Isnin, 9 September 2024

Phnom Penh- Shah Alam- Melaka



Alhamdulillah .. dengan izin Allah swt hari ni aku dh start bekerja seperti biasa. Walaupun kesan sengal sengal badan masih ada. 


Berbalik pada cerita semalam. 

Apakah yg telah aku lakukan .. ambik anak di Shah alam atau terus balik ke Melaka naik bas.? 


Jawapan nya .. aku drive ambik anak dan bawa ke Melaka. 

Okay . Meh aku share story aku. 


Landing di KLIA dalam jam 2 petang . Dalam pada tu order grab nak ke Shah Alam. mak oiii, rm65 ringgit . Eh, mahal rupanya. 

Aku surrender . So nak taknak aku kena drive sendiri ke shah alam , rumah adik ipar aku nak ambik anak anak aku . 


Aku boleh je serahkan pada suami aku esok utk ambik anak anak aku. Tp bila aku fikir … anak aku ..mestilah susah senang aku jaga . So aku gagahkan diri collect anak anak aku. 


Setelah berurusan dengan go park . Deal driver dia ambik aku . Kemudian berlari lari ke tingkat satu cari pintu 3, aku selamat sampai ke kereta aku sekitar 3 petang . Dan aku mula mengoogle maps ke rumah adik ipar aku di Shah Alam. Nervous weh, minyak pulak ada tiga bar aja. Emmm… dalam google maps aku boleh sampai dalam 45 minit . So di pendekkan cerita aku selamat sampai ke rumah adik ipar aku. 

Aku masuk tolong kemas sikit rumah tu ..bersepah anak anak aku duduk ..terima kasih Ida masakkan kari ayam utk anak anak aku. While dia keje hari tu. 


Aku gerak dr Shah Alam jam 4 petang . Masa ni aku kelam kabut lagi . Minyak tinggal dua bar. Aku kalau baca peta ke Melaka macam tak pandai nak nyinggah nyinggah isi minyak . Tapi aku rasionalkan diri akhirnya sebelum masuk tol nak ke KLIA tu area shah alam … aku dapat isi minyak di Petron . Lega benak kepala otak aku. Bila dah masuk jalan ke KLIA .. nak ke seremban semua aku dh ok sikit.. sebab mmg familiar dengan jalan tu .. tegak je sampai Melaka.. aku cuma kena drive steady sampai ke Melaka . Jangan ngntuk ngntuk.. anak anak  pun elok je tido. Aku drive tak laju . Aku stay lorong tengah je. Aku nak clear lorong pecut baru aku masuk. Aku benci betul org yang dr jauh dan bagi lampu tinggi suruh aku ketepi macam nak langgar aku je cara dia memandu. Aku jenis cuak .. tak berani nak duduk lorong laju sepanjang masa. So aku nak tenang tenang aku stay lorong dua.. bila ku tengok lagi 25 km nak sampai melaka . Lagi aku semangat. Dalam jam 6.00 petang aku selamat sampai ke Melaka. Barulah rasa perut ni lapar..


Kami singgah ke Mydin . Aku nak ambik spek mata baru aku . Aku drive sepanjang masa dengan spek mata yg dh terbelah dua.. korang bayangkan lah kesukaran nya tu . 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budaya hijrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  just nak share tentang satu perkara yang macam agak barulah  jadi trend sekarang..  hari tu kita...