Ahad, 30 Ogos 2020

Melaka River Cruise 2020 dan Hotel di Melaka.

Melaka semestinya menjadi lokasi tarikan pelancong baik dalam dan luar negara .
Antara yang paling popular ialah ...menyeusuri Sungai Melaka sambil menikmati permandangan yang cantik sekitar bandar melaka ..walaupun buka bererti menjelajah bandar melaka seluruhnya ..ia sedikit sebanyak mempamerkan berapa cantiknya permandangan melaka pada waktu malam..dulu sungai ni hanya tempat saluran lebihan air laut .namun sekarang menjadi tarikan utama pelancong 
dan menyumbang kepada ekonomi negeri Melaka .

Malam merdeka 2020 kami ke River Cruise sebelum tu ke Men'ate utk makan malam kemudian ke taman rempah utk naik Cruise. Malangnya kerana terlalu ramai org jadi kami ubah plan ..cuma jalan jalan sekitar sungai ..Rupanya lagi best sambil hirup udara segar dan mengambil gambar permandangan Kampung Morten dari dekat ..melihat lampu-lampu neon yang berkelip kelip ...ramai pelancong turut berjalan ke sini ...

Jalan kaki utk ke Men'ate



gambar ni diambik atas jejantas nak seberang sungai ke Kampung Morten

"Merdeka...!!" jerit Orked

Bangunan yang tinggi megah tu Swiss Garden Hotel

Iyad 

Family picture , tak suka pakai mask tudung tertarik ke belakang ...Iyad nampak besar dalam gambar ni .


disebabkan hujan lebat kami terpaksa patah balik .Esok Imran akan balik ke asrama semula .Jumpa lagi 2 minggu ..semoga anak -anak sihat dan selamat ,

 ramai org tak tahu lokasi yang paling sesuai nak tempah hotel kalau di melaka . ok tengok lokasi ..kalau korang nak area bandar yang ada dataran pahlawan , jonker walk, bangunan merah tu ..korang kena stay area banda hilir..seperti ..Swiss garden, The Pines, Ramada, Bay view pun area situ ...kalau korang stay kat Hatten, atau Tree Garden by Hilton korang jauh sikit dari area cruise ni ..tapi dekat dengan dataran pahlawan atau melaka parade...

ok ..kalau korang stay area ayer keroh ..mmg agak jauh nak ke banda hilir ..so kalau ayer keroh dia dekat dengan Toll ayer keroh, taman buaya, zoo melaka, taman mini asia, botanikal garden, ni kalau area ayer keroh korang boleh stay kat Hotel 5 bintang Philea, Ames Hotel, Hotel Seri malaysia, Hotel Muzafar, Hotel Kobemas, Hotel MITC ni semua area Ayer Keroh .......

kalau aku dtg Melaka aku prefer stay Banda Hilir, atau Melaka Raya sebab sana malam malam happening dan dekat jugak nak naik cruise ..kena jalan jugak lah nak ke cruise tu ..maksud aku area banda hilir bukan area ayer keroh ..kalau korang mmg nak jalan jalan lah kalau waktu malam ...

oklah ...nnt aku share apa lagi menarik kat melaka..aku dah duduk melaka sejak 2006 ..masa mula mula posting so tau lah jugak serba sedikit.

kalau dtg melaka hujung minggu mmg jammed gila..kami org melaka takkan ke banda Hilir melainkan kalau ada urusan ..untuk sekdar jalan jalan mmg tak lah ..hahah..jammed..so mmg kami banyak berada dia area Ayer Keroh sahaja ...

oklah nnt aku sambung cerita ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...