Dalam hidup ni jika kita nka hidup bahagia mesti kena belajar menerima kekurangan orang lain ..Jangan beranggapan kita yang paling pandai dan tahu serba serbi dalam semua aspek
kadangkala kita kena akur ..kita tak tahu semua benda dan saling belajar setiap hari ..
Aku teringat semula masa aku mula mula dapat anak , Imran. Aku pun tak tahu banyak benda. Nak menyusukan anak pun tak tahu, nak jaga anak, anak demam, anak sakit , nak buat bubur anak , nak beri anak makan , tapi sekarang ...aku boleh berbangga selama 4 tahun aku besarkan Imran dengan suami aku kami sendiri . Sesekali balik rumah mertua dan mak aku .
Kami akui banyak benda yang kami tak tahu .
Macam aku , aku pun tak berpantang elok elok masa lahirkan imran. Dan aku pun tahu kesan bila kita tak berpantang elok elok apa yang akan jadi pada diri kita .
so kalau pasangan yang baru kawin aku pun nak share beberapa tips yang aku rasa korang patut amik berat dan jgn buat kesilapan yg org org dh kawin buat .
Di awal awal perkahwinan mmg byk benda yang kita tak jangka berlaku , dan sebagai pasangan yang mendirikan rumah tangga kita kena berlapang dada dan menerima itu sebagai cabaran dalm berumah tangga.
Ekonomi sangat penting dalam memastikan rumah tangga berjalan dengan seimbang .
duit . duitlah punca gaduh dalam rumah tangga .
ok bab duit aku nak kasik tips :
1. berhenti bazirkan duit dnegan mengunjungi mall. aku tahu bila kita kawin kita akan terbawa bawa perangai masa kita jadik budak u dengan bila dah ada aank. kita suka g mall ..makan kat resoran yg sekali makan habis seratus ringgit ........sekali makan okey!!. tengok wayang ..buang masa kat mall. ni kesilapan yang besar . berhenti kunjungi mal seminggu sekali .. kalau nak pergi pun cukup sekali sebulan . tak pergi lagi elok .ytp nak buat macam mana anak muda zaman sekarang suka sangat nak tayang ..OOTD baju baru..makan kedai hipster atau nak acah acah kaya seperti insta famous! kalau ko dh mmg kaya takde masalah teruskan . tapi kalau ko laki bini masih tak cukup duit nak bayar duit sewa rumah so kena serius fikirkan masa depan bersama .
2. Rancang kewangan bersama . kena buat bajet bulanan kemana hala duit pergi setiap bulan. pastikan ada pengurusan kewangan yang baik . Bila takde duit ni yang buat gaduh. Berhenti beli benda di liar kemampuan kita . selagi boleh jimat jimat .
kalau diingat balik dulu masa aku mula posting di jasin sewa rumah kami RM180 ..duit api air ..kemudian aku guna topup. aku takde kereta awal2 jln kaki ke sekolah ..dapat tunggakan gaji aku beli MYVI merah rm48k itulah kereta pertama aku dan buln bulan aku bayar RM481 kalau tak silap selama 9 tahun . masa ni suami pakai kelisa . sebab dia kerja kat Teknology Park . kalau korang tak kerja jauh . suami boleh pakai motor dan cukup ada satu kereta sahaja.
jgn pakai coway, guna je penapis air takpun masak air .itu pun sihat . berhenti langgan netflix kalau tak mampu ..netflix kan kena ada internet kuat ..takkan nak langgan unifi . mhal kot ..
selagi boleh jimat korang jimat . beli barag basah dan masak . buat jadual masak apa .dan suami kena bnatu isteri buat kerja rumah dan basuh kain . sebab bila kita takde duit kita kena berjimat kita jadik stress so suami isteri kena saling bantu membantu . baru bahagia .
sabar! lama lama kehidupan korang akan bertambah baik . Percayalah .
3.Tinggalkan habit beli barang branded. berhenti main instagram kalau sekadar sakit hati tengok kawan kawan yang bujang tayang hbag baru atau minum air stabak ! lebih baik kita tak nampak... tak sakit hati sangat !
