Khamis, 9 Januari 2020

HLP oh HLP

hadiah latihan persekutuan KPM ,
aku tertiba jadi buntu patah semangat dan ada sedikit ragu ragu ..nak teruskan atau berada di zon selesa mengajar seperti biasa.

kenapa aku cari penyakit utk menyesakkan dada aku dengan menyambung belajar dan memohon hlp . bukan kah lebih baik ko pergi balik sekolah seperti biasa ..apa yg mampu ko buat ?

aku melihat pelajar 5MM aku sebagai sasaran. latar belakang mereka ..apa yang aku mampu berikan kepada mereka utk aku membentu mereka menjadi seorang Muslim yang mampu melaksanakan tuntutan fardhu kifayah.

persoalan yang berlegar di kepala aku ..adakah" kandungan kurikulum pendidikan islam mampu membentuk kemenjadian sebagai seorang Muslim" dan utk menilai keberkesanan kurikulum pendidikan islam ni rasanya teralu awal sebab KSSm Pendidikan Islam ini baru bermula ..dan batch pertama KSSM ni baru berumur 16 tahun . maka belum dapat dipastikan sejauh mana keberkesanan pendidikan islam .

jadi apa lagi yang boleh aku kaji ?

"Pembudayaan nilai nilai Islam di sekolah menyumbang kepada kemenjadian pelajar"

apa nilai nilai Islam yang perlu dibudayakan disekolah?

Hormat menghormati
Kasih sayang

atau kita kata " Pembudayaan program Islam di sekolah menyumbang kepda kemenjadian pelajar"

aku belum lagi memastikan aku dapat buat proposal atau tidak.
orang kata lepas dapat surat interview baru buat proposal. makanya aku ni tengah menunggu mengisi borang HLP yang akan di iklankan esok hari 10 Januari 2020.

aku akan isi ..bila aku melihat jauh kedepan , aku nampak setakat jumpa pengetua aku ada banyak checkpoint lain yang lebih penting dan bahaya dari berjumpa dengan pengetua sekolah

aku kena mengadap 3 penemuduga utk memastikan aku berjaya .

aku kena ada satu proposal yang sangat kukuh kenapa aku nak kaji benda tu penting sangat ke aku kaji benda tu kepada masyarakat malaysia.

apa yang menyebabkan kerajaan kena taja aku

makanya aku pun masih mencari cari jawpaan yang sesuai utk persoalan ini .kena lah aku mulakan membaca ..literature review utk mencari jawpaan kenapa dan bagaimana ?

doakan aku
xoxo!
assalammulaikum!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...