Jumaat, 17 Januari 2020

JENIS MANUSIA




Dalam hidup kita , kita akan jumpa pelbagai jenis manusia.
Namun kita harus pandai membawa diri dengan manusia manusia yang sebegini...kalau boleh as9ngkan lah diri dan jangan bergaul melebihi had dengan mereka.

mmg lumrah kehidupan bila org nak sesuatu pertolongan orang akan menghampiri kita buat baik dengan kita , jika kita tak diperlukan kita tak perlu berada di tempat org org ni tengah berbual. sebab apa..kadangkala org taknak kita tahu perkara yang mereka tahu .

aku faham maksud kawan baik ..gangs ..aku juga ada kawan baik dan gangs ..tapi sekiranya kita tahu menjaga hati org lain kita takkan sanggup nak buat org tu macam tu .

ada satu hari ..mereka bercakap cakap tentang satu isu ..aku sendiri tak faham isu apa ..namun bila perbualan tu pada aku agak kuat , macam bukan rahsia maka aku pun terdorronglah nak tahuapa kebenda yang mereka cakapkan .

disebabkan setiap yg lalu ditunggukan benda tersebut maka pada aku mungkin bukan rahsia..kebetulan aku pun kerap berbual bual dengan mereka hal anak anak..

jadi dengan rasa tak bersalah aku pun pergi ke tempat mereka berbual dan bertanya
" apa benda yang ditulis dalam fail tu kak kiah, nak tengok .." 

diorg diam sambil pandang aku . takde apa apa..

" oh.." aku jadi malu sendiri dan aku sedar muka aku berubah dan aku pun balik ke meja aku sambung makan bihun. tak sangka sampa meja air mata aku menitis sebab aku sedih di layan sebegitu.

mungkin aku salah approach. aku tak sepatutnya terjah tanya macam tu .
sebab penilaian aku silap, aku ingat org baik dengan aku dan sudi berkongsi cerita dengan aku ..tapi sayang.. org tak anggap pun macam tu dengan aku ..

org tak sudi pun nak kongsi cerita dengan aku ..pada mereka aku orang asing .
bukan untuk kawan berkongsi cerita tapi hanya utk berleser leser..

jadi dengan hati yang terluka aku azam dalam diri utk tidak lagi menghampiri org org yang macam tu ..pada aku biarlah aku tak rugi ..kalau org layan aku buruk macam tu takpe..aku berkawan lah org yang sudi berkawan dengan aku ..
ramai yang buat aku mcm tu di tempat kerja.

aku pun tak tahu apa yang mereka tak suka sangat dengan aku .

aku cuba baik dengan semua org 

rupanya sikap aku yang baik dengan para pantadbir mungkin kurang di senangi oleh org lain .
hakikatnya bukan baik sgt ..tapi aku ada benda cerita yang sama ..tapi macam mana pun kena sedar dan aku kita bukan sesiapa ..maka sedar diri .

berkawan dengan semua org tak perlu baik sgt ..sebab org pun tak suka sangat kita !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...