Bila kecoh di Fb berkenaan global ikhwan sdn nhd atau GISB aku tak tahu nak baca mula dari mana .. setelah kaji ..aku jumpa satu page Fb yg mula mula ketengahkan isu ni nama nya PUKAS .. korang boleh cari nama PUKAS ni yg maksudnya Pusat Kaji Ajaran Sesat. Kiranya dia pernah report pada JAKIM .. tapi macam tak tak jadi apa..lepas tu dia report pada mufti perlis .. Maza barulah bukak mta banyak pihak. Dan segalanya terbongkar termasuklah berkenaan rumah amal yg melaporkan kes liwat dan meliwat .. segalanya telah terbongkar termasuklah tentang perkahwinan sesama mereka, perpisahan anak dan ibu dan macam macam lagi yang langsung tak masuk akal. Meskipun mereka ni bijak dalam aspek ekonomi namun terlalu banyak benda yang beretntangan dalam islam termasuklah isu akidah dan takiyyah yg sama seperti syiah. Perkara ini sgt merisaukan, ibarat mereka hanya hidup sesama mereka dalam circle mereka, hanya mereka sahaja yg faham apa yg berlaku .
Rupanya luas betul rangkaian gisb ni ..
Termasuklah yg kita biasa tengok brand ikhwan kalau di Cameron Highland. Cuba korang type ikhwan cameron ..semua company bawah ikhwan senarai termasuklah delight, homestay dan sebagainya.
Terlalu banyak perkara yang disembunyikan . Sehinggalah .. baru tahu dia anggap abuya ni Tuhan .. siap ada lagi abuya taubatkan kami semua..
Banyak sangat nak cerita .. korang baca di FB PUKAS. Ok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan