SEJARAH KELAHIRAN IYAD
Iyad lahir 2011, tak cukup bulan 32 minggu dan keluar sebesar 1.55kg ...Iyad mmg survived. Bila masuk NICU doktor nak bagi susu guna tiub ..Iyad tak dapat masuk tiub dan tiun melingkar ..rupanya Iyad punya perut dan esofagus tak bercantum.
Hari ketiga kelahiran Iyad dibawa ke Institut Pediatrik HKL utk major operate ..sambungkan esofagus dan perut dia ..nama sakit dia TOFs..
Selepas opertae berat Iyad jatuh 1.48kg ..selama sebulan di NICu ..Iyad pindah ke wad 8 dan tak lama lepas tu balik ..sayangnya iyad admitted balik sebab ada stricture..dan kena buat dilatation ...
IYAD HARI INI
Iyad sekarang dan 9 tahun dan bersekolah di Pendidikan Khas , Sk Ayer keroh Melaka. (Penglihatan) iyad buka. sahaja ada masalah TOFs malah iyad ada masalah mata ..nystagmus eyes.
Iayd boleh bawa basikal ..tapi tak boleh harap sangat sebab mmg penglihatan dia sangat terhad |
Iyad dan adiknya Ihsan 7 tahun.walaupun mereka beza 2 tahun tapi ihsan lebih besar ..sebab budak yang ada masalah paru2 ni badan susah nak naik |
Iyad boleh makan ikut mulut..walaupun dekat perut Iyad ada tiub ... |
Ini minuman favorite Iyad tp skrg dh tukar teh tarik |
ini favorite iyad juag sushi dan boba tea |
Bila iyad belajar iyad mesti kena rapat rapat dengan muka ..dan buka lampu utk iyad lebih fokus |
Bagaiman keadaan kesihatan Iyad?
Iyad masih ada follow up dengan pakar respitori Dr Asiah dari HKL..iyad kena amik ubat omeprazole iaitu ubat anti reflux, domperidon dan MDI utk paru paru Iyad.
Iyad juga masih ada appoiment dengan Dr HKL Surgical Kanak Kanak under Dato' Zakaria ..pakar pemnedahan kanak kanak di HKL..di sana mmg ramai pakar ...antarnya Mr Azlan, Mr Yusof, Dr Azlan dan lain lain ..tak pasti masih ada atau dah berpindah ke hospital lain.
Pesanan:
Mak ayah kalau ada dapat anak yang diuji mmg kena banyak sabar . Kadangkala kita tak tahu dia lah penyebab Allah SWT nak bagi kita syurga nikmat yang terbesar dalam hidup kita..
Kita tak tahu jalan yg mana membawa kita ke syurga .
Kesabaran kita mengahadapi sakit anak ini mendekatkan kita lebih kepada Allah SWT..
Sentiasa berdoa dan berharap hanya kepada Allah SWT..
semoga sabar dan tabah .
sy akui ada kala saya jua kecundang ..hilang sabar bila ada kelakuan dia yang degil ..terutama dia suka main air, minum ais dan beberapa sikap lagi yang sy tegur dia tak ambil peduli ..
tapi itulah ..skrg dia dh besar dia pun paham sakitnya dan susahnya kalau masuk hospital ...dia pun tahu sakit dan taknak..
sedih ingat masa dia operate tahun 2018 hari tu ....nnt sy cerita semula jika saya ingat ..
semoga Iyad membesar jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan