Sabtu, 11 Mac 2023

Bersantai di Leisure Cove

Selepas penat mendobi sepanjang hari, berjalan kaki ke nasi kandar Jaafar petangnya pula kami bersantai-santai di kolam renang di tingkat R hotel. 

orked cakap " ibu, hotel ni islamik.." 
aku taya "kenapa"
dia jawan" sebab ada tingkat 4"

kami sama sama gelak. Kebiasaanya di Malaysia, kalau chinese yang bina bangunan mereka akan elak letak no 4 di lift. so korang hanya akan jumpa tingkat G,1,2, 3, 3A, dan 5. Mereka skip no 4 sebab menurut kepercayaan mereka no 4 bermaksud mati. 

Aku tergeak bila orked boleh analisis maklumat tu sendiri. kelakar pulak bunyik nya...

Swimming pool ni terletak di tingkat atas sekali R atau pun Rooftop. boleh nampak view laut dr atas rooftop tu ...


orked dan kawan cina nya






malam nya kami makan roti canai dan aku orderkan Mc Donald guna grab.


Filem "Seratus"

Filem ni sangat menarik ..bukan pada jalan cerita tapi betapa ramainya pelakon yang masuk dalam filem ni. Pengarah meletakkan 100 orang pelakon di dalam filem ni..korang jumpa Izzue Islam, Amyra Rosli, Amar Baharin, Bront Palare, Ziana Zain, Awie, Bell Ngasri, Fizz Fairuz, ..dan banyak lagi lah ..sampai part pelakon keluar je korang akan menjerit .."tu Siti Saleha (nurse).." 

Sebab kebiasaan filem watak penting je artis..kalau watak yang lalu lalang tu orang biasa..ni yang lalu lalang pun artis.. hahha ..lucu pulak part tu ...ok.
dari segi jalan cerita macam dh boleh teka dari awal. siapa biasa tonton filem tamil dah boleh teka jalan cerita dia..so tak delah surprise sangat plot twist dia . apapun usaha yang baik dari Feroz kader pengarah filem Seratus. 

 boleh tonton di Netflix sekarang .hahah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...