Jumaat, 14 Disember 2012

MY WISHLIST ( bawa aku ke sana...)

saya ada impian ..antaranya nak melancong ke tempat tempat ini..Ya Allah sampaikan aku ke sana....(TQ GOOGLE FOR THE NICE IMAGES)

1. MAKKAH MUKARRAMAH









2. MADINAH MUNAWWARAH





3. LONDON



4. PARIS



5. SWITZERLAND



6. ISTANBUL


AIR TANGAN IBU..TANDA IBU SAYANG SEMUA

Assalammualaikum...tetiba imran menyibuk kat sebelah..hahah..dia mula faham pasal blog dan dia pun nak ada blog sendiri ..imran ..imran..setakat ni imran baru masuk Iqra' 3 dan buku Marilah membaca anakku buku tujuh..imran kalau imran tahu ..ibu sangat bangga dengan imran..semoga imran jadi anak yang soleh..

hari ni ibu nak share 4 resepi yang ibu suka masak untuk semua..jom share..



Resepi Nasi Ayam (myresepi)- oleh : Nadia

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • [hiasan]
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi
Resepi Mee Udang ( http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com/2011/03/mee-udang-kuala-sepetang.html)

1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
1 kiub ayam knor* saya tambah
segenggam udang kering *saya tambah
2 biji telur * saya tambah

4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
fish cake* saya tambah
telur rebus * saya tambah 

Cara Membuatnya 
Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi .
Resepi Nasi Lemak 
sila rujuk blog mat gebu. 
Resepi Mushroom Soup 
sila rujuk tin campbell ..;D 
Masaklah demi  menambat hati keluarga..
 :D ...and publish!

My Family ...my heart

Kami cuma berempat ..ada ayah, ibu, imran dan iyad..i love my family so much...biar apa ujian yang datang semoga kami diberi kekuatan untuk terus bersama..kerana Allah SWT.

oh my diet!

sejak akhir akhir ni kenapalah aku ni dah tak semangat nak diet..Ya Allah...walaupun berat masih di tahap selamat namun memang merisaukan tambah pulak dah ade member nak chalenge diet heheh..nama di rahsiakan ..actually baguskan sebab kita akan lebih semangat..oh semangat datanglah padaku ..

tadi makan roti sandwich..erm..sebenarnya dulu ade makan sandwich telur rebus ni kat hotel seri malaysia masa hi tea ..sedapnye..yang pelik rasa initi telur tu sejuk je masuk mulut..hahah...pastu terus ingat jom lah buat bekpes esok sandwich telur rebus ..menu diet lah ni...hikhik....so lepas layan maharaja lawak dalam kul 12 tengah malam aku pun merebuslah telur..tetiba ada satu telur yang pecah..hahah..rebus telur pun fail ! apalagi terus google..


Petua merebus telur yang tak pecah:


1) didihkan air terlebih dahulu..aku tekan air panas coway senang cite


2) Masukkan cuka utk cepat matangkan cuka


3) masukkan garam


4) Rebus 15 minit


5) Jangan rendam telur lama dalam air bila dah masak.Angkat dan biarkan dia di atas penapis..


Perasan tak kalau orang buat telur rebus kenduri orang akan masukkan dalam plastik dan tembukkan lubang pada plastik sebabnya senang nak angkat banyak telur sekaligus dan telur dapat di kuarkan air rebusannya..faham ke ayat aku yang agak tunggang langgang..apepun rujuklah link ini.. http://www.petuatradisional.com/tips/petua-rebus-telur


Then nak share sikit resepi buat sandwich


SANDWICH TELUR REBUS 


4 keping roti putih
1 biji telur-direbus dan di lecek
3 sudu makan mayonis
1/2 sudu lada sulah
garam secukup rasa
daun salad/timun/tomato

Cara-caranya:


Gaul semua bahan iaitu telur,mayonis,lada dan garam.
Sapukan mentega pada roti.
Sapukan adunan telur tadi pada roti.
Susun salad,timun dan tomato.
Tutup dengan sekeping roti.
Akhir sekali,potong bentuk segitiga.

gambar dari petuatradisional.com


Ahad, 9 Disember 2012

Aku anak MALAYSIA


Aku sayangkan negara air tumpah darahku MALAYSIA...aku bangga menjadi rakyat MALAYSIA..dan aku bertuah dilahirkan di negara MALAYSIA yang serba sempurna bagiku ..dan aku marah orang yang tidak sayangkan negara..taksalah menyayangi negara sendiri ..mengikut hierarki yang sepatutnya..ALLAH SWT, RASULULLAH, SUAMI, IBUBAPA ,ANAK ANAK...dan negara...Rasulullah SAW juga amat merindui kota mekah apabila telah berhijrah ke MADINAH..itu menunjukkan RASULULLAH juga ada semangat cintakan tanah air...janganlah kita sibuk menanyakan kenapa kerajaan Malaysia tak buat itu ini ..sedangkan pernah kah kita persoalkan apa bakti kita pada negara...
Dibumi bertuah ini kita dilahirkan..disediakan klinik hospital utk kesihatan..disediakan sekolah yang baik..dari tadika ,sek rendah hinggalah sekolah menengah dan universiti kerajaan cuba memberikan yang terbaik pada rakyatnya...jgn bicara soal politik..tetapi pandanglag pemimpin yang berusaha keras demi kemajuan dan kemaslahatan rakyat..kalo siapa juga pemimpin yang berlaku adil wajib kita mentaatinya..aku malas bicara politik namun apa yang aku lihat pemerintah hari ini tidaklah sampai melarang kita melakukan amal ibadah..dibangunkan tabung haji lagi untuk membantu umat Islam menunaikan haji dan pelbagai prasarana dalam kita menjalankan tanggugjawab kita sebagai hamba Allah...memudahkan kita solat di mana mana..kita bebas menuntut ilmu di mana mana...kita boleh bersedekah ..di sediakan kemudahan tempat nak bayar zakat..cara hidup Islam perlahan lahan diperkenalkan..memang negara kita bukan Islam sepenuhnya..tetapi apasalahnya kalau kita menuju ke arah itu secara perlahan lahan ...kenapa kita sangat persoalkan perkara yang tidak dijalankan dari apa yang sedang diadakan....bukan kata kita akan berhenti di sini..pelbagai intsitusi sedang giat menjalankan dakwah memberi kefahaman kepada masyarakat umum mengenai Islam secara syumul..kini kita berbangga dengan adanya tokoh ilmuwan yang senang diikuti oleh rakyat seperti Ustaz Azhar Idrus, Syam Kamikaze..prof muhaya ...Ust Zahazan ,Dr Fadzilah Kamsah..dan orang orang ini amat dekat dengan rakyat utk menyampaikan dakwah Islam...beginilah ..ingin saya katakan bahawa...kalau benda baik yang kerajaan buat janganlah kita bangkang sebab perkara kebaikan itu adalah untuk rakyat ..dan jika ada kelemahan /penindasan maka gunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat..hargailah KEAMANAN yang kita ada...banyak negara yang hidup kucar kacir tidak seaman MALAYSIA...fahamilah keamanan ini satu nikmat ..bersyukurlah..jgn sam[pai Allah tarik keamanan ini..
Aku belum jalan jauh kenegara orang namun setelah menjejaki kaki ke Indonesia aku lihat MALAYSIA jauh lebih baik keadaannya dari sana..mungkin terlalu awal aku membuat perbandingan ..bukanlah indonesia tidak baik ..ada yang baiknya ..tetapi aku lihat Malaysia lebih baik..dari aspek yang berbeza beza....

1) Airport: Sebelum kita sampai ke sebuah negara kita akan melihat perkara perkara kecil yang menggambarkan negara tersebut..itu semua perspektif awal..or first impression...aku suka klia..pada aku ia canggioh dan sangat cantik..Tahniah buat tun Dr Mahathir atas adaya usahanya memberi idea membina KLIA ini..inilah antara gambaran awal pelancong atau orang luar pada negara kita... mungkin lapangan terbang Heatrow London ..lebih besar namun apa yang ada pada KLIA sudah cukup baik...

2) Bandar kuala lumpur jauh lebih cantik dari Jakarta

3) Orang Malaysia cantik dan ramah tamah..
aku sampai ke airport Jakarta ..aku tgk muka pegawai imegresen dia sombong dan bengis..taknak pun senyum..muka peg imegresen Malaysia baik..senyum dan ingin membantu..jadi kita ni kenalah jaga tatasusila kita kerana kita membawa nama ISLAM, MALAYSIA....

mungkin ini cuma penilaian awal ..janganlah pulak ada yang emotional marahkan aku...

so tgk gambar gambar ni ya...

Selesanya tido di KLIA




begini keadaan di luar lapangan terbang Indonesia


Walau bagaimanapun di dalam airport masih lagi ok..dan banyak restoran yang best...best.....







Sabtu, 8 Disember 2012

my family is my life

aku anak ke dua belas. Abahku MOHD ZABIDI seorang pesara ambulans..emakku ROKIAH HATI BT HARUN seorang surirumah. aku dibesarkan dalam keluarga yang sangat besar..pada malam ini keluarga sedang berkumpul di rumah abang cuah ku di ipoh..meraikan hari keluarga HJ MOHD ZABIDI. tapi malangnya aku tak dapat balik..hampir semua adik beradikku ada di sana ..pelbagai aktiviti di sediakan termasuklah solat berjemaah,tazkirah, dan gerai jualan..Ya Allah ! aku rasa sangat sedih tak dapat balik...semalam tiub perut iyad gastrostomi tiub tercabut ...baru dipasang semula semalam..condition iyad masih lagi belum pulih sepenuhnya...iyad kurang minum susu ..makan apatah lagi..mgkin sebab perut dia yang masih sakit..memandangkan keadaan iyad yang begitu aku tak berharap untuk berjalan jauh...harapnya akan datang aku dapat turut serta dalam aktiviti keluarga tanpa gagal...mesti mak sedih sebab aku tak dapat join sama ..suara mak pun slow sahaja ...aku rasa sangat sedih..aku sayang keluarga aku..kami semua bersatu ..silaturrahim yang kuat ini harap akan terus teguh selama-lamanya....Ya Allah sampaikan salam aku pada mereka

Khamis, 6 Disember 2012

scone pulak!

memang best bile kite ade mood memasak..hurm..lagi satu masakan mestilah yang disukai keluarga ..kadang kadang bila tak suka makan kita jadik frust sebab benda tak laku..actualy ni first time buat scone..tgk blog kak shahriah novelis remaja ..aka akak masterchef..hihi..mmg bestlah scone ni ..terutama kalau makan ngn butter dan jem strawberry..tingat panorama ladang teh yang indah menghijau..ewah!..ok so sape nak resepi mahaplah ..kita tak copy paste..internet lemau betul..sila google resepi scone ..mmg ini resepi yang kuar dulu..okey !

Rabu, 5 Disember 2012

durian crepe


 
 
 
 
 
 

sibuk orang cerita mengenai crepe..termasuk rakan rakan whats app yang menayang crepe memasing hihi..kat melaka ni manalah nak cari crepe bagai ...restaurant yg best pun kuranglah sangat ,tu yang aku sibuk belajar masak dari internet utk rasa makanan yang best best ,,hihi...berbalik pada crepe..kali pertama beli durian tak confident sangat nak buat ..kali kedua beli kuatkan azam buat crepe...alhamdulillah berjaya ! terima kasih kat kak ita yang sudi share resepi durian crepe yang sangat lazat!wallla..

CREPE

40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste

Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!

~ pengalaman saya buat sendiri kan ..ambik masa ,,jgn terus angkat nnt mentah ..tunggu sampai keliing dia kering ..automatik dia senang diangkat ..percayalah..crepe ni sangat lembut tau...
 resepi seterusnya sila layari blog kak ita sendiri di masam manis...







Khamis, 8 November 2012

sila rujuk blog kevin zahari

ika hendak dibandingkan dengan zaman dahulu, kita terlalu mudah mendapatkan segala macam jenis makanan di sekeliling kita. Sebut sahaja apa jenis makanan pun, pasti kita tahu di mana untuk mendapatkannya. Selain itu, tekak dan perut seolah-olah selalu ‘meminta-minta’ agar diisi walaupun baru seketika selepas kita menikmati hidangan yang lazat.
Jika anda ingin menurunkan berat badan untuk mendapatkan badan yang sihat dan cantik, anda perlu mengetahui isyarat-isyarat yang terdapat pada badan anda. Anda juga perlu mengawal isyarat-isyarat ini supaya anda tidak menerima isyarat yang salah. Jika anda sudah mengenali isyarat-isyarat ini, anda akan berjaya mengawal minda dan tekak anda dalam pemilihan dan corak pemakanan harian anda.
Berikut dikongsikan 6 tips untuk mengenali rasa lapar anda supaya anda boleh mengawal kalori yang anda ambil dan mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan:

1. Gunakan skala kelaparan

Adakah anda benar-benar tahu bagaimana rasa lapar yang sebenar? Adakah setiap kali anda berasa lapar anda terus mencari makanan? Anda perlu mengenali isyarat fizikal pada badan anda yang menunjukkan keperluan sebenar badan anda. Sebelum anda makan, cuba anda menilai skala kelaparan untuk mengetahui keperluan makanan yang sebenar seperti berikut:
  • Sangat lapar: Rasa tidak selesa, tidak boleh fokus dan ditambah dengan rasa sakit kepala atau rasa gelisah. Ini disebabkan kandungan gula dalam badan yang rendah kesan daripada kurangnya pengambilan makanan. Situasi ini boleh mendorong anda untuk makan dengan jumlah yang banyak.
  • Lapar: Anda sudah fikir apa makanan yang anda ingin makan selepas ini. Jika anda tidak makan dalam masa sejam pada waktu tersebut, anda mungkin akan masuk ke dalam tahap ‘sangat lapar’ seperti di atas.
  • Sederhana lapar: Perut anda mula berbunyi dan anda sudah memikirkan untuk mengisi perut anda yang kosong itu. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda makan.
  • Senang hati: Anda berasa kenyang; bukan terlalu kenyang dan tidak berasa lapar. Anda rasa tenang dan selesa dan tidak terfikir tentang snek atau minum petang.
  • Kenyang: Jika anda masih lagi makan pada waktu ini, anda telah makan di luar rasa lapar dan keperluan anda. Perut anda akan berasa penuh dan rasa makanan yang anda suapkan ke mulut itu tidak lagi sesedap seperti suapan pertama anda
  • Terlalu kenyang: Anda berasa tidak selesa dan rasa pedih ulu hati berpunca dari asid perut yang menganggu kawasan esofagus anda.

2. Makan setiap 4 jam

Masih tidak boleh meneka bagaimana rasa lapar yang sebenar? Cuba setkan jam anda. Kebiasaanya, rasa sederhana lapar bertukar kepada terlalu lapar berlaku dalam tempoh 4 – 5 jam selepas anda menikmati makanan yang seimbang. Jika anda menunggu terlalu lama untuk makan, ia boleh menyebabkan anda berasa terlalu lapar dan terburu-buru mencari makanan. Ini boleh menjejaskan pemilihan makanan anda pada waktu itu. Makan pada waktu yang tetap akan membuatkan tahap gula dalam darah dan tenaga anda sentiasa berada dalam keadaan stabil.
Jika anda berasa lapar di antara waktu makan anda, makan snek 150 kalori boleh membantu anda untuk menghilangkan rasa lapar anda itu. Anda boleh mencuba makan makanan serat penuh seperti buah-buahan dan kekacang tanpa garam. Makanan seperti ini mengandungi kandungan fiber dan air yang membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh yang panjang.

3. Tidak skip sarapan

Kajian terhadap 900 orang dewasa mendapati mereka yang makan sarapan yang seimbang mengandungi lemak, protein, dan karbohidrat di waktu pagi berasa selesa dan tidak mudah lapar sepanjang hari berbanding mereka yang meninggalkan sarapan pagi.
Jika anda berasa sangat lapar sebelum waktu tengahari, ia mungkin disebabkan oleh tidak bersarapan. Oleh itu anda perlu makan sekurang-kurangnya makanan yang mempunyai 250 kalori setiap pagi dengan beberapa cara mudah:
  • Sediakan sarapan sebelum anda tidur. Anda perlu merancang sarapan anda supaya anda boleh membelinya dengan lebih awal seperti roti serat penuh, buah-buahan, dan lain-lain.
  • Sediakan sekotak bijirin atau sebungkus oat dengan susu rendah lemak atau susu soya di tempat kerja anda sekiranya anda tidak sempat bersarapan di rumah.
  • Makan sarapan sedikit lewat jika perut anda tidak boleh menerima makanan di awal pagi. Sarapan pada pukul 9 atau 10 pagi masih boleh membantu anda untuk sentiasa bertenaga dan selesa sepanjang hari.

4. Makan makanan rendah kalori

Makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi boleh membantu anda mengelakkan rasa lapar dengan cepat. Di dalam satu kajian mendapati seseorang yang makan makanan yang mengandungi cecair yang tinggi akan makan kurang 21% berbanding mereka yang makan makanan yang rendah kandungan cecairnya.
Anda boleh mencuba corak pemakanan yang dicadangkan seperti di berikut:
  • Untuk makan malam, anda disarankan untuk menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran bersama hidangan makan malam anda. Daging putih seperti ikan juga sangat baik untuk badan anda.
  • Pilih buah-buahan segar berbanding buah-buahan yang dikeringkan. Kalori kedua-dua jenis buahan ini adalah sama, tetapi dengan makan buah-buahan segar yang kandungan airnya tinggi, ia seperti anda telah minum secawan penuh jus anggur. Anda akan berasa lebih kenyang berbanding makan makanan kering dalam jumlah yang sama.

5. Makan snek yang kaya dengan fiber

Fiber boleh membantu anda untuk berasa kenyang dengan cepat dan untuk jangka masa yang panjang. Ini adalah kerana badan anda perlu memproses makanan yang tinggi fiber ini dengan lebih perlahan. Ini menyebabkan anda akan berasa kenyang hampir sepanjang hari. Makanan yang kaya dengan fiber ini juga mengandungi kandungan kalori yang rendah.  Selain itu, antara kebaikan fiber juga ia dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes dan penyakit jantung.
Anda boleh mencuba makan sekurang-kurangnya 25g fiber setiap hari seperti tips berikut:
  • Masukkan buah-buahan seperti epal dan lobak merah yang kaya dengan fiber ke dalam makanan dan snek anda.
  • Cuba gantikan makanan yang anda selalu makan seperti roti dan nasi dengan makanan yang mempunyai serat penuh seperti roti serat penuh dan bijirin penuh.
6. Tambahkan protein sihat ke dalam makanan harian
Kajian terhadap 46 orang wanita yang sedang berdiet mendapati, 30% atau 18% daripada kalori yang diambil dari makanan adalah dari sumber protein. Makanan yang kaya dengan protein ini sebenarnya juga boleh membantu mengenyangkan dan mengurangkan rasa lapar. Selain itu, selepas 12 minggu, wanita-wanita ini akan meperolehi bentuk badan yang cantik hasil dari diet sihat mereka.
Anda juga boleh mencuba menambahkan pengambilan protein seperti berikut:
  • Tambahkan sehidang makanan protein sihat seperi putih telur atau tuna atau sepotong ayam tanpa kulit di setiap waktu makan anda. Anda boleh minum bersama susu soya yang rendah lemak dan tinggi kandungan fiber dan proteinnya.

Sabtu, 13 Oktober 2012

i can do it!

i can't believe.... what i am doing right now..no nasi for breakfast and lunch..just shake..imagine...huh! quiet difficult bt i'm try my best..kalo org bole turun 13kg,10kg,20kg..takkan ko tak boleh ama....8 kg je..pless ama..do it ! you can do it..just adjust your mind set..after one month u can eat everything! but small portian ..go ama..pless..


tak sabar nak keluarkan statement..dulu berat saya 68.8kg..sekarang dah 58.8kg..uwaaa!!! berangan je..please lah ama !..usaha tangga kejayaan...

ni tak..otak ni ligat je pikir nak makan nak makan..insya Allah bole makan tapi sekali lah ama..jgn ngelat ngelat..makn roti ,,dan sebagainya..kalo lapar boleh makan buah dan sayuran ok..buatlah ama..kata nak kurus..kata nak sihat..kata nak cantik..minumlah air banyak..sian kat cik abg dah kuar duit banyak beli herbalife..uwaa......

kenelah kuat ...Ya Allah makbulkan permintaan ku Ya Allah aku ingin kurus dan sihat...amiiiiin....

KALORI

Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori


Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?
Kategori: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori : minuman

1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal
Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) =   900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

DUA MINGGU

diam tak diam dah dua minggu bersama herbalife...masih lagi ada peringkat tak dapat menahan nafsu..tapi kalau kat sekolah insya Allah ...lalu kantin sekolah tu takdelah tingin nak masuk makan..dah boleh kontrol..cuma bab time management ni lemah lagi ..tak dapat nak bahagikan masa..

ok..nak story...bangun pagi .memang terus minum aloe 400ml...pastu ondaway nak g sekolah minum teamix400ml...dalam beg galas dah bawak bekal dah...2L teamix dan satu bancuhan shake..yg belum dibancuh ..demi menjaga keelokaan nutrisinya hihi..
sampai sekolah memang banyak masalah..nak buka komputer, tanda kertas, buku ke, update blog dan wassup dengan kawan kawan ....

dalam pukul 10am...bancuh shake dan minum ...pastu dalam kul 12..adalah makan roti biskut and lain lain..

balik sekolah sampai kul 3.20pm..selalunya dah lapa tahap gaban waktu ni mmg makan nasik!..so rasanya disinilah kelemahan terdapat...sepatutnya shake semula..dan malam sebelum kul 730 makan malam,,,

sekarang ni dah ada menu diet baru..yang sangat sedap sup ABC..sebab penyediaannya semudah ABC..kentang, bawang besar,tomato dan carrot serta ikan bilis..letak air dan didihkan ...masukkan sedikit garam.. memang sedap dan bila lapar hirup je sup ni.mmg dah tak amik bahan dalamnya..atleast cuma amik bwg besar dan tomato je..kentang for sure ada karbohidrat...mmg berasa kenyanglah..pastu lapar hirup lagi..dah tak amik roti takut jugak..

rasanya bole ke bertahan begini ...Insya allah smpailah berat menjangkau 60 @59...baru boleh minum sekali shake utk maintainkan berat badan namun pemakanan tetap kontrol..

cuma kalau mengandung macamana..jgn risau, shake ni selamat utk dimakan cuma tea tu kurangkan sikit...sebab dia detoxkan badan..

hari ini berat badan ialah..66.5kg..yg paling mengembirakan postur badan semakin cantik dan sangatlah berbeza sebelum dulu...

nak cerita sikit dekat sekolah ada orang lain yang sama sama sekarang sedang diet.
A; diet tidak makan karbohidrat...tapi makan lauk dan sayur..
B: makan Alpha Lipid ( takleh makan karbo dan buah- buahan..cuma boleh makan sayur dan protein
C: makan sekali sehari complete set ada nasi, protein dan sayur..lebihkan syur..dan consume herbalife...

the result...

dalam dua minggu ini...

si A telah turun badan sebanyak 4 kilo..si B telah berjaya turun 7 kilo (ini setelah sebulan lebih mengambil Alpha Lipid) si C ..cuma turun 2 kg..namun perbezaan bentuk badan ada beza dan dilihat sangat aktif dan gembira sebab dapat menikmati menu kegemaran walaupun sekali dalam sehari....

ini kerana herbalife adanya shapeworks..meningkatkan metabolisme badan..membina otot badan menyebabkan badan tidak mengeleber selepas turun berta badan...

dapat nutrisi yang seimbang...karbo: protein:lemak dengan ratio 40;40;20...
kesimpulannya cara kita berdiet berbeza beza namun matlamat kita sama...utk mencapai berat yang ideal...serta sihat Insya Allah..

dan peringatan utk semua jika ingin berdaya..buatlah sedikit kajian bagaimana badan kita bekerja utk kurus...

bukan diet sembarangan..takur memudaratkan dan tidak memberi manfaat pada badan...

semoga saya lebeh tabah untuk diet amiiiiin...Thank you Allah ,Thank you Herbalife

Khamis, 11 Oktober 2012

day 12

actualy berat badan ni dah semakin menurun walaupun tu slow..(paling best kalau kita baring mengiring ..idakle..lemak perut tu ikut jatuh..ke kiri..heheh..paling best ..bumper yg kat perut dari satu besar dah pecah pada tiga layer...u!serius!)

orang kata herbalife ni biar lambat asal selamat..mmg taklah turun satu bulan 10 kg..paling best pon...satu minggu satu kg...okaylah kan sebulan 4 kg..at the same time kalo nak makan pun dah tak takut sebab Insya Allah perut tetap maintain dan tak akan mengembang semula..kenapakah?

sebab metabolisme badan dah tinggi dan fit so boleh makan apa sahaja tetapi amount adalah terkawal..

ok..sekarang kita nak share bagaimana cara nak tingkatkan metabolisma badan...ini copy paste dari blog kevinzahari ek....

So, apa dia metabolisma?
Ia adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Segala aktiviti (termasuk proses pernafasan dan sistem badan) memerlukan tenaga (sumber kalori).

Perkara Semulajadi Yang Mempengaruhi Metabolisma

Komposisi Badan: Walaupun dua individu mempunyai berat badan yang sama, individu yang mempunyai berat otot berlebihan akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi kerana otot membakar lebih calorie berbanding lemak.

Genetics: Setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza (mesomorph, ectomorph, endomorph). Orang yang tinggi langsing (seperti pemain basketball) biasanya mempunyai metabolisma melebihi orang seperti Wayne Rooney atau yang berbadan “stocky”.


Umur: Metabolisma akan menurun dengan umur. Dengan itu, keperluan calorie seseorang akan turun over time. Ini kenyataan hidup. Ini sebab utama kerana ramai akan menambahkan berat badan walaupun mengambil makanan yang sama (sewaktu muda).


Perkara Yang Boleh Meningkatkan Metabolisma


Latihan/Semanan: Kombinasi latihan cardiovascular dan mengangkat berat adalah yang terbaik kerana ia akan menolong Zahari dalam meningkatkan calorie output dan juga dalam menambahkan otot.


Makan kerap: Dengan makan 5-6 kali sehari, sistem-sistem badan sentiasa beroperasi dan keep the body active. Ini akan meningkatkan kadar metabolisma. Jangan skip meals dengan harapan untuk weight loss kerana skipping meals akan memaksa badan menurunkan kadar metabolisma kerana ia ingat ia sedang “puasa”.


Minum Air: Air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. Jadikan air mineral sumber air utama Zahari!

Nutritisi secara am: Apabila umur kita makin meningkat, pengawalan calorie menjadi semakin penting kerana kita tidak lagi memerlukan jumlah calorie yang sama.

Makanan Pedas: Walaupun kesan makanan pedas tidaklah mendadak, tetapi ia tetap “panaskan badan” dan meningkatkan metabolisma.


Supplement: Kebanyakkan weight loss supplement dikategorikan sebagai thermobased supplements di mana ia akan meningkatkan metabolisma badan dengan kandungan seperti Guarana, L-Carnitine, Cayenne Extract dll.


Kesimpulan:

Bagi Zahari dan pembaca gua.com.my, metabolisma walaupun bergantung kepada perkara di luar kawalan kita, pastikan anda mempunyai keseimbangan dari segi kawalan pemakanan dan senaman. Kebanyakan masalah weight loss, weight gain dan metabolisma boleh diatasi dengan pengamalan fundamental yang baik.

Sumber

Isnin, 8 Oktober 2012

hari kesepuluh...+ holiday

hari ni masuk hari kesepuluh makan herbalife..tapi tolak dua hari sebab enjoy makn macam macam mase bercuti ke cameron....

berat terakhir 67.7kg...hari jumaat kami mulakan perjalanan ke cameron highlands...sebab mengikut ayah kursus di sana...inilah first time kami bercuti ke sana bersama iyad....
iyad so excited!!!
perjalanan bermula jam 12tengahhari...kami singgah ke shah alam untuk hantar atok dan bibik..mana boleh bawak..kacau daun je..ceh!..taklah ..ni privacy kami se FAMILY!

perjalanan yang tidak membosankan ,..iyad sangat behave!..good boy!

dan akhirnya jam 730malam kami sampai di cameron highlands...yeay!!!suasana sangat sejuk..kami memang dah lama jatuh cinta ngan tempat ni!

Kami tido di sini...
kami check in hotel herritage..cantikjugak hotel ni..malam nya kami dinner..wah! ni yang nervous ni..makan jugaklah..nasi sikit lauk banyak ..tapi yelah mase tu dah jam 830..balik tu apa lagi minum air banyak dan buat exercise sikit..nak bakar kalori..takut woi!!!..okaylah kan dari dulu tibai je langsung tak ingat apa...

malam tu kami tido sangat sejukkkk....dan mengeletar dibuat nye..tambah lepas gi toilet..

alhamdulillah iyad tak meragam..

hari kedua SABTU 6 oktober 2012

kami bangun awal utk bekpes kat coffee house...dan saya menambil keputusan untuk tidak mengambil shake dan hanya mengawal kalori yang di ambil...

so..kami pun enjoy makan bekpes..haahh..nasi sikit je..tapi sosej tu banyak sikit..sebb kita memang suka sosej ngn kacang panggang

so yummy!
capture di waktu pagi..

lepas makan kami jalan jalan ..nak bakar kalori okay tak..kemudian ayah masuk class.. dan kami duduk dalam bilik..imran as usual main kolam lah dalam bilik mandi..iyad main dialah..dah ibu joget joget utk bakar kalori ..okey pe...


dalam pukul 130..kami makan tengah hari dan keluar jalan jalan..pergi ladang cameron barat...wah..hijau nye..dan sangat mendamaikan....

sangat cantik... okay..rehat di sini dulu...

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...