Isnin, 17 Ogos 2020

Kebahagiaan yang berbeza beza

aku pelik tengok orang berhabis duit beli produk minyak ..iya..minyak yang boleh memberikan seribu satu kebaikan ..
aku baca status kawan aku dia kata dia buat air sirap limau dengan titiskan minyak lemon dalam air sirap dia ..dan dia cakap masa buat sambal kicap (makan dengan sup tu..) takde limau dia pakai minyak tu jugak ..
aku sekadar terfikir apsal nak beli mintak tu harga bukan main mahal kalau boleh pakai limau kastuari 3 ringgit dpat seplastik ..hahah..tapi bukan utk diffuser lah ..

tapi kan bila aku pikir balik dah kebahagiaan org tu dengan guna minyak tu maka biarlah ...siapa kita nak atur mana yang baik mana yang buruk...

contoh kan aku beli emas aku simpan sebab nak pergi haji ...ni cerita benda lain pulak adoi yaii byk nya cerita ..

ada org suka emas ..ada org kata tak suka emas ....tak minat ....kekadang aku terfikir tak minat ke atau kurang mampu ..pada pengamatan aku semua perempuan suka emas ..mungkin ada yg tak suka pakai tapi takkan tak suka simpan emas ..duit kot ..kalau ko gadai emas macam macam ko dpaat beli ...


korang tengok gambar rajah di atas ni ..kerana nilaian emas tu dah bertambah 260 segram ..kalau ko ada emas 39 g pun dah cukup nak buat tambang haji tau ...

kiranya betullah perkiraan aku suatu masa tu ...beli emas dan menyimpan utk pergi haji ...

sebenarnya aku g umrah tahun 2014 pun hasil duit emas aku ...kalau kita ada 10k tahun 2000 dia tetap jadi 10k tahun 2020..tapi emas dulu harga segram RM 38 masa ni aku form five manalh aku ada duit ..tengok je masitah pakai gelang emas buah love ..dia kata harganya RM600 ..besar sgt rege 600 time tu ...

mmg betul masa tahun 2007 aku beli emas harga RM80 segram ...dia stuck lama harga 190 segram ..dari 2013 hingga 2017 kot ..

skrang aku dah pandai kira kalau beli emas ..mula mula tanya harga emas segram ..lepas tu tanya harga upah berapa ..campurkan harga emas (darab gram kita beli) dengan harga upah bahagi gram = baru dapat harga sebenar berapa gram..

kan aku kata aku beli emas harga RM253..rupanya bila RM253 x 13.06 g + 1889 (harga upah) ...harga emas aku segram jadi RM267..aku kira masih murah jugak ..banding aurora buka buka rege RM280 tanpa upah ...

kak majidah cakap kat pd pun murah RM235 ..aku tak pasti ..ta[i dia kata kena pandai main harga upah tu kadagkala dia amik untung..tambah kalau ko trade in ..ada cara dia kira ..yelah mana ada org niaga nak rugi ceh!

paling bahagiakan ..jeng jeng jeng! suami aku setuju nak belanja gelang aku pakai ni ..yeay!!! 
seronok sangat ..

next project nak g ar rahnu gadai dan beli lagi yang baru ..ngeh ngeh ..nak simpan sampai 180g ...nak bayar zakat emas ..moga Allah murahkan lagi rezeki..

korang simpan emas ..nnt boleh buat modal anak nak sambung beajar ..bila sesak gadaikan je ..tak tuntut balik pun tak pe ...tak yah tebus ..lepas kan kesusahan yang korang tanggung ..kan ada duit boleh beli emas lagi 


aku ni berkira kira nak buat biskut famos amous balik..nyelah anak bujang kan nak balik serama nak bagi dia makan apa yang dia suka ..

oklah dah banyak celoteh ...dah letih ..

apa yang kita nak buat dalam minda kita itu yang Allah SWT jadikan ..so fikir benda yang baik baik..semaam sembang sembang dengan suam sekali terkeluar .."kom kita bukak stesyen minyak nak ?" hahah ..ada tanah boleh je ..ermmm....untung gak ..pencen awal jaga stesyen minyak hihi...

oklah buat benda yang baik baik ..semoga hidup kita diberkati dunia dan akhirat ..Aamin...




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...