Selasa, 14 Januari 2020

HLP oh HLP part 2

aku masih lagi menunggu saat saat mengisi borang HLP. Aku belum nampak lagi kesusahannya .Namun aku nak cakap..kalau dh diterima masuk U tu maksudnya 40 % kesusahan aku menjadi mudah

ada beberapa part aku kena buat . 
satu isi online borang HLP, 
kedua sediakan dokumen dokumen yang nak disertakan 
ketiga, mengadap pengetua utk kali pertama sebab utk makluman korang sekolah aku baru je terima pengetua baru perempuan , namanya Puan Norafzan

aku perlu mendapatkan sokongan beliau dan beliau mesti membantu aku membuat ulasan yang kebabom utk menyokong permohonan aku ni .
kalau tak dapat HLP aku tak pasti sama ada aku akan proceed atau hold

kalau dapat cuti tanpa biasiswa mungkin aku boleh fikirkn .
yang penting aku nak sambung belajar dengan tenang fokus tanpa aku memberatkan kepala aku utk memikirkan dua benda. 
aku bukan nak lari dari tugas , namun jika dengan ini aku bisa memperbaiki potensi diri aku maka aku berani sahut cabaran tersebut . pada aku kita perlu berani utk mengorak langkah ke peringkatyg lebih baik . 
tak semua org nak benda ni .sebab iai menyusahkan dan kita seolah olah keluar dr zon selesa kita,

dah 14 tahun aku berkhidmat aku rasa aku boleh meyumbangkan sesuatu yang lebih baik dari ini. 
aku yakin dengan kemampuan diri aku utk menghasilkan sesuatu yang baik 

alu tak dilahirkn utk hanya menjadi cikgu, paling tidak aku nak masuk ke pentadbiran aku nak melihat bagaimana aku dapat membantu guru melaksanakn tugas dengan lebih baik .

skrang ni bukan masalah dasar .dasar pelan pembangunan pendidikan bukan satu kajian yang sia sia . namun bagaimana pelaksanaan nya . jika kelemahan pada guru bagaimana kita nak membantu meningkatkan kemajuan guru 
aku lihat guru perlu membuat tafaquh fid din berkaitan topik topik tertentu untuk meningkatkan tahap kefahaman guru terhadap sesuatu tajuk .

namun atas ilmu aku yang tidak sebesar mana aku rasa dh tiba masanya aku menuntut ilmu semula . kadang kala kita ada idea namun tanpa ilmu pengetahuan idea kita akan dianggap sia sia siapalah kita ?

maka untuk meningkatkan profesion keguru ..memnyumbangkan idea utk pendidikan ..di sahaja di sekolah , aku perlu belajar kembali . utk memastikan apa yang aku tahu itu adakah benar sebegitu atau pun hanya omong omong kosong .

baiklah cukup sekadar ini .

aku mula merasakan peluang aku ada namun usaha aku kena kuat agar mencapau kejayaan usaha lagi .banyakkan membaca fahamkan pelan pembangunan dengan teliti, baca lagi falsafah pendidikan ISlam .

bukan sebab nak interview namun sebagai guru pendidikan Islam aku kena tahu ..sebab falsafah pendidikan yang aku aku bawa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...