Sabtu, 3 September 2022

Allah bantu

 Beberapa hari ni aku jadi runsing . Khamis aku nak solat keluar spotting . Tarikh aku ikutkan uzur 6 hb September tapi aku lega lah sebab dh ada tanda ..tak yah aku makan ubat ..

jumaat masih tak turun . aku dh pening ..aku pergi Sekolah dengan Iyad hari jumaat sebab nak bawa dia jumpa doktor Asiah ..pakar RespitoryHKL.aku mmg takut kalau pergi jumpa doktor Asiah bukan apa ..takut sebab banyak benda nak kena jawab dengen dia ..pasal cpap makan ubat sedut gas...

tapi Alhamdulillah semua ok takde lah aku kena marah ataupun doktor Asiah komen yang bukan bukan pasal Iyad ..cuma 30hb September ni aku kena bawa Iyad sekali lagi ke Hospital Besar Melaka utk doktor tengokkan Cpap Iyad samada bermasalah atau tidak itu je lain lain dah ok 

balik hospital aku terus pergi amik Imran balik asrama . Sepatutnya aku amik dia lepas solat Jumaat tapi sebab urusan aku dekat hospital dah selesai awal jadi aku pun ambik dia awal ,lepas aku amik imran aku hantar dia ke surau berdekatan rumah aku untuk dia solat Jumaat aku, aku suruh Iyad teman dia sama 

aku hantar diorg jam 12.45..tapi aku tengok surau tu macam kosong je ..mungkin jemaah lain belum sampai lagi ..aku pun terus balik. sampai rumah akubuat kerja lepas tu jam 1.17 tengah hari aku keluar balik nak amik imran ..sampai surau kosong takde org ..rupanya ..suraua tu dh tak buat solat jumaat laagi .dah ditarik balik kelulusan solat jumaat di surau . Zaman pandemik je ari tu boleh solat jumaat kat surau tu ...ya Allah berderau darah aku ..

oklah berbalik pada cerita yang aku uzur tu kan ..aku dah berkira kira nakjumpa doktor .sama ada nak makan ubat turun darah atau tak. aku pun rasa macam nanti dh makan ubat turun darah lepas tu darah tak berhenti aku kena makan ubat stopkan darah pulak ! adoi peninglah..kakak aku dua dua dh uzuru..kak azua aku masih adasikit sikit ..korang bayangkan kalau aku g umrah tapi uzur dan lgsung takdpat buat umrah ..ya Allah apalah ruginya aku pergi mekah tp tak dapat masuk masjidil haram dan tak dapat buat umrah .aku rasa aku seperti didenda oleh Allah SWT atas dosa yang aku ada buat ..kafarah kah?

malam tu tidu pun susah hati .

esok bangun tidor dengan izin Allah SWT turun darah ..alhamdulillah ..tayah pening pening aku fikir pasal nak makan ubat atau tak ..ikutkan aku akan pergi Jumaat .semoga aku sempat mandi wajib pada hari jumaat tu .dan masuk kemekah dengan niah berihram utk buat umrah . sabtu hingga jumaat 7 hari ..ikutkan mmg boleh berhenti tapi ada spotting akhir akhir tu ...semoga Allah SWT mudahkan urusan kami di mekah nnt ..

****pasal makan ubat ni sebaiknya refer doktor jangan main beli di farmasi. ini ubat hormon ..kalau sebaiknya jangaan makan sesuka hati hormon kita kan penting . dengar nasihat doktor.


 

Jumaat, 2 September 2022

Waffle panas

“Bagi tau customer waffle ni kena makan panas panas .. kalau dh sejuk tak sedap!”

