Isnin, 23 September 2024

Jonker Walk 2024

Ceritanya macam ni. Memandangkan spagetti yg aku masak rosak. Rosak akibat tak di tos dalam jaring.. jadi dengan menjadi basah , lembik dan tak sesuai utk digoreng. Pengajarannya . Angkat spagheti wajib letak dlm penapis. Jgn tak guna penapis. Ok.
So memandangkan esok khamis, imran akan balik asrama.. maka kami pun berhuha huha ke jonker walk. Asal nya nak makan di Laman Lokal . Kedai owner org Islam. Kan banyak cafe di sekitar jonker walk, namun nak cari yang benar benar ada sijil halal sgt susah. Kebanyakkan nya Muslim Friendly, tapi no halla certificate. 
So bila jumpa kedai makan ni .. semngat sikit lah. 
Tapi sampai sampai nampak macam penuh. Kemudina staf pun tak dtg invite kita. Mungkin masa tu dia sibuk, ad customer baru sampai. Meja dia pulak ada deco deco utk celebrate besday kan. Kita yg walk in ni pepaham jelah. 
Suami aku dan yg lelaki pergi cari masjid nak solat Isyak. Aku dan orked jalan jalan berdua. Dr laman lokal tu jalan depan sikit dan jumpa Richee richis apatah nama kedai dia. Fastfood jual ayam yg salut sambal tu.. tahap pedas ada 5 . Aku mmg tak minat langsung makan benda benda macam ni. 
Asal aku jalan jalan je dengan orked. Kami jumpa family mart. Masuk beli makanan.. ada snack macam sushi tapi tiga segi dan mochi cheese.. mmg sedap tapi mahallah pulak. Satu RM5. Aku beli kopi sekali. 
Pastu konon sambung jalan. Memandangkan laman lokal tutup jam 10 kami tak jadi makan di situ. Langsung makan di richeese tu.
Takpelah.. habis makan … balik… tu je.. tapi seronok lah jalan jalan jonker walk takde org. 
Ingat nak pergi floating market tapi tak jadi.. terus balik rumah.

Ni Laman Lokal boleh search kat google. Org kata masakan di sini sedap.

Last last makan di sini.. 



Unik Family Mart di Jonker Walk ni. Ada toilet.. kalau rmai org mesti berebut masuk toilet

Ni lah yg sedap tu… 


Kedai ni mmag happening tapi tak pasti halal atau tidak


Aku rasa jonker walk nibtempat menarik utk kita jalan jalan waktu malam.. cuma street food dia banyak yg tak halal.. peniaga cina. Sepatutnya banyakkan makanan halal… kan Malaysia. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budaya hijrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  just nak share tentang satu perkara yang macam agak barulah  jadi trend sekarang..  hari tu kita...