Ahad, 17 Oktober 2021

CABARAN BREASTFEED ANAK

 AKU tahu pasal breastfeed ni lebih banyak maklumat tak silap masa aku ngandung kan Iyad ..masa tu aku ada join group ibu ibu menyusu ..masa tulah aku kenal perkataan seperti ..bottle feeding, direct feeding, fm= formula milk, aku kenal jugak ciri ciri susu ibu dan belajar banyak perkara berkenaan menyusu ni ..

masa aku dalam pantang Iyad kut aku banyak baca info pasal breastfeeding dari blog seorang ni namanya Farah Farhan ..Farah Farhan ni mmg duta breast feed ..dan dia sendiri ada keluarkan brand pam susu dr korea rasanya ... aku mmg baca blog dia hari hari lah ..tapi hari ni 2021 aku check balik blog tu macam dh tak wujud ..dan bila aku google nama dia ni keluar pulak berita lain . aku malas nak cerita nnt bila bila korang baca lah ..

aku dulu ada gak pengalaman tak pandai susukan anak ..imran pun struggle aku nak nyusukan ..masa iyad lagilah dia tak pandai latch ..hampir 30 minit aku bergelut suruh dia latch baru dapat ..itupun susu tak keluar banyak ..bila dia sellau biru masa susukan ..doktor pakar HKL sarankan aku stop direct feeding ..dan masda ni aku adalah hubungi NGO pakar laktasi dtg rumah aku di melaka dan tengok macam mana akuy nak susukan Iyad. End up dia kata takpayah susukan ..bagi je formula milk atau bahasa kita susu tepung ..

aku akui mmg mencabar di awal awal nak susukan anak ..kena belajar teknik menyusu yg betul..aku sempat attend kelas laktasi dia ajar cara susukan anak..

ok aku share secara ringkas:

1. kalau kita nak susukan anak satu masa baby dalam perut lagi kita dh niat kita nak susukan anak kita . dan masa ni baru aku tahu kita boleh pam dan simpan susu kita utk beri pada anak . Selama ni aku ingat time dlm pantang je susukan ..bila start keje tak perlu susukan ibu ..Aku soilap! rupanya kita pam dan buat stok susu ..ni rata rata rakyat malaysia tahu ..tapi aku pada masa itu 2007 baru tahu . 

2. Aku belajar kalau nak susukan anak awal awal jgn bagi notol nnt baby konfius ..dia akan keliru ..kalau awal awal bagi cup feeding ..supaya baby tak keliru . 

3. Selalunya hari pertama takde susu . Susu ibu keluar pada hari ke 3.Aku mmg ada pengalaman bengkak susu yang teruk masa Imran ..sebab susu tuurn tapi jalan takde..Susu hanya menitik ,sedangkan sepatutnya susu memancut keluar ..bukan satu jalan tapi 5,6 jalan ..tapi kes aku susu tak keluar dia macam tersumbat ..sebab ada saki baki susu pada puting . so masa tu kak mimah bantu aku keluarkan susu ..dai urutkan breast pakai santan ..dan tekan mmg azab gila sebab breast tengah bengkak ..lepas susu boleh keluar terus aku susukan imran danpam susu tu ..supaya breast tak bengkak . masa tu aku selang seli susukan Imran dan tuam breast dengan botol susu yang disikan air panas ..tujuannya nak bagi breast lembik dan bila pam susu akan keluar . 

JANGAN BELI PAM SUSU MANUAL. wajib beli yang eletrik .Sekarang dah banyak brand pam susu yang bagus bagus .,..masa aku dulu apakai MEDELA mmg best medela ni amik yang FS ..freestyle..


ni pam yg suami aku beli masa Iyad lahir tahun 2011 ..


PETUA BENGKAK SUSU: 

ikut pengalaman masa maid aku nama Tura dia ajar letakkan garam pada puting ..kalau tetekl bengkak . lepas tu gentel pelan pelan ..nnt lubang susu tu akan keluar dan susu boleh memancut .. kalau kita tekap pakain kobis. diaa hanya melegakan seketika waktu sahaja. Yang penting kita kena bukakkan saluran susu nak keluar dulu .baru boleh susukan anak ..

masalah lain ialah anak kuning ..bila anak kuning masa awal awal tu dia banyak tido atau pasif..bila kita suakan tetk pun dia taknak isap .sepatutnya kita kena kejutlan ank supaya dia banyak menyusu barulah kuning dia akan turun . ok ..ada org yang tak nyusukan anak wal awal..last last susu nya kering ..

SUSU ibu adalah makanan terbaik utk anak ..awal awal tu ada kolostrum ..ni paling mahal..ada antibodi utk anak ..dan susu tu berubah ikut khasiat yang aank perlukan .

3.ok lepas tu ..nak susukan anak ada cara nya .

pertama , muka anak kena mengadap tetek ibu . bukan di sisi ..maksudnya muka anak pandang breast ibu

kedua, pastikan breast tu masuk dalam mulut anak kawasan aerola tu maksudnya yang berwarna gelap tu ..bukan putingnya sahaja.. baby kena latch . kalau masuk puting sahaja ..susu takkan keluar ..ok..bibir bayi pulak macam mulut ikan ..kalau nak tahu mak dapat rasa bila anak sucking ... anak sucking akan nampak bawah dagu bergerak gerak. baru betul dia menyusu ..kalau hanya menyoyot itu bukan carab menyusu yang betul..

kalau korang yang mengandung wajib ikuti kelas penyusuan secara online di sini https://www.nutrikl.gov.my/kursus-penyusuan-susu-ibu-20-jam/

dan sebenarnya banyak video video penyusuan yang ada di youtube .

ok ..pengalaman aku mmg menyusu direct feeding ada banyak kelebihan berbanding bottle feeding . satu nya dapat elakkan masalah kembung perut. sebab bila anak susu pakai botol dia akan sedut angin ..ini menyebabkan perut dia tak selesa. budak kalau perut kembung mmg masalah dia akan susah tidur dan susah nak menyusu ..macam kitalah kalau perut sebu kan takde selera nak makan ..

ok..so sebaik baiknya berikan susu ibu direct , lagipun boleh bantu kecutkan rahim bila anak menyusu..

aku tiba tiba nak cakap pasal susu ni bila adik ipar aku baru melahirkan anak dan ada masalah nak susukan anak secara direct . Pada aku so far ibu beri susu ibu takde masalah baik utk baby. dan ada je kes kes tertentu ...kalau tak boleh bagi susu ibu nak buta macam mana kan ..takpelah ..hanya yang terbaik sahaja kita nak berikan pada anak kita ..SEMUA IBU MAHUKAN YANG TERBAIK .

kalau korang nak baca pengalaman Sarakids atau Farah Farhan boleh baca di sini aku jumpa pulak post ni tapi dr blog org lain http://yusufcomey.blogspot.com/2011/03/tribute-to-susu-ibu.html

oklah rasa tu je nak share hari ni kalau ada apa apa boleh PM tepi ya 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...