Tak habis habis mak nya ulang..
benda kalau sedp, sejuk ke panas ke .. mesti sedap.
Ni mcm mcm syarat pulak😆
Hari ni paling laris
Uncle David order 5 waffle
Aqilah 1 waffle
Anas 3 waffle..
Rizq nak order 1 .. sori rizq bancuhan dh habis.
Esok lah.. ( boleh pulak!)
Selain waffle
Kami ada jugak jual aiskrim potong
Perisa kacang merah, durian dengan cendol. Semua RM1.20
Air kotak ice lemon tea pun ada.
“ Apa korang nak malu meniaga.. Rasulullah SAW pun berniaga.. ibu dr kecik berniaga. Jual kuih embah tepi jalan..pastu pergi Nilam Puri jadi pembekal tudung bawal, serunding… masuk UMKL jual kuih putu masa raya.. adalah kejap jual topup.. 😜




RESEPI PIZZA ROTI CANAI

1. Ambil sekeping roti canai segera dan balut sosej kemudian potong potongkan dan susun keliling atas sekeping roti canai kosong.
2. Kemudian sapu sos bolognese di tengah dan letakkan keju mozarella di atas.
3.masuk oven atau air fryer 180 darjah celcius selama 15 minit.



tara..


Khamis, 1 September 2022

7 days to go Mekah

 alhamdulillah beg dh sampai

Nama pun dh naik utk layak terbang 9/9 ni ...alhamdulillah ..tapi macam cakap arwah abah ..selagi aku tak sampai mekah macam macam boleh jadi ..

kerap jugak abh pergi umrah ..hampir setiap tahun kalau tak silap ...tapi dh lama lepas tu kurang sikit abah g umrah 

abah selalu cakap bukan nak buat umrah sgt tai nak banyak solat sunat dekat masjidil haram dan masjid nabawi ...

aku pun tak tahu abah buat macam mana ..tapi mesti atleast abah buat sekali umrah 

esok aku nak g jumpa doktor Rahimah tanya pasal ubat utk period ..kalau turun darah tak payah lah ..biar normal je turun darahnya .

nak komen pasal travel agency ni pun cam terlalu awal lagi ...cuma aku dpt pergi agak murah RM6990 bilik berempat ..(harap kami dapat duduk bilik bertiga ) tapi yang kami bayar tu harga utk bilik berempat .

So ini beg yang kami dapat.. ada beg sarung utk letak selipar.. elok beli selipar yang ringan senang nak jalan jauh..


Aku tak kemas beg lagi 

Esok nk bawa iyad jumpa dr asiah, serius aku takut. Takut nk dgr apa doktor ckp .. benda ni paling aku x suka.. lepas tu nk amik imran balik asrama. Lepas tu baru ambik orked dan ihsan. 


Esok start cuti sekolah 

Aku kena kemas beg baru nampak  apa yg takde. 

Aku nk beli: 

Sandal, brg brg peribadi , toiletries, ubatan dan mknn.. 

Countsdaiwn lg 7 hr 






Rabu, 24 Ogos 2022

Ps5 : Hadiah Ayah utk semua

So rezeki anak anak .. tak tahu doa apq yg mereka baca termakbul.. 

Ketiga tiga nya berjanji: 
. Menjaga solat 5 waktu
Membantu buat kerja rumah
Ihsan kemas ruang tamu
Iyad buang sampai 
Orked basuh pinggan. 

Tapi orked ni lah paling tak boleh harap. Janji tinggal janji 



Reward utk mak 






Pss ni mahal 500 ringgit dr harga retails. Ikutkan harga retails dlm 2292 tapi takde stok nak kena tunggu … dah dua tahun org beli tak dpt.. so kena beli mahal dengan harga 2795… tambah satu lagi controller.. 395.. lepastu nak main games kena beli lagi.

Paling best games apa ekk.. cer suggest

 

Jumaat, 19 Ogos 2022

PENGALAMAN CUCUK VAKSIN UMRAH DI MELAKA 2022

aku tahu ramai yang tercari cari tempat yang murah utk cucuk vaksin nak pergi umrah . 

aku pun sama ...aku dah start google pasal kos nak cucuk vaksin ni ..paling murah aku jumpa di Klinik Amal Bukit Katil iaitu RM125. kakak aku yang cucuk di IJN as staff IJN pun kena bayar RM 120. Kak Nana di perak kena Rm160 kat Tanjung Rambutan aku pun tak pasti apsal dia sampai ke sana . takkan lah ipoh takde klinik nak cucuk vaksin umrah 

Tadi masa aku nak pergi cucuk di Klinik Amal aku call dia kata dia tutup .buka semula jam 2.30 petang .masa aku call tu dalam pukul 12.45 pm macam tu ..so kebetulan lalu kat area Bukit Baru aku singgah flat yang ada klinik Azim ..aku tanya dia kata RM150 tak jadi aku nal cucuk . lepas tu klinik cina sebelah tu takde umrah punya vaksin .Klinik Hamdan pun tutup tadi ..
so aku terpaksa tunggu sehingga 2.30 pm utk cucuk di Klinik Amal .
sambil tu aku ke Family store beli barang sikit ..beli jagung nak bisnes jagung susu kononnya ..hampeh! takde budak beli jagung susu aku ..mahei ke secawan dua ringgit ...

so dan masuk jam 2 petang aku pun ke klinik .kejap je ..staff dia je yang cucuk tak payah jumpa doktor. 
so korang yang nak g umrah nak cucuk boleh cucuk di klinik Amal...sunat pun murah kat sini ..

patutlah ramai umat manusia suka dtg ke sini ...lagi satu klinik ni islamik sikit ..kalau nak scan perut tu doktor laki akan pass kat wife dia ..doktor Rahimah ..masa aku gugur pun aku dtg ke klinik ni

ni klink nya 

setel

 

Khamis, 18 Ogos 2022

Jualan Waffle

 aku tetiba beli waffle maker dan berhasrat nak jual di taman.hahs

ni waffle yang aku buat ..aku buat ni versi coklat ..nnt nak try versi red velvet pulak




ni masa first time aku try buat waffle ..aku pakai tepung kek tu yang jadi fluffy semacam tu ...

peminat waffle coklat....

nampak cam garing kan ...

ni resepi waffle yang aku jumpa dr google tak ingat web apa

ni versi yang garing ..aku belum try ..sebab ada bahan susu tepung tu susah sikit...

aku dibesarkan dengan duit niaga kuih mak tak jadi masalah aku menjual bila dh besar ni ..
macam suami aku tak tahu meniaga kut ..kalau ihsan macam ikut ayah dia ..dia tak tolong pun orked ngn iyad meniaga ..aku nak bgtau ..meniaga ni 9/10 sumber rezeki tau ..dan menoaga ni merupakan sunnah Rasulullah SAW



Selasa, 2 Ogos 2022

The Lost World of Tambun 2022

 pada 30 Julai hari tu kami ke TLWOT..best jugak ..tapi memang tak plan so korang faham faham jelah kan 

dia macam ni ..aku balik kg ..pastu dalam jam 5 lebih suami ajak g Tambun . kami masa night punya session bayaran murah sebab beli pakai klook . tapi kawan aku cakap pakej satu hari baru rm 60 

tapi tu zaman bila dia pergi hikhik ..sekarang mana dapat rm60 dah naik harga


harga terkini di klook ..kalau direct di kaunter lagi mahal ok 


ni bayaran kami beli total rm186 utk empat org ..Iyad dapat special price rm37

kami main yang bahagian airpanas je ..pastu masuk petting zoo..dan taman yang berlampu cam avatar tu ..jap aku carik nama dia..luminous forest ..pastu tengokshow telan api tu ..

kalau datang awal ada banyak show lagi best ..show badak sumbu dan show tiger
korang refer web ni ek 

https://sunwaylostworldoftambun.com

so as usual korang layan jelah gambar ni ekk..












UMRAH 2022

 Alhamdulillah kami sekeluarga survive

paling mengejutkan perkara yang paling aku takut berlaku telah berlaku dan alhamdulillah Iyad survive. 

TQ Allah ..

TQ Allah 


selepas aku kena kena covid aku naik keje dengan penuh semangat ..khamis aku start keje ..jumaat pagi aku bawa Iyad Vaksin .

Isnin hingga Rabu aku mesyuarat di KL. aku anggap percutian solo aku singkat tapi cukup menenangkan .

aku nak share petua ..kalau korang batuk batuk susah nak baik ..cuba korang makan tobboki ..nampak macam tak bijak kan tapi cuba jelah korang test ..sebab aku batuk batuk aku makan tobboki lepas tu aku punya batuk berkurang dan alhamdulillah hari ni berhenti 

aku tak pasti teori ni mitos atau betul ..tapi kalau korang test jadik kira betullah 

hahha..

ok selepas tu macam tiada apa yang menarik berlaku .

baik lah aku nak share perancangan terdekat aku adalah buat umrah . kali ni aku pergi dengan kakak kaka aku ...azua dan kak nana..

aku memilih trip separa diy ..aku tak buat diy sepenuhnya .aku join group umrah travel tapi dalam masa yang sama aku buat sendiri visa dan aku pun aku pastikan ticket flight tu kalau boleh aku beli kalau tak pun tak pe..

setakat ni aku dh mohon cuti umrah sepatutnya 7 hari tp aku amik 4 hari je ..seba aku pergi 29hb ada cuti umum hari merdeka dan next week tu cuti sekolah .

aku tak perlu amik apa apa cuti rehat ..hanya guna cuti umrah shaja. tapi kerani sekolah kata rugi sebab amik 4hr sedangkan ada 7 hari ..lepas tu cuti umrah ni hanya sekali dalam perkhidmatan .

yelah kalau amik lama sapa yang nak ganti kelas kita kann

masalanya juga 

so aku dh uruskan insurans jugak sekarang ni aku tengah tunggu travel agency beli ticket flight dan book hotel .

dulu dulu kita tak amik pusing langsung 

janji bayar yuran dan sedia utk terbang itu je.

nijelas dia terangkan hotel apa , flight apa, dan visa rm650 tu mmg kena bayar sebab kita pergi visa pelancong bukan visa umrah 

oklah ..aku akan update story aku sekarang aku asyik fikir cara nak kurus



Khamis, 14 Julai 2022

Covid 19 sekeluarga

akhirnya satu keluarga positif covid. 

aku kena covid 7/7/2022
suami dan ihsan kena 10/7/2022
Iyad, orked dan Imran kena pada esoknya 11/7/2022

maka semua dah ada pengalaman kena covid...
aku tengok diorang punya simptom tak teruk..cuma iyad ada batuk batuk ..imran ihsan dan orked hampir takde simptom ..demam pun takde ....boleh jadi kena covid tapi takde simptom ..aku suami iyad lah nampak tak sihatnya..aku siap batuk teruk ..
setiap malam aku batuk teruk samai tak boleh tidur..kdang ada rasa cam sakit dada sebab batuk kuat sangat ...
harap lepas ni keadaan makin baik ...



check tekanan darah ihsan ..




inilah bacaan test covid 

cuma aku terfikirkan ..macam mana kalau ada orang menipu dia kena covid..setakat nak amik gambar tu apaah sangat ..dia boleh je buat test covid palsu ..pastu lapor dalam my sejahtera terus dapat kuarantin 7 hari ..dr hari dia buat test terus dapat call ...pastu kena isi laporan dalam mysejahtera...things to do - ...kan...aku tak lah menipu mmg aku sakit ..batuk demam semua ...tak larat nak ke sekolah ..sakit badan badan aku ni ...

oklah covid ni berbeza pada diri masing masing ..keadaan nya tak sama ..ada yang teruk ada yang tak .....so alhamdulillah aku kira ok lagi lah ....


 

Khamis, 7 Julai 2022

Kena Kuarantin : Tips and Trick

So bila tau je ko positip Covid19
Ko terus masuk bilik pastikan ada barang barang ni :

1. Telefon dan charger
2. Laptop wajib ada dan charger ( kalau ada tv lagi ok)
3. Sejadah telekung
4. Alquran
5. Air masak 2L
6. Ubat ubatan
7. Mesin check bp omron [ penting sebab nnt nak isi borang thing to do dalam mysejahtera]
8. Baju baju nak pakai 
9. Buku nak tulis or conteng conteng
10.stock snacking kalau incase memalam ko lapar
11. Sib baik ada mesin kayuh basikal so aku taklah lemau nau.. malam malam cycling 30 minit
12.toiletries 

7 hari tu lama… siang malam ko dudk sorg .. 
so cara aku nak hilangkan rasa tak best
Aku pastikan aku on video ikim 24 hrs melainkan bila aku nak tengok korea drama 
Aku kuarantin masa bak dekat raya haji .. so sedihlah sikit .. dengar takbir sorg sorg dalam bilik…

Apalah anak anak aku makan time raya nnt…




Menu lunch day 2


menu dinner semalam

ayam 4 fingers

aku minum susu ni sebab nak diet

kebetulan ada beli benda ni ....senang nak report dalam mysejahtera

sehari dua kali kena isi ....
kalau tak isi ada mesin KKm call bgtau kita belum jawab
lepas tu akan ada staff kkm call interview kita macam mana hari ini. 

alhamdulillah walau tak dpt raya tp aku buat korban tahun ni ..aku masuk korban kat masjid ubudiah RM750 satu bahagian 

insya Allah petang ni start waktu arafah lepas asr start doa banyak banyak ..ada rezeki menyendiri dalam bilik ..boleh buat extra sikit amalan ...insya Allah doakan aku ja kawan kawan ....
 

Positif Covid 19

walaupun hari ini covid tak seteruk tahun 2020 tapi aku tetap rasa takut..

sebenarnya batuk dan selsema ni macam dh lama ..tapi start teruk hari Isnin..4hb Julai 2022. 
hari Selasa aku ke sekolah dalam keadaan yang sangat rasa tak selesa..aku batuk bersin dan rasa seram seram sejuk ..aku ingat paling jauh pun aku akan kena influenza..sebab memang ramai yang kena influenza ..

kejadian demam ni silih berganti sejak 6 Jun Hari tu ..first imran demam balik dr asrama ... Rabu Imran balik sekolah sambung orked demam ..lepas tu Iyad ..iyad demam lama ..dan ayah nya pun demam teruk ..selama tiga minggu aku bersilih ganti menjaga org demam sampai aku pun rasa nak demam ..tapi tak demam demam ...

sehingga lah hari ini 7/7 aku buat test pagi pagi..lepas tengok satu line aku terus mandi ..solat dan bersiap ke klinik ..nak amik mc sebab rasa tal sihat ..

balik klinik tengok test covid aku dua line ..Allah! ..aku bukan risau apa ..risau anak anak sakit terutama Iyad ..suami buat test negatif ..

ni cerita petang semalam ...

menu lunch pertama ..suami belikan bihun sup 

pelik masa sihat nak solat awal waktu payah ..apsal time sakit boleh pulak ..

keputusan covid yang membawa aku ke bilik ini bertapa ...

doakan aku cepat sihat ya ..

3x aku jaga suami aku masa dia kena kuarantin sebab contact rapat .

see..how dia jaga kita pulak ..hurmm....😉😉

Jadual aku :

5.45am: bangun pagi 
6.15am: siapkan anak ..
6.40 am: keluar rumah hantar anak dan ke sekolah 
|
|
|
3.15pm: sampai rumah ...
                basuh kain ,lipat kain , nyapu, basuh pinggan, dll
5.30pm :keluar amik anak sekolah agama 
6.30pm: sampai rumah 
7.00 pm: kadang masak ..tapi kebelakangan ni banyak order grab food
8.30pm: kemas dapur basuh pinggan , gosok baju,
9.30pm: masuk tidur...

nampak macam tak susah tapi itulah kerja yang aku buat seorang diri tanpa bantuan sesiapa ..
basuh baju takpernah habis, lipat baju tak pernah selesai, pinggan dh basug ada lagi ..sentiasa ada..kemas rumah semak balik ..sentiasa...! 

so kena biasakan dengan apa yang berlaku . 

tak masuk lagi amik imran, beli barang speedmart, bawak anak ke klinik, belikan barang brg kucing kesyaangan anak ..end up dia lari ..

macam nak cari kucing baru .heheh....🐈🐈🐈

HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...