Lama aku tak bicara soal hati .
Kali ini Allah beri rasa disakiti jika selama ini aku menyakiti.
*********************
Berhadapan dengan pelajar 5MM bukan suatu perkara yang mudah . Membentak kata kata kita adalah kepakaran mereka. Bila kita menyalin nota di hadapan kelas, mereka boleh membuat pilihan samada ingin menyalin atau tidak . Belajar bukan satu kewajipan namun pilihan ..pilihan utk mereka belajar atau tidak.
mereka juga bebas tidur bila sahaja masa yang mereka suka tanpa mengira siap guru yang masuk mengajar.
Untuk menarik minat mereka mendengar apa yang kita cakap suatu kejayaan yang besar .
Bertingkah kata antara guru dan pelajar adegan biasa.
Lama kelamaan kita pulak "terdidik" dengan cara mereka bercakap.
Menjerit jerit dan ada masa macam org bodoh berbual.
kebiasaanya nya begitulah , kita bercakap dengan audiens yang bercakap dengan kita .
sebagai contoh bila bercakap dengan budak kita ajuk cakap mereka dengan bahasa yang pelat. bukan kita bodoh namun supaya percakapan adalah dalam level yang sama.
kadangkala bercakap dengan tauke cina pun kita terikut ikut dengan dialek mereka.." banyak mahal wooo.."
kadangkala aku terfikir sendiri apakah kaedah yang paling sesuai untuk mereka duduk diam dan mendengar apa yang kita nak sampaikan .
Jadi bila bercakap dengan pelajar tingkatan 5MM nada suara pun sama naik . Ganti nama pun dah tukar " aku kau.."
" kau ingat kalau kau takde kelulusan orang nak amik kau bekerja"
ini adalah ayat ayat provokasi bila pelajar enggan memberi perhatian .
senang cakap sama naik je cikgu dan anak murid. sampai kan bila org dengar siapa cikgu siapa pulak pelajarnya .
Iya bukan secara tak sengaja aku ada menyakiti hati mereka tanpa aku sedar .
tapi bagaimana pula bila kita tersakiti dengan suatu yang benar org perkatakan tentang kita .
sama bukan?
sakit hati dan timbul rasa benci. perasaan benci ini menjauhkan. bukan mendekatkan
walaupun apa jua matlamat yang kita nak capai ..cara yang menyakiti tidka menghalal kan perbuatan kita .
ya mereka buat dosa namun siapa kita yang mahu menghukum mereka. didik lah mereka dengan kasih sayang ..
********************
" ustazah pun tak pakai stokin ...hah nampak ni ..cikgu jasmani pun pakai stokin ..cikgu matematik tak pakai stokin ..ustazah ape benda macam ni .."
muka aku berubah . maruah aku jatuh . rasa pijar bagaikan dicampak cili ke muka .
betul aku tak pakai stokin tapi aku pakai kasut yang bertutup penuh. mungkin sebab aku tak labuh kan kain tersingkap bila berjalan .
" orang bukan islam ..cikgu cina pun pakai stokin ..ustazah tak pakai stokin ..!!"
fuh!! ...
mmg betul tersentap ke hati sampai hati aku berkata aku takkan maafkan org yang cakap begitu pada aku .
aku hampir terkena haritu ..tapi masa yang dia cakap tu aku pakai stokin .
aku akui ada masanya aku malas nak pakai stokin sebab berfikiran dah pakai kasut tutup. iya aku salah ..aku tak septutnya tak pakai stokin . tapi bukan sewenangnya kau nak malukan aku sebegitu . itu aku tak boleh terima
apa yang aku dapat ialah kau benci aku ..bukan kau ikhlas ,menegur sangat apa yang kau cakapkan ..
::::::::::::
dah berkali kali juga aku terkena ..dan kali ni aku takkan berdiam diri . aku pula yang aku bersuara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan