Isnin, 25 Oktober 2021

KAW FEE, BUKIT KATIL MELAKA

 Sekarang ni lambakkan kedai kopi tepi jalan ..tapi kena tahu ada kedai kopi yang dia guna 3 in 1 dan ada kedai kopi yang jujur dia brew biji kopi dia sendiri..

oklah aku pun baru belajar bab kopi ni sebab suka punya pasal

ok..kopi yang sebenar yang kita bagus minum ..dan baik utk jantung adalah kopi yang biji nya di brew sendiri ..bukan lah ..maksudnya begini ..ko minum kopi ..yang sebuk kopi di kisar...dibrew dengan mesin kopi..keluar pati kopinya dan itu lah yang ko campur dengan susu full cream ..sebaik nya takde sugar ..kalau pun guna sugar kebanykkan kedai kopi guna syrup monin lah ...

yang biasa nescafe tu kita tak pasti kualiti biji kopi yang dia guna ..kalau yg mahal sikit ko pakai essenso ..tu agak berasa flavour kopinya 

ok..berbalik pasal kopi ni kan ..kalau kat kampung aku dulun ..ada jual kat pasar minggu org yang di panggang biji kopi dia dan kisar ..so org beli pankai timbang..macam kopi che nah tu ..

ok;ah ..selalu nya nak minum kopi sedap sedap ni kita pergi starbuck, coffeen beans..tapi sejak akhir ni banyak org dh tahu kisar dan brew kopi sendiri maka ramailah bukak kedai kopi tepi jalan yang kos nak beli murah dan kualiti rasa rak larik jauh dr starbuck atau coffee beans...harga bawah rm10 ..oklah kan ...

kalau ko g facebook banyak je group pasal kopi ni ..

ada peminat kopi, ada SEKOLAH KOPI..ada group mesin kopi ..Gemilai, Donlim ..tengoklah pasal ko nak tahu pasal apa ..

aku ni pernah gak terfikir nak bukka kedai macam ni ..tapi aku belum pandai brew kopi sendiri ..dan harga kopi yang dipanggang ni agak mahal ..org beli biji kopi dan kisar sendiri ..alasan nya lebih fresh berbanding biji kopi yang telah siap dikisar . 

kalau aku aku cuma pakai yang instat tu ...mesin dolce gusto nescafe ..rasa kurang kick dr yang dibrew pakai gemilai atau mesin kopi ..sekarang banyak dh mesin kopi ...yang mahal yang murah semua ada jual kat shoppe tu ..pandai atau tak saja ..so kali ni aku nka share kedai kopi tepi jalan 

lokasi di Bukit Katil ..kalau nak tepat lagi dekat ILP Bukit Katil ..ko google Kaw Fee jumpa punyalah ..





FACEBOOK LUBUK RIAK?

 Aku tak faham..

dia macam ni ..kalau ko bercuti ko nak share pengalaman ko bercuti ke ..gambar anak anak ko bercuti ke ..silakanlah ..takde siapa juga yg halang 

tapi kalau ko taknak share gambo ko bercuti sebab tak nak menunjuk pun ..itu pilihan ko ..

jangan lah pulak ko cakap .." kita kaki jalan tapi tak lah setiap kali jalan nak upload at FB.." 

terpulang lah ..ko taknak upload ..tapi org lain nak upload ..tu sifat masing masing..

Aku tak delah rasa kalau post g bercuti tu org kaya .sebab berlambak je kawan kawan aku yang bercuti g hotel ..ok je ..aku happy je tengok ..

ta penah lah pulak aku perli perli org g bercuti amik gambo ke tak ..ada je ko post pasal ko bercuti ..takpe ....

Entahlah ..mungkin pada org lain bercuti tu cam mahal ..so tak semua org boleh bercuti ..jadi jgn upload nnt org lain terasa..

sebenarnya ko tu tak adil ..kalau ko tak boleh bergembira apsal ko nak sekat org lain yg mampu bergembira . 

kalau ko bukan spesis post pasal percutian ko tak payah lah post ..sebab itu pilihan ko ..dan bila ada org post pasal dia bercuti biarkan lah dia ..

aku happy je tengok org bercuti 

kadangkala tempat percutian org tu inspirasi bagi kita 

kadang dia share kedai makan ..dia g tempat tempat yang kita tak tahu ..dia ada nya posting dia kita tahu ..ada rezeki kita pula bawa family ke sana .. itu je ..

kadangkala bercuti ni ada lah salah satu cara kita berkongsi memori kita dengan org lain ..tak tahu lah ...lain org lain kisah nya .

aku suka share ..tempat makan... tempat bercuti ..pada aku dengan cara tu org lain dpt pergi tempat yg best ..itu je ..tak tpenah terpikir nak tunjuk aku banyak duit ..sebab aku tahu aku bukan bussiness woman yang kaya raya ..

aku ngn laki aku macam gaji sama sama ..so kami ada portion gaji kami dan kami tahu duit tu ke mana ..itu je..

pelik pelik lah org ni ..

kaya ke kalau org balik kg?

kaya ke kalau org tido hotel ..ramai je yang tido otel kan ..pelik pelik lah korang ni...

so korang mesti pelik apsallah aku membebel tak pepasal ni kan ..
Actually macam ni 

tadi aku saja mengusik ada kakak ni ..dia baru beli kereta ..aku cakap .."Wah sedaplah jalan jauh ..naik kereta baru..." niat aku mengusik.

lepas tu dia jawab "..kita mmg selalu je jalan cuma tak upload dalam facebook .."pastu dia gelak dan aku tahu dia sindir aku ..aku pun buat macam tak faham ..mmg aku akui ..aku selalu post dalam facebook ..

ntah lah ..saja suka ...aku tak rasa benda tu too much ! just share dalam FB 

kalau kawan bercuti pun aku like..takde lah jeles dia ni asyik bercuti ke apa ..dh rezeki dia ...

ni rupanya ada pulak yang jeles ko post pasal percutian ko .pelik pelik ...

lepas tu aku teringat pasal org bgtau ..tak balik kg dh bercut sakan ..aku tak berniat nak tuju pada dia aku sekadar cakap je ..tapi dia pulak terasa dia kata dia bercuti bawak mak ..tak boleh cakap macam tu .." aku ni tak berniat tuju pada dia ..sebab aku tahu dia mmg tinggal dengan mak .

kita ni dalam berkawan tak semua kawan tu suka kita . ada yang acah acah suka kita tapi sebaliknya ..

oklah biarlah apa org nk kata ..itu hak dia .

Actually cuti deepavali ni ramai yang berhajat bawak keluarga bercuti ..yelah ..baru boleh rentas negeri kan ...
so aku pun ada lah teringin nak g kuantan ..
nak g starbuck tepi laut ni ..lepas tu nak g telok cempedak ...
pastu makan kat jaman tory..ikan patin masak tempoyak 

singgah kebun vanila..

French Café
🕧12.30pm to 6.30pm
🚫 Close : Tuesday and Wednesday
📍Cherating Beach, Malaysia
📞 +60132004305

 



tempat wajib singgah di Kuantan 


Isnin, 18 Oktober 2021

TIPS HIDUP BAHAGIA MASA BARU KAHWIN.

Dalam hidup ni jika kita nka hidup bahagia mesti kena belajar menerima kekurangan orang lain ..Jangan beranggapan kita yang paling pandai dan tahu serba serbi dalam semua aspek

kadangkala kita kena akur ..kita tak tahu semua benda dan saling belajar setiap hari ..

Aku teringat semula masa aku mula mula dapat anak , Imran. Aku pun tak tahu banyak benda. Nak menyusukan anak pun tak tahu, nak jaga anak, anak demam, anak sakit , nak buat bubur anak , nak beri anak makan , tapi sekarang ...aku boleh berbangga selama 4 tahun aku besarkan Imran dengan suami aku kami sendiri . Sesekali balik rumah mertua dan mak aku . 

Kami akui banyak benda yang kami tak tahu .

Macam aku , aku pun tak berpantang elok elok masa lahirkan imran. Dan aku pun tahu kesan bila kita tak berpantang elok elok apa yang akan jadi pada diri kita . 

so kalau pasangan yang baru kawin aku pun nak share beberapa tips yang aku rasa korang patut amik berat dan jgn buat kesilapan yg org org dh kawin buat . 

Di awal awal perkahwinan mmg byk benda yang kita tak jangka berlaku , dan sebagai pasangan yang mendirikan rumah tangga kita kena berlapang dada dan menerima itu sebagai cabaran dalm berumah tangga.

Ekonomi sangat penting dalam memastikan rumah tangga berjalan dengan seimbang . 

duit . duitlah punca gaduh dalam rumah tangga .

ok bab duit aku nak kasik tips :

1. berhenti bazirkan duit dnegan mengunjungi mall. aku tahu bila kita kawin kita akan terbawa bawa perangai masa kita jadik budak u dengan bila dah ada aank. kita suka g mall ..makan kat resoran yg sekali makan habis seratus ringgit  ........sekali makan okey!!. tengok wayang ..buang masa kat mall. ni kesilapan yang besar . berhenti kunjungi mal seminggu sekali .. kalau nak pergi pun cukup sekali sebulan . tak pergi lagi elok .ytp nak buat macam mana anak muda zaman sekarang suka sangat nak tayang ..OOTD baju baru..makan kedai hipster atau nak acah acah kaya seperti insta famous! kalau ko dh mmg kaya takde masalah teruskan . tapi kalau ko laki bini masih tak cukup duit nak bayar duit sewa rumah so kena serius fikirkan masa depan bersama . 

2. Rancang kewangan bersama . kena buat bajet bulanan kemana hala duit pergi setiap bulan. pastikan ada pengurusan kewangan yang baik . Bila takde duit ni yang buat gaduh. Berhenti beli benda di liar kemampuan kita . selagi boleh jimat jimat . 

kalau diingat balik dulu masa aku mula posting di jasin sewa rumah kami RM180 ..duit api air ..kemudian aku guna topup. aku takde kereta awal2 jln kaki ke sekolah ..dapat tunggakan gaji aku beli MYVI merah rm48k itulah kereta pertama aku dan buln bulan aku bayar RM481 kalau tak silap selama 9 tahun . masa ni suami pakai kelisa . sebab dia kerja kat Teknology Park . kalau korang tak kerja jauh . suami boleh pakai motor dan cukup ada satu kereta sahaja.

jgn pakai coway, guna je penapis air takpun masak air .itu pun sihat . berhenti langgan netflix kalau tak mampu ..netflix kan kena ada internet kuat ..takkan nak langgan unifi . mhal kot ..

selagi boleh jimat korang jimat . beli barag basah dan masak . buat jadual masak apa .dan suami kena bnatu isteri buat kerja rumah dan basuh kain . sebab bila kita takde duit kita kena berjimat kita jadik stress so suami isteri kena saling bantu membantu . baru bahagia .

sabar! lama lama kehidupan korang akan bertambah baik . Percayalah . 

3.Tinggalkan habit beli barang branded. berhenti main instagram kalau sekadar sakit hati tengok kawan kawan yang bujang tayang hbag baru atau minum air stabak ! lebih baik kita tak nampak... tak sakit hati sangat !

4. Fikirkan cara nak tambah pendapatan . Mungkin boleh ajar mengaji ke , tuisyen math ke, ikut kepakaran yang kita ada. Dulu suami aku buat coaching tenis . banyak jugak dapat ...

aku start keje 4.6.2006. aku beli rumah 12.2009.so tahun 2010 kami dah ada rumah sendiri . bulan bulan aku kena bayar rumah RM 916. sebelum tu au dah kira mana nak dapat RM 900 yang nak buat bayar duit bulanan rumah tu . Aku beli rumah dengan LPPSA . Pinjaman perumahan utk kakitangan awam . interest dia 4% dan takde downpayment .buat pinjaman selama 30 tahun . 

ok masih ni dh makin baik . berbalik pada mana nak dapat RM 900 tu 

1. Aku tak perlu bayar pinjaman pelajaran RM221. sebab dh habis bayar . Kemudian suami aku tak perlu bayar RM250 duit rumah sewa kami di Taman Maju . Jasin. so kat situ dah ada dalam 500.. lagi empat ratus kenaikan gaji . dan aku tak de potong KWSP sebab dan amik skim pencen ..

kalau kami penjawat awam tiap tiap tahun akan ada kenaikan gaji ..sekarang kalau DG41 kenaikan gaj dlaam RM225 dan DG 44 kenaikannya RM250. setiap tahun . so kalau dua tahun ada kenaikan RM 500 . dan kalau 4 tahun ada kenaikan gaji RM 1000

2. kemudian kami pun ada kesilapan bila masuk tahun 2009 tu suami start amik kereta HONDA CITY ..tiap tiap bulan bayar RM800 lebih . dan aku pun masih ada kereta RM480 sebulan . tapi sebab masa tu mak mertua minta smeula kereta kelisa nak bagi adik suami pakai . dan suami aku kira dah keje hampir 3 tahun boleh beli kereta sendiri . 

ok berbalik point no 5. 

5. susukan anak . menyusukan anak dapat menjimatkan perbelanjaan beli susu anak . susu anak mahal ya termasuk pampers. aku ingat dulu aku bagi anak aku susu anmum dan sekotak tu tahan seminggu je ..sekotak rege dlam rm50 lebih kot .. korang belilah susu anak ikt kemampuan korang ..tak payah beli pampers yang mahal ..cukup sekadar jangan bocor pun dh ok . tak silap dulu kami guna drypers. masa tu pet pet rasanya paling mahal ..huggies pun ok jugak . pelik aku bila orang nilai kita kaya miskin berdsarkan pampers yang kita guna . sebagi contoh kalau pakai pampers mamy pokok . kalau anak dh besar sikit beli yang jenis pants senang nak pakaikan budak  ..budak boleh pakai dalam keadaan berdiri . tak payah dibaringkan . Susu dan pampers dua benda yang korang wajib spend bila dah ada anak . dan termasuklah yuran taska anak . sapa nak jaga ank kita waktu kita keje ..

kalau siapa duduk denagan mak ke mak mertua ke jimat teroks..kalau tak sebulan rm450 kos jaga anak . tu paling murah kot ..lagi kecik lagi mahal. macam aku anak transit ..taska ami seorang rm220..so tiga anak RM 660 aku kena bayar pada taska .Rm660 tu banyak tau ...ko boleh buat installment bayar kereta tiap tiap bulan . 

tapi demi memudahkan ko laki bini bekerja.. bayar sahajalah ..janji ko tak serabut fikir urusan anak waktu ko keje ..tahun 2011 aku ada maid .sebulan suami aku bayar maid RM600 ..macam bayar taska ..tapi rumah ko tak payah kemas, tak payah masak ., tak payah basuh baju ..semua maid dh selesaikan . Zaman 2021 ni aku tak tahu berapa harga maid dan macam mana urusan nak amik. maid. rata rata orang hantar rumah pengasuh atau taska ..aku pun tak suka sangat pakai maid . elok ko besarkan anak sendiri baru puas hati .tapi kena sabar ..banyak benda kita kena korbankan ...

6. beli rumah ., jangan sewa lama lama . rumah kalau beli lama kelamaan jadik milik kita . rumah sewa kita bayar sahaja atas manfaat yang kita amik .

7. buat simpanan . pastikan ada simpanan . buat RM100 sebulan janji ada simpanan . 

8 . sesekali reward diri . tapi ingat mesti within budget . jangan seskali pakai KAD KREDIT. Kad kredit interest paling jahat dalam dunia.

oklah dh banyak yang aku celoteh . 

tapi nak bagitau ..tunjang rumah tangga yang bahagia adalah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

nanti aku nak cerita bab iman dan perkahwinan . 



He and She Coffee , Universiti Malaya

Masa aku tengok gambar cafe ni ..aku dh tertarik ..nampak macam kat oversea...dan yang paling bestnya aku dengar kedai kopi ni dekat UM..masa tu aku pun tak pasti "dekat" um atau "dalam" kawasan UM 

so nak jadi cerita hari ni ondaway balik dr Perak ke Melaka ..kami masuk ikut tol sg besi ..suami tanya nak singgah mana mana tak? aku asalnya malas. 

"Baliklah melaka."aku jawab .

pastu sampai area Bangsar aku cakap .."Jom masuk UM" lama tak masuk UM..saja nak tunjuk kat Imran ..U mak ayah dia dulu .."

Kami pun pusing lalu depan Mid Valley masuk Kampung Kerinchi ..jumpa Bangsar South ...berbeza betul dulu dan sekarang ...takde dah kedai tepi tepi h]jalan dan rumah flat yang jadik trumah sewa budak budak UM dulu

Masuk pun siap bgtau kat Pak Guard ..nak bawa anak masukUM nak bagi diorg tengok .."

Nasib Guard sporting ..so kami round lah satu UM tunjukkan fakulti Undang undang, kolej kediaman, fakulti aku Akademi Islam dan Fakulti suami..tapi bila sampai bukit Ai nak ke eleven collge ada polis tak bagi masuk ..so kitorang u turn balik...



Dewan Tunku Canselor atau DTC ..kat sini tempat convocation

ni He and She Coffee

yang bawah tu eggyolk salted tu korang wajib try sebab sangat sedap ! RM6.90

ni yang aku nampak macam kat Chichago nitak pun Texas.. 

aku penah makan macaron masa kat Paris..serius ni lagi sedap ..satu sebab tak manis sgtt.. sedaplah ..satu RM2.50

lasagna ni suami aku beli tak tahu satu berapa ringgit ...sedap jugak

ni menu dia ..rege dia stenden lah makan kat cafe hipster kann

ni dia deco ala dalam flight ..cantiklah interior design dia ..

red velvet ni pun sedap...

ihsna nak ni ..sedap jugak

ni coffee latte aku ..not bad!

mmg lengang ..takde orang...

next time korang boleh datang um dan minum kat sini ..tapi kan ..aku jamin mesti crowded gila..siap dia bgtau boleh masuk 30 minit je ..dah makan kena keluar ..tak boleh lepak lama lama ..hahah...

oklah tu je aku nak share next time korang boleh g sini ek


Ahad, 17 Oktober 2021

CABARAN BREASTFEED ANAK

 AKU tahu pasal breastfeed ni lebih banyak maklumat tak silap masa aku ngandung kan Iyad ..masa tu aku ada join group ibu ibu menyusu ..masa tulah aku kenal perkataan seperti ..bottle feeding, direct feeding, fm= formula milk, aku kenal jugak ciri ciri susu ibu dan belajar banyak perkara berkenaan menyusu ni ..

masa aku dalam pantang Iyad kut aku banyak baca info pasal breastfeeding dari blog seorang ni namanya Farah Farhan ..Farah Farhan ni mmg duta breast feed ..dan dia sendiri ada keluarkan brand pam susu dr korea rasanya ... aku mmg baca blog dia hari hari lah ..tapi hari ni 2021 aku check balik blog tu macam dh tak wujud ..dan bila aku google nama dia ni keluar pulak berita lain . aku malas nak cerita nnt bila bila korang baca lah ..

