Khamis, 15 Disember 2022

Bukit Beruang dan Mamee Jonker House

 Assalammualaikum semua ..diam tak diam dah masuk cuti sekolah selama 3 minggu. 

dalam tempoh ni aku dh mulakan rutin baru aku hiking di Bukit beruang. Alhamdulillah ..mula hari Isnin12/12/2022 dan masih buat utk kali ketiga...hari ini khamis 15/12

masa hari isnin aku pergi dengan Imran kami naik CP1. first time Imran hiking sama. 

Selasa aku buat full track aku janji dengan Kak Azza dan kawannya Kak Maznah. alhamdulillah. mula jam 9 pg selesai jam 12.00 tiga jam ..full trek ni maksudnya aku pergi semua checkpoint. 

so hari ini setelah berehat sehari Rabu, kali ni kami hiking dalam keadaan yang sgt penat. Imran berpendapat kami penat sebab menu bf yang kami ambik . burger dan telor dan sekeping roti.

esok aku nak test bf yang ringan tengok macam mana. 

Aku pula berpandangan sebab kami stop sehari jadi badan kami lesu . 

mmg tak mudah nak dpt kekuatan drive ke Bukit Beruang kemudian panjat ..sejauh 880M dan turun semula. total masa yang kami buat naik 30 minit dan turun 30 minit ..total calori lost dalam 230 kcal. 2km lebih sahaja ..langkah dalam 3k kalau tak silap 3.4k langkah.

so aku target sehari aku kena bakar 500 kcal. baru berat badan aku turun. exercise macam dh ok .sekarang masalahnya diet . pemakanan. kan kita tahun 80% makan , 20% exercise. so aku kena mula beli bahan menu diet mulai esk .

so kalau korang tak pernah ke Bukit Beruang aku share check point yang korang akan lalu.

kasut hiking decathlon ..sgt berbaloi!


ni masih belum touch CP1

ni CP1 ..lupa nak amik gambar ukit kayu tu ..

ni CP2 kena lalu tangki air kalau tak silap. 

CP3.. aku tak ingat kat mana ..


ni baru aku jumpa tadi CP4.. 


kat sini pulak permulaan trek OMG...dia mmg bukit yang ko kena panjat ..gigih tau!


Wonderful garden ni port yang ko jumpa sebelum ko keluar hutan . tapi kalau turun pakai jalan tar ..korang takkan lalu garden ni 


Mamee Jonker House

Lepas kami dah balik hiking. Aku bawa anak anak ke Jonker Walk. Tujuannya ialah nak ke tempat pembuatan mamee.. 

so berlima lah kami ke Jonker Walk. nasib baik dapat parking . kami parking bersebelahan kedai turki di jonker walk..ada Makan Hang kasturi sebelah kiri dia ..

to be continued..

So aku pun drive dengan slow slow ..anak anak semua tido .kami keluar sekitar jam 11 pagi. 
mmg area sini parking susah sikit nak dapat . tapi entah macam mana kami dapat parking d sebelah makam hang Kasturi . Aku perasan dia sebelah kedai Turki. Ada karpet gantung gantung depan kedai dia..

ni area tempat kami parking

Jalan jalan sekitar Jonker Walk ni mmg menarik . tapi terus terang cakap semua adalah cina ok ..org cina ....makanan pun makanan cina ..mmg macam berada di China Town lah ..susah sgt nak dapat tengok restoran Melayu ..adalah dalam beberpaa buah kedai.

antara Cafe yang menarik di sini ialah The Daily Fix, Sharing Plates, The Stone Cup ( tak halal) , The Geographer Cafe, macam macam lagilah ...aku ada baca dia kata dia tak serve pork atau lard ..tapi dia tak dpt sijil halal sebab ada serve alcohol.

banyak cafe mcm tu termasuklah kat kl tu Kenny Hills Bakers aku ada tanya call staff dia..dia kata hala semua supplier halal. kalau ko yakin makan jelah .

so amik gambar jelah buat kenang kenangan

jalan jalan sampai jumpa Mamee Jonker House ni..

dalam ni ada teaive dan ada cafe mame.. pada aku harga makanan dia reasonable dan aku jumpa kedai ni ada sijil halal jakim .so ini choice terbaik kalau korang nak makan area jonker walk . sekitar RM12 dapat makan nasi goreng kampung ..oklah kan ..ice lemon tea dia dalam RM5. still ikut bajet alah ...

mamee malaysia
Merchandise mamee..banyak mamee yang flovour sepecial kat sini .





Tealive dalam Mamee Jonker House



so apa yang kami buat disini ialah ...aktiviti buat doodle noodle .semua akan dapat cup kaler cup dia dan hasilkan mamee sendiri . bukan hasilkan sgt tapi lihat macam mana mamee di masukkan dalam cup dan pilih perencah apa yang nak di masak. 

ini imran punya ...mmamee kaler merah

bangga siot bhahahah...


Iyad punya kaler pink...
masa mula mula dapat cup..








surau warisan ..masuk percuma..tapi free pun org tak masuk apatah lagi kena bayar..ermm..













info utk semua ..

takpernah masuk pun ..amik gambar jelah ...







stylo

cafe mamee





jumpa patung ni seramm weh!

imran di usia 15 tahun ketinggian 173cm

susah payah mencari rezeki yang halal di sini ... abg baju emas ni 








posing dia area surau

hasil tangkapan di Mamee Jonker House


jalan sampai ke Jalan Hang Tuah 

yeya ....melaka 2022

tak pasti ni apa ..rasanya gereja

St Paul ..turun tangga ni jumpa A Famosa



selepas kami  makan tengah hari kami teruskan berjalan ke bangunan merah, masuk ke Galeri Seni kemudian solat zohor di Surau yang berhadapan bangunan merah . dalam surau ni ada toilet. kalau tak kena bayar RM2 utk masuk toilet di tingkat bawah surau. 

selesai percutian sepetang di Bandar Hilir Melaka . esok tak tahu nak jalan ke mana lagi.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...