4. Fikirkan cara nak tambah pendapatan . Mungkin boleh ajar mengaji ke , tuisyen math ke, ikut kepakaran yang kita ada. Dulu suami aku buat coaching tenis . banyak jugak dapat ...
aku start keje 4.6.2006. aku beli rumah 12.2009.so tahun 2010 kami dah ada rumah sendiri . bulan bulan aku kena bayar rumah RM 916. sebelum tu au dah kira mana nak dapat RM 900 yang nak buat bayar duit bulanan rumah tu . Aku beli rumah dengan LPPSA . Pinjaman perumahan utk kakitangan awam . interest dia 4% dan takde downpayment .buat pinjaman selama 30 tahun .
ok masih ni dh makin baik . berbalik pada mana nak dapat RM 900 tu
1. Aku tak perlu bayar pinjaman pelajaran RM221. sebab dh habis bayar . Kemudian suami aku tak perlu bayar RM250 duit rumah sewa kami di Taman Maju . Jasin. so kat situ dah ada dalam 500.. lagi empat ratus kenaikan gaji . dan aku tak de potong KWSP sebab dan amik skim pencen ..
kalau kami penjawat awam tiap tiap tahun akan ada kenaikan gaji ..sekarang kalau DG41 kenaikan gaj dlaam RM225 dan DG 44 kenaikannya RM250. setiap tahun . so kalau dua tahun ada kenaikan RM 500 . dan kalau 4 tahun ada kenaikan gaji RM 1000
2. kemudian kami pun ada kesilapan bila masuk tahun 2009 tu suami start amik kereta HONDA CITY ..tiap tiap bulan bayar RM800 lebih . dan aku pun masih ada kereta RM480 sebulan . tapi sebab masa tu mak mertua minta smeula kereta kelisa nak bagi adik suami pakai . dan suami aku kira dah keje hampir 3 tahun boleh beli kereta sendiri .
ok berbalik point no 5.
5. susukan anak . menyusukan anak dapat menjimatkan perbelanjaan beli susu anak . susu anak mahal ya termasuk pampers. aku ingat dulu aku bagi anak aku susu anmum dan sekotak tu tahan seminggu je ..sekotak rege dlam rm50 lebih kot .. korang belilah susu anak ikt kemampuan korang ..tak payah beli pampers yang mahal ..cukup sekadar jangan bocor pun dh ok . tak silap dulu kami guna drypers. masa tu pet pet rasanya paling mahal ..huggies pun ok jugak . pelik aku bila orang nilai kita kaya miskin berdsarkan pampers yang kita guna . sebagi contoh kalau pakai pampers mamy pokok . kalau anak dh besar sikit beli yang jenis pants senang nak pakaikan budak ..budak boleh pakai dalam keadaan berdiri . tak payah dibaringkan . Susu dan pampers dua benda yang korang wajib spend bila dah ada anak . dan termasuklah yuran taska anak . sapa nak jaga ank kita waktu kita keje ..
kalau siapa duduk denagan mak ke mak mertua ke jimat teroks..kalau tak sebulan rm450 kos jaga anak . tu paling murah kot ..lagi kecik lagi mahal. macam aku anak transit ..taska ami seorang rm220..so tiga anak RM 660 aku kena bayar pada taska .Rm660 tu banyak tau ...ko boleh buat installment bayar kereta tiap tiap bulan .
tapi demi memudahkan ko laki bini bekerja.. bayar sahajalah ..janji ko tak serabut fikir urusan anak waktu ko keje ..tahun 2011 aku ada maid .sebulan suami aku bayar maid RM600 ..macam bayar taska ..tapi rumah ko tak payah kemas, tak payah masak ., tak payah basuh baju ..semua maid dh selesaikan . Zaman 2021 ni aku tak tahu berapa harga maid dan macam mana urusan nak amik. maid. rata rata orang hantar rumah pengasuh atau taska ..aku pun tak suka sangat pakai maid . elok ko besarkan anak sendiri baru puas hati .tapi kena sabar ..banyak benda kita kena korbankan ...
6. beli rumah ., jangan sewa lama lama . rumah kalau beli lama kelamaan jadik milik kita . rumah sewa kita bayar sahaja atas manfaat yang kita amik .
7. buat simpanan . pastikan ada simpanan . buat RM100 sebulan janji ada simpanan .
8 . sesekali reward diri . tapi ingat mesti within budget . jangan seskali pakai KAD KREDIT. Kad kredit interest paling jahat dalam dunia.
oklah dh banyak yang aku celoteh .
tapi nak bagitau ..tunjang rumah tangga yang bahagia adalah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
nanti aku nak cerita bab iman dan perkahwinan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan