Isnin, 9 September 2024


 Reschedule Flight


Hari tu masa balik , budak MAS tu tanya akak pergi sama berapa lama

Sebab dia kat flight return aku tak keluar.

Argh! Cuak! 

Mmg aku ada reschedule flight dr Phnom penh ke KUL tapi tak jadi. 

So bila macam tu aku beranggapan aku akan guna tiket yg asal. Gelabah weh! Kalau macam ni tak berani aku nak terbang ke sana . 

Kang takde tiket balik naya. Aku tak sangggup kena marah lagiiiiii! Uwaaaa

So aku call traveloka. Explain bla bla bla.. dia kata ada. Mmg tiket aku adq . Jgn risau. Dia pun dh sent email baru tunjuk no flight aku

So aku lega. Actually mmg bahaya betul perbuatan aku kali ni

Nak tahu sebab apa? 

Aku asal ambik cuti hanya pada hari Isnin. Kemudian pengetua expect aku tak berjaya dpt kelulusan ke luar negara. Sebab masa aku apply tu dh suntuk .. dalam dua minggu kot. Mmg kelam kabut hari tu, aku ingat .. jumaat aku kena ke homestya kemas .. nak ambik imran. Dan hari jumaat jugak aku isi boranh ke luar negara. Minggu depan 26/8 aku cuti dan seminggu tu aku takde sebab ke Cameron Highlands. So surat aku hanya akan tiba di PPD pada hari selasa 27/8 dan aku nak ke Phnom Penh pada 9/9


Uwaaa!!! 

Mmg tragis . 

Kemudian rabu  sebelum aku terbang. Aku dah jumpa pengetua nak apply cuti on Friday. Ko rasa? 


Arhhhh mmg aku kena rebusss !! Tak kasik can punya pengetua kasikk aku… hangus terbakar. Lasttt sekali baru dia bagi. Masa tu aku tak dpt nak describe betapa malu nya aku kena marah dengan pengetua. Ya Allah! 

Murung weh! 

Serius… aku ni bukan lah baik sgt. Tapi aku jarang buat hal. Cuma tahun ni mmg pengetua tak berkenan bila aku kerap sangat keluar. Nak buat macam mana .. tuntutan kerja juga. Bukan aku main suka suki nak keluarkan… ngeh!


So pengetua pun dh pening. Dia refer jpn mmg takde had berapa hari kalau urusan macam aku ni… mmg dibenarkan. So! Actually aku tak salah. Maksudnya keberadaan aku diluar tu bekerja juga. Cuma bukan di sekolah. Ada surat kot. 


Tqpi aku pun akui bukan mudah meninggalkan kelas dan guru guru lain kena relief. So bila ko dh rasa ko dh buat salah. Diam boleh tak! Just keep quiet. Jgn bunyik… okayyy…


Btw .. manusia berubah . Dulu apsal aku makan apa atas flight ni smeua sedap. Sekarang.. nasi masin, kopi sachet.. ermm… we need brew coffee .. ahaks! Nampak … life style berubah. 






Oklah cukup aku membebel di sini. Banyak masa pulak atas flight ni aku nak mengarang. Wifi takde . MH studio ni pun apa tah .. tak boleh bukak langsung. 


Aku tengah fikir the best optiob nak bawa anak anak aku ke Melaka. 

Satu, naik bas. Dua ,drive. Maslaahnya aku takut mengantuk, tak tahu jalan .. dan macam macam lagi lah… 

So aku rasa baik ambik bas  dan tido! 

Tapi mmg lah leceh. 

Klia naik grab ke rumah adik ipar di shah alam, pastu naik grab ke stesyen bas, pastu sampai Melaka sentral amik grab lagi? 

Agak agak jam berapa sampai? 

Esok keje .. KERJA. NO MORE CUTI CUTI 🤨


Doakan urusan aku dipermudahkan Allah SWT. 


11.10 pagi dr Phom Penh. Jam berapa boleh sampai shah Alam? 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekolah Menengah

  aku selalu merasakan di usia Tingkatan Satu , peluang aku kurang bernasib baik betbanding kawan kawan yang lain . ramai kawan akwan aku ma...