Tiles Porch Taman Tasik Utama
Akhirnya misi nak renovate rumah part 1 selesai. hasrat aku nak naikkan tiles di bahagian porch siap sepenuhnya pada hari ni. Walaupun selepas siap aku agak kecewa dengan pemilihan tiles yang dibuat. Aku sepatutnya stick dengan pilihan warna hitam ..macam terracota yang merah tapi pilih warna hitam.tapi benda dh siap nak buat macam mana ...kita enjoy jelah ..
ni keadaan sebelum siap .
aku rasa ni paling murah harga yang aku dapat .
Porch tiles 16 x 27 ft*
Upah - RM4 x 432