Sabtu, 11 Mac 2023

"Azua"

    Aku berada dalam keluarga yang ibu aku tidak pernah bekerja namun mak pernah bekerja sendiri, jual kuih. nampak mak happy sangat ada duit sendiri. Mak boleh bagi kami duit .dan mak tak putus duit ..nak beli apa pun ok..kadang kami teringin makan yang simple simple pun kami boleh je amik duit mak dalam tabung. 

    Masa tu mak cukup bangga dapat bantu abah . sebab mak beli tepung, minyak utk jualan dan itulah yang kami guna utk makan .so kat situ abah tak perlu lagi beli minyak tepung, gula, atau aapa bahan bahan yang mak guna utk meniaga. 

    Mak jual kuih utk kantin . ada masa mak buat kuih ikut order yang diminta. Mak pernah buat kuih utk hidangan di istana. mak buat kuih yang kecil sedikit saiz nya ..utk dimakan sekali suap!.. mak buat kuih cucur sambal, kuih keria, karipap, kuih badak, kuih apam kukus, kuih daging gulung..semua kuih ni jualnya tak mahal pun masa tu dalam sebiji 20sen .

    Mak bangun awal pagi utk buat kuih. sebab mak kena hantar kuih ke kantin sekolah . mak hantar kuih ke kantin Madrasah Idrisiah (sek men aku) dan kan sek rendah Muzwin. 

tapi lepas tragedi mak jatuh semasa ambil daun pisang waktu pagi ..subuh ..mak dh tak lagi menjual.

aku tak ingat lagi bila last mak berniaga. 

aku tak rajin tolong mak. kakak aku rajin . Jam 4 ,5 pagi untuk mengoreng ..aku tak mampu bangun tido. kadang kadang mak berjaga seorang goreng kuih bertemankan radio sehingga bunyi azan subuh baru mak berhenti untuk solat subuh dan sambung mengoreng kuih semula. kalau aku ingat balik akan timbul penyesalan dalam diri aku, kenapa waktu tu aku tak bangun tolong mak aku. Umur aku masa tu masih remaja sekitar 14,15 tahun seingat aku. Tambahan pula aku bersekolah asrama. Lepas darjah enam , aku masuk ke sekolah agama di kampung aku .Ini hasrat abah ,mahu seorang anak nya bersekolah arab (istilah sekolah aku di kampung " Madrasah Idrisiah")

Jadi, sepanjang masa berada di asrama.Aku tertinggal banyak momen momen di rumah bersama keluarga. Aku hanya balik ketika cuti sekolah . Kakak aku, Azua beza tiga tahun dari umur aku. Dia masuk tingkatan 4 dia Sek Men Teknik di Setiawan. Aku tahu pun bila aku balik cuti dia takde di rumah . 

habis tingkatan 5 dia sambung tingkatan 6 di Sek Men Clifford. aku pula tamat tingkatan lima terus masuk universiti di Nilam Puri, Kelantan. manakala kakak aku menyambung pengajian di Pra U di uitm arau seterusnya dia menyambung pengajian diploma di UITM di Pj dalam bidang kejururawatan. Manakala aku pula di Universiti Malaya dalam jurusan Pendidikan Islam. Aku menyambung ijazah, kakak aku belajar diploma.Aku penah jumpa kakak aku di asrama nya. Setelah tamat belajar dia bekerja di KPJ Kajang sebelum berkhidmat di IJN dan dalam tempoh itu dia menyambung ijazah dalam bidang yang sama . 

tahun 2006 aku berkahwin . Kakak aku masih bekerja. Tahun 2011 dia mula berhijrah ke Riyadh untuk bekerja di sana manakala aku sedang mengandung anak yang kedua. 

Tahun 2014, sekembali nya dia ke Malaysia, bertemu jodoh dengan lelaki pilihan abah. yang kami panggil Che Mad. Cerita bermula bila abah selalu berenang di swimming pool di Kuala Kangsar dan bersembang dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai RELA. Abah cerita perihal anak anak nya termasuklah Kak Azua yang masih belum bertemu jodoh. Dia pun kata dia ada sepupu yang belum kahwin .Nama nya Che Mad dan sekarang meniaga nasi ayam di RNR Lenggong. Akhirnya pada tarikh 20 September 2014 Kak Azua bermikah. Kalau tak silap aku , berkongsi tarikh kelahiran mak .

Aku tak tahu kenapa hari ini aku rasa sangat nak bercerita pasal kakak aku . 

Pada aku dia istimewa kerana pengorbanan dia yang sangat besar kepada mak dan abah. Walaupun aku dikira paling berjaya dalam keluarga, namun bukan lah aku paling berjasa kepada mak dan abah. Ralat! Memang aku ralat. 

Menjadi tradisi bila anak anak bekerja kami akan beri sumbangan kepada mak dan abah. Seingat aku ,aku beri mak RM150 dan abah RM150. Jumlahnya RM300. ni masa aku baru baru bekerja sekitar 2007. Bila aku dah lama kerja aku beri RM200 seorang dan tahun tahun terakhir bersama mak dan abah ,aku beri mereka RM250. Aku masih ingat, abah kata terima kasih sebab bagi duit belanja utk mak abah. aku sedih .sebab jumlah tu taklah besar sangat. Hanya RM250. kalau dikiran kemampuan hari ini aku mampu beri mak dan abah seorang RM500 tapi itu mustahil sebab mak dan abah telah meninggal dunia. 

Aku ingat pesan abah. Ama nnt kalau aku dah meninggal duit yang aku beri tu teruskan . Takperlu jumlah yang banyak . Cukup sekadar amalan sedekah mak abah aku teruskan sehingga bila bila. aku gagal buat . aku buat kemudian lupa dan tak buat . aku ena buat potongan tetap yang aku niat utk mak dan abah. sesegera mungkin . 

Entah bagaimana, timbul idea untuk menyalurkan sumbangan ke sek men aku. Sekolah "Madrasah Idrisiah" sek yang abah nak sangat aku belajar di sini. sekiranya korang berminat untuk menghantar anak belajar di sini boleh pergi ke pautan ini https://idrisiah.edu.my..

Cukup disini dahulu aku menulis.Nanti aku sambung lagi bercerita perihal keluarga serta memori indah yang pernah aku lalui sepanjang hidup aku. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...