aku dulu ada gak pengalaman tak pandai susukan anak ..imran pun struggle aku nak nyusukan ..masa iyad lagilah dia tak pandai latch ..hampir 30 minit aku bergelut suruh dia latch baru dapat ..itupun susu tak keluar banyak ..bila dia sellau biru masa susukan ..doktor pakar HKL sarankan aku stop direct feeding ..dan masda ni aku adalah hubungi NGO pakar laktasi dtg rumah aku di melaka dan tengok macam mana akuy nak susukan Iyad. End up dia kata takpayah susukan ..bagi je formula milk atau bahasa kita susu tepung ..

aku akui mmg mencabar di awal awal nak susukan anak ..kena belajar teknik menyusu yg betul..aku sempat attend kelas laktasi dia ajar cara susukan anak..

ok aku share secara ringkas:

1. kalau kita nak susukan anak satu masa baby dalam perut lagi kita dh niat kita nak susukan anak kita . dan masa ni baru aku tahu kita boleh pam dan simpan susu kita utk beri pada anak . Selama ni aku ingat time dlm pantang je susukan ..bila start keje tak perlu susukan ibu ..Aku soilap! rupanya kita pam dan buat stok susu ..ni rata rata rakyat malaysia tahu ..tapi aku pada masa itu 2007 baru tahu . 

2. Aku belajar kalau nak susukan anak awal awal jgn bagi notol nnt baby konfius ..dia akan keliru ..kalau awal awal bagi cup feeding ..supaya baby tak keliru . 

3. Selalunya hari pertama takde susu . Susu ibu keluar pada hari ke 3.Aku mmg ada pengalaman bengkak susu yang teruk masa Imran ..sebab susu tuurn tapi jalan takde..Susu hanya menitik ,sedangkan sepatutnya susu memancut keluar ..bukan satu jalan tapi 5,6 jalan ..tapi kes aku susu tak keluar dia macam tersumbat ..sebab ada saki baki susu pada puting . so masa tu kak mimah bantu aku keluarkan susu ..dai urutkan breast pakai santan ..dan tekan mmg azab gila sebab breast tengah bengkak ..lepas susu boleh keluar terus aku susukan imran danpam susu tu ..supaya breast tak bengkak . masa tu aku selang seli susukan Imran dan tuam breast dengan botol susu yang disikan air panas ..tujuannya nak bagi breast lembik dan bila pam susu akan keluar . 

JANGAN BELI PAM SUSU MANUAL. wajib beli yang eletrik .Sekarang dah banyak brand pam susu yang bagus bagus .,..masa aku dulu apakai MEDELA mmg best medela ni amik yang FS ..freestyle..


ni pam yg suami aku beli masa Iyad lahir tahun 2011 ..


PETUA BENGKAK SUSU: 

ikut pengalaman masa maid aku nama Tura dia ajar letakkan garam pada puting ..kalau tetekl bengkak . lepas tu gentel pelan pelan ..nnt lubang susu tu akan keluar dan susu boleh memancut .. kalau kita tekap pakain kobis. diaa hanya melegakan seketika waktu sahaja. Yang penting kita kena bukakkan saluran susu nak keluar dulu .baru boleh susukan anak ..

masalah lain ialah anak kuning ..bila anak kuning masa awal awal tu dia banyak tido atau pasif..bila kita suakan tetk pun dia taknak isap .sepatutnya kita kena kejutlan ank supaya dia banyak menyusu barulah kuning dia akan turun . ok ..ada org yang tak nyusukan anak wal awal..last last susu nya kering ..

SUSU ibu adalah makanan terbaik utk anak ..awal awal tu ada kolostrum ..ni paling mahal..ada antibodi utk anak ..dan susu tu berubah ikut khasiat yang aank perlukan .

3.ok lepas tu ..nak susukan anak ada cara nya .

pertama , muka anak kena mengadap tetek ibu . bukan di sisi ..maksudnya muka anak pandang breast ibu

kedua, pastikan breast tu masuk dalam mulut anak kawasan aerola tu maksudnya yang berwarna gelap tu ..bukan putingnya sahaja.. baby kena latch . kalau masuk puting sahaja ..susu takkan keluar ..ok..bibir bayi pulak macam mulut ikan ..kalau nak tahu mak dapat rasa bila anak sucking ... anak sucking akan nampak bawah dagu bergerak gerak. baru betul dia menyusu ..kalau hanya menyoyot itu bukan carab menyusu yang betul..

kalau korang yang mengandung wajib ikuti kelas penyusuan secara online di sini https://www.nutrikl.gov.my/kursus-penyusuan-susu-ibu-20-jam/

dan sebenarnya banyak video video penyusuan yang ada di youtube .

ok ..pengalaman aku mmg menyusu direct feeding ada banyak kelebihan berbanding bottle feeding . satu nya dapat elakkan masalah kembung perut. sebab bila anak susu pakai botol dia akan sedut angin ..ini menyebabkan perut dia tak selesa. budak kalau perut kembung mmg masalah dia akan susah tidur dan susah nak menyusu ..macam kitalah kalau perut sebu kan takde selera nak makan ..

ok..so sebaik baiknya berikan susu ibu direct , lagipun boleh bantu kecutkan rahim bila anak menyusu..

aku tiba tiba nak cakap pasal susu ni bila adik ipar aku baru melahirkan anak dan ada masalah nak susukan anak secara direct . Pada aku so far ibu beri susu ibu takde masalah baik utk baby. dan ada je kes kes tertentu ...kalau tak boleh bagi susu ibu nak buta macam mana kan ..takpelah ..hanya yang terbaik sahaja kita nak berikan pada anak kita ..SEMUA IBU MAHUKAN YANG TERBAIK .

kalau korang nak baca pengalaman Sarakids atau Farah Farhan boleh baca di sini aku jumpa pulak post ni tapi dr blog org lain http://yusufcomey.blogspot.com/2011/03/tribute-to-susu-ibu.html

oklah rasa tu je nak share hari ni kalau ada apa apa boleh PM tepi ya 

Selasa, 12 Oktober 2021

BOLEH RENTAS NEGERI

 

sabtu lepas lepas suami aku balik main tenis dia ajak keluar.."jom kita jalan jalan.."
aku malas sebenarnya, bila keluar ni banyak lah duit habis...

ingatkan nak ajak keluar makan tegah hari je 
sekali sampai ke simpat ampat nak ke Freeport A Famosa Outlet ..
oklah lama dh aku tak sampai sini ..orang pun tak berapa ramai ..melakian je..

sampai sampai kami terus ke surau..kami dh makan sebelum sampai ke sini . makan di kedai ikan bakar ...di pekan dia...

aku ngn orked ke Poney ..belikan baju orked...dia pakai baju duduk rumah je ..beli 2 t shirt dam 3 seluar RM85...dpt kupon RM10
sehelai jadi rm17 ..oklah tu t shirt selalu aku beli kat jusco sehelai Rm19.90. 
suami aku bawak budak ke sport store nk beli kasuk sukan ihsan ..sian dia ..main boleh tak pakai kasut ...sampai melecet kakinya ..

imran beli tali pinggang ..
sebelum balik kami beli aunty anne dengan air Tealive ..kemudian keluar balik ayer keroh melalui tol. 

rindu lalu tol ..tak banyak kereta pun ..
alhamdulillah 10hb 10 .2021 Pm umumkan boleh rentas negeri 

musim Covid 19 ni ..ahli keluarga aku turut terkena tempiasnya dah ramai juga yang kena 
kak mimah, kak mia sekeluarga, kak jila yang terbaru masih di wad utk pantau oksigen ..
terbaru syu dan anaknya ..






oklah ...nnt aku sambung cerita lagi ....

Jumaat, 8 Oktober 2021

UJIAN RUMAH SEWA

DI awal awal rumah sewa aku di sewa oleh pelajar UTEM lelaki ..nampak elok ..tapi bila dh masuk bulan ke 6 ni nampak makin tak terjaga ...

pertama , persekitaran rumah yanag naik lalang seperti rumah terbiar dan terbaru peti ais rumah sewa aku dh rosak. sedangkan sebelum mereka masuk peti ais tu baru je dibeli . Ogos 2019 . tak sampai berapa tahun peti ais dh rosak . 

ikutkan sewa RM1050 termasuk bayaran servis coway. Bila Budak Q call aku bgtau peti ais rosak aku bgtau aku tak boleh nak sediakan balik peti ais tu so aku kata dr bayaran RM1050 bayar sahaj rm1000..tolak RM50 bila kelengkapan peti ais tak ada. ikutkan tukang peti ais bgtau peti ais ni penyewa yang kena bayar sebab dia yang bagi rosak

sebelum tu ada dua perkara besar aku dh baiki utk rumah ni .

1, pasangkan tiles baru satu bilik kos rm3050. 

2. bayar bil air sehingga rm500 lebih disebabkan rosak pelampung air..air back flow ..walaupun asal bayar separuh separuh..

3. kos baiki air tangki tu dalam 200 lebih aku tak ingat...

pada aku to much ...kalau macam ni aku izinkan dia keluar rumah dan aku pulangkan balik deposit rm1000 dan rm250 utk bil api air. so dia boleh cari mana mana rumah sewa.

bukan aku nak tunjuk hebat tp kalau dilihat semula macam aku sorng pulak yang ditekan .

kalau aku amik rumah tu balik aku nak baiki semula rumah tu dan aku nak buat homestay .agak agak untung tak?

nampaknya aku kena bertegas bila dh penyewa buat macam ni ...

pasang semula tiles yang pecah
keadaan rumah sewa semasa ustaz safwan masuk ..peti ais baru je beli Ogos 2019

mesin basuh auto  ...

rumah corner lot

sekarang pokok tu dah kena tebang ..pokok bidara


so sekarang ni pun aku dah dalam dilema ..sama ada nak teruskan bagi student ni sewa..atau ..aku bagi notis dua bulan ..bulan 11 dan 12...kemudian minta dia keluar dr rumah sewa. 

sebab dengan itu aku boleh baiki segala kerosakan rumah tersebut dan berfikiran utk buat rumah sewa yang betul underlaw. aku dh penat hadapi kerenah penyewa yang teruk.
sebelum ni pasangan suami isteri baru je kawin ..isteri dia pun student U aku kasik duduk dua bulan..

tanpa deposit ok ..sebab aku kesian .aku cuma minta dia bayar dua bulan sewa yang dia duduk tu ..serius aku mmg nak tolong orang baru kawin ..tapi korang tahu apa yang aku dapat? ops lupa siap kurangkan bayaran bulaa ..sewa bayar rm900 walaupun sebenarnya rate aku nak minta Rm1000...

ms dia keluar dia tinggalkan tandas kotor gila..aku tak pernah jumpa tandas sekotor tu ..ya Allah..mmg tak patut langsung dia buat macam tu ...
yang kedua ...ada baki pulak bil eletrik ke apa aku tak ingat ..nasib baik dia nak selesaikan kos bil tu . kalau tak mmg aku mengamuk.

setakat ni aku ada 6 penyewa:

1. Masruddin

2. Safwan adik tokey chaq Coner

3. ustaz safwan ni paling bagus! rumah pun bersih sahaja.

5. fikri pasangan baru kawin 

6.Qayyum dan kawan kawan UTEM. 


itulah bukan senang nak senang ..org nampak untung kita rugi kita dia tak nampak lagi . so apa nak kata kita hadap sahajalah..


Khamis, 7 Oktober 2021

IMAC 2021


 

Oh aku lupa rupanya ..aku tak update pasal imac baru sampai hari tu ..

actually oklah ...

aku rasa senang sebab budak nak buat pdpr guna desktop ..

tapi kegunaan yang ringan ringan je ..anak bukak youtube, suami buat PHD dan takd elain kegunaan yang extra ..dan aku guna buat video oklah 

sam aje kalo korang beli apa apa desktop ..tapi ni apple ..lawa lah dan slim giler screen dia...

gambar mmg lawa ..terutama tengok movie ..mmg bestlah ..lagu takde lagging ..opkos ! hahah

apapun aku beli secara online kat apple official web bawah Education so dapatlah murah sikit..ada satu lagi cara beli kat singapor under refurbished ..ada warranty apple 1 tahun ... tapi ni korang kena beli guna ic resident singapore lah ..kita tak boleh beli ..kalau ada kawan ke sedara mara dok singapore mmg helok lah sgtt...

aku dapat info ni dr group apple user kat FB .


nilah moment momen potong riben ..hahah...

aku aim satu last ..dh tak mintak dah ..i pad pro kaler pink ! serius ..ak tak nak apa apa dah dr apple ..hahah...

ok bai!

QASREENA CAFE BUKIT KATIL

Actually kitorg biasa makan kat sini, tapi cafe western ni first time kitorang pergi . dia bukak depan Qasreena cafe ..owner sama .Enviroment cafe ni cantik ...barangkali lampu dia buat suasana ala ala di hotel 

harga standardlah kalau steak dalam RM30 ..depends pada apa korang makan ...utk sesekali ubah selera apa salahnya ..aku makan chicken chop dan mmg ayam dia tak mampu aku nak habiskan ..tepu kot isi dia ...
suami aku order bihun goreng ..tu pun dr Qasreena Cafe ..buat masa ni indoor tak boleh makan ...so boleh makan outdoor  .....

kalau korang berminat boleh cari guna google maps Qasreena Cafe. 
cantikkan view gambar

tu bihun goreng suami aku

muka ada sinyum

blur betul




overall tempat ni cantik dan adalah sikit kelainan di samping kita makan sedap dengar muzik muzik ragae yang dia pasang . sesekali boleh lah ..tapi bukan utk tiap tiap malam ..hahah...ok? 

aku akan review satu kedai makan murah area kampung tun razak ..stay tune gaiss!

 

Sabtu, 18 September 2021

Kereta Terjerlus di Pantai Kuala Linggi

Banyak orang kata kenangan buruk mematangkan fikiran ..tadi kami ke pantai di Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi di Melaka. Cadangnya nak ke Umang umang Resort ..tapi kami terjumpa satu area yang tak takde orang maka kami parking dan ingat nak mandi di sini sahaja ....

apatah tersilap langkah, suami aku lajak ke tepi hampir ke pantai..tiba tiba tayar nya terjerlus ..dan tak boleh keluar..😟😟😟
suami cuba tekan minyak ..malangnya tayarnya hanya berpusing tapi tak bergerak dan makin mengambus pasir masuk lebih dalam ..aku jadi panik...

ada satu kereta merah masuk ..keluar 3 orang perempuan bersama anak kecil dan seorang pakcik..yang aku kira umurnya sekitar 68 atau 70 tahun ..mungkin lebih muda. Hero kami hari ini...

dia bermurah hati membantu kami mengeluarkan tayar kereta stavic yang terjerlus masuk .... Sebelum itu ada dua orang pemuda yang kami temui awal sebelum kereta merah itu datang....

setelah hampir 20 minit mencuba ..wanita berbaju merah itu menghubungi seorang lagi lelaki ..boleh jadi abang atau suaminya . lelaki itu akhirnya sampai dengan membaca beberapa peralatan dan kepingan papan kecil dan besar...

sebelum tu kami dah cuba letakkan kayu di tayar tapi tayar masih tak bergerak dan berpusing sahaja ..bau getah terbakar mula sampai ke hidung kami ...

Aduh! aku rasa menyesal pulak bersetuju dtg utk bawa budak budak mandi laut . Mereka sudah terjun ke laut di temani imran .

selepas mencuba beberapa kali reverse dan tolak kereta tapi kereta enggan bergerak ...mereka cuba pula gunakan jack ..untuk meninggikan tayar kereta dan meletakkan benda lain di bawah kereta. disini baru aku tahu ...kayu tak boleh ..yang paling boleh grid tayar tu adalah batu ..so apa yang menyebabkan tayar tu akhirnya boleh bergerak?

pakcik meletakkan kayu kayu yang di susun melintang ..diataskayu tersebut diletakkan bata...tujuan agar batu tersebut tidak tengelam dalam pasir ditahan oleh kayu tersebut .

kedua dua tayar di jack dan dibuat begitu .
setelah itu tayar dijatuhkan semula keatas batu ..sekarang tayar tidak lagi menyentuh pasir tapi ada atas batu ..

suami cuba mengeerakkan tayar ke belakang ...reverse ..sambil ditolak dr arah depan orang 4 orang lelaki dewasa...Alhamdulillah akhirnya tayar terkeluar dari pasir tersebut alhamdulillah ..hampair 1 jam 30 minit kami berusaha mengeluarkan kereta terjerlus di dalam pasir .

alhamdulillah ...sempat kami hulurkan sedikit sumbangan buat pakcik yang telah membantu kami mengeluarkan tayar kereta tersebut alhamdulillah ..

satu yang aku syukur kejadian tu berlaku jam 5 petang bukan jam 7 malam..jika jam 7 petang menghala ke malam macam mana?

mesti lagi sulit ..siapa yang nak bantu kami...😭😭😭

di bawah gambar gambar selepas kejadian itu berlaku ...tapi sejujurnya di situ kot*r nyesal juga aku bersetuju bawa budak mandi disitu ..

imran 

terima kasih iphone 11 gambar pun clear no...






kuih seri muka durian yang dh terbuang lepas sampai rumah ....


 pesanan aku : 

- jangan panik
- jangan tekan minyak ..tekan perlahan je ..nnt tayar masuk lagi ke dalam..
- gunakan jack tinggikan tayar dan masukkan benda yang boleh grip tayar ..sebaiknya guna kan bata ..bukan kayu ...kalau naik kereta 4wd tak yah risau ..at least tayar depan pusing ....

Selasa, 31 Ogos 2021

VIDEO PERSARAAN KAK AZLAH .

 Alhamdulillah akhirnya siap juga video persaraan ini .

kali ni aku guna Canva

so sesiapa yang berminat nak guna template aku silakan ..

https://www.canva.com/design/DAEoqGMOsn0/te9ydMQ4vkk74aQh0sSsPQ/view?utm_content=DAEoqGMOsn0&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_source=sharebutton&mode=preview

so sesiapa berminat boleh guna template ni ok..


aku ajar step by step:

bila korang tekan link tu dia akan masuk macam ni ....

"Make a copy dulu " tekan File> Make a copy

tukar nama file yang kita nak buat video ni 

kalau nak ubah lagu nak lagu yang lain tekan tajuk lagu tu ..nnt dia keluar macam line biru frekuensi tu korang tekan gambar tong sampah ..so buang masukkan lagu baru 

apa apa pm aku ya ...tq

*** utk cikgu sila masuk guna email moe sebab canva dia free.. actually tempale aku pilih ni pro punya ..kalau nak kena bayar RM20 ..tapi masuk guna moe terus free..so ingat sign in guna email moe ok


Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...