


sebenarnya pada pandangan aku Taman ini cantik dan sesuai untuk dijadikan percutian hujung minggu kerana tidak terlalu jauh dan yang penting ia percuma kerana tiada kos dikenakan melainkan duit minyak. 


Cuma  yang aku tak seronok bila habis makanan kali dimakan oleh monyet-monyet di sana. ...ahahha.... silap jugak lah kami tak simpan makanan kami betul-betul

 kami berada di sana sekejap cuma tiga jam  dan sebab Iyad terlalu  sejuk maka kami segera balik. Naik biru bibir dia mandi sungai











Itulah cerita pilihan raya dan percutian kami sekeluarga di Taman Templer Rawang. Kalau  dari bandar Sentul hanya sekitar 30 kilometer sahaja tapi tak sedar pun bila kita tengok pemandangan kota KL yang cantik....sedar-sedar kita dah sampai di destinasi 

okay itu sahaja untuk kali ini semoga berjumpa di lain masa 

 bye wassalam dah siap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...