Jumaat, 29 Mac 2019

Ada kah keberkatan dalam rezeki anda?

TAZKIRAH hari ini menjelaskan sedikit tentang tanda-tanda rezeki yang berkat yang dapat kita lihat dengan mata kepala dalam kehidupan kita sehari-hari. Adapun sebahagian tanda keberkatan rezeki tersebut adalah:
*1. Iman Yang Mantap Dan Hati Yang Semakin Dekat Dengan Allah SWT.*
Apabila rezeki yang kita perolehi memiliki keberkatan, Iman kita makin mantap dan hati kita lebih mudah dekat dengan Allah SWT. Kita mudah untuk melakukan amalan wajib dan sunat dan tidak bermalas-malasan dalam urusan ibadah.
*2. Hati Semakin Rasa Tenang.*
Dengan Rezeki yang berkat, akan meraih pandangan Allah SWT dengan diberinya ketenangan hati dan jiwa kita. Hanya Allah SWT yang berhak memberi ketenangan hati kepada kita.
*3. Menjadi Insan Yang Pemurah.*
Amalan memberi sedekah dan zakat juga mudah untuk kita lakukan tanpa ada rasa sayang kepada harta yang kita ada. Ini kerana kita sedar bahawa rezeki yang kita miliki datangnya daripada Allah SWT.
*4. Akan Dijauhkan Daripada Bala Allah SWT.*
Rezeki yang berkat akan mampu menjauhkan bala bencana, kerana Allah SWT sentiasa melindungi orang yang gemar mencari keberkatan dalam rezeki yang dimilikinya.
*5. Dapat Membentuk Keluarga Yang Harmoni.*
Tanda keberkatan rezeki yang seterusnya adalah keharmonian dalam keluarga. Cuba kita perhatikan sesetengah keluarga yang mungkin hidup serba kekurangan dari segi wang ringgit, namun mereka tetap aman damai dan hidup bahagia.
*6. Menjadikan Anak-Anak Yang cemerlang Di Dunia Dan Akhirat.*
Duit yang banyak tidak menjamin kecemerlangan anak-anak di masa hadapan. Namun, rezeki yang berkat yang kita cari mampu menghasilkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dan menjadi anak yang cemerlang dalam meniti hidup di dunia dan akhirat.
*7. Sentiasa Merasa Cukup Dan Bersyukur Dengan Segala Bentuk Pemberian Allah SWT.*
Setiap yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT. Dalam mencari rezeki yang berkat kita perlu sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan segala bentuk pemberian Allah SWT tersebut.
Ya Allah berikankah kepada kami rezeki yang berkat lagi halal, yang dengannya kami akan rasa cukup dan bersyukur. Mudah-Mudahan hidup kami sentiasa berada dalam keberkatan-Mu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...