Isnin, 25 Oktober 2021

FACEBOOK LUBUK RIAK?

 Aku tak faham..

dia macam ni ..kalau ko bercuti ko nak share pengalaman ko bercuti ke ..gambar anak anak ko bercuti ke ..silakanlah ..takde siapa juga yg halang 

tapi kalau ko taknak share gambo ko bercuti sebab tak nak menunjuk pun ..itu pilihan ko ..

jangan lah pulak ko cakap .." kita kaki jalan tapi tak lah setiap kali jalan nak upload at FB.." 

terpulang lah ..ko taknak upload ..tapi org lain nak upload ..tu sifat masing masing..

Aku tak delah rasa kalau post g bercuti tu org kaya .sebab berlambak je kawan kawan aku yang bercuti g hotel ..ok je ..aku happy je tengok ..

ta penah lah pulak aku perli perli org g bercuti amik gambo ke tak ..ada je ko post pasal ko bercuti ..takpe ....

Entahlah ..mungkin pada org lain bercuti tu cam mahal ..so tak semua org boleh bercuti ..jadi jgn upload nnt org lain terasa..

sebenarnya ko tu tak adil ..kalau ko tak boleh bergembira apsal ko nak sekat org lain yg mampu bergembira . 

kalau ko bukan spesis post pasal percutian ko tak payah lah post ..sebab itu pilihan ko ..dan bila ada org post pasal dia bercuti biarkan lah dia ..

aku happy je tengok org bercuti 

kadangkala tempat percutian org tu inspirasi bagi kita 

kadang dia share kedai makan ..dia g tempat tempat yang kita tak tahu ..dia ada nya posting dia kita tahu ..ada rezeki kita pula bawa family ke sana .. itu je ..

kadangkala bercuti ni ada lah salah satu cara kita berkongsi memori kita dengan org lain ..tak tahu lah ...lain org lain kisah nya .

aku suka share ..tempat makan... tempat bercuti ..pada aku dengan cara tu org lain dpt pergi tempat yg best ..itu je ..tak tpenah terpikir nak tunjuk aku banyak duit ..sebab aku tahu aku bukan bussiness woman yang kaya raya ..

aku ngn laki aku macam gaji sama sama ..so kami ada portion gaji kami dan kami tahu duit tu ke mana ..itu je..

pelik pelik lah org ni ..

kaya ke kalau org balik kg?

kaya ke kalau org tido hotel ..ramai je yang tido otel kan ..pelik pelik lah korang ni...

so korang mesti pelik apsallah aku membebel tak pepasal ni kan ..
Actually macam ni 

tadi aku saja mengusik ada kakak ni ..dia baru beli kereta ..aku cakap .."Wah sedaplah jalan jauh ..naik kereta baru..." niat aku mengusik.

lepas tu dia jawab "..kita mmg selalu je jalan cuma tak upload dalam facebook .."pastu dia gelak dan aku tahu dia sindir aku ..aku pun buat macam tak faham ..mmg aku akui ..aku selalu post dalam facebook ..

ntah lah ..saja suka ...aku tak rasa benda tu too much ! just share dalam FB 

kalau kawan bercuti pun aku like..takde lah jeles dia ni asyik bercuti ke apa ..dh rezeki dia ...

ni rupanya ada pulak yang jeles ko post pasal percutian ko .pelik pelik ...

lepas tu aku teringat pasal org bgtau ..tak balik kg dh bercut sakan ..aku tak berniat nak tuju pada dia aku sekadar cakap je ..tapi dia pulak terasa dia kata dia bercuti bawak mak ..tak boleh cakap macam tu .." aku ni tak berniat tuju pada dia ..sebab aku tahu dia mmg tinggal dengan mak .

kita ni dalam berkawan tak semua kawan tu suka kita . ada yang acah acah suka kita tapi sebaliknya ..

oklah biarlah apa org nk kata ..itu hak dia .

Actually cuti deepavali ni ramai yang berhajat bawak keluarga bercuti ..yelah ..baru boleh rentas negeri kan ...
so aku pun ada lah teringin nak g kuantan ..
nak g starbuck tepi laut ni ..lepas tu nak g telok cempedak ...
pastu makan kat jaman tory..ikan patin masak tempoyak 

singgah kebun vanila..

French Café
🕧12.30pm to 6.30pm
🚫 Close : Tuesday and Wednesday
📍Cherating Beach, Malaysia
📞 +60132004305

 



tempat wajib singgah di Kuantan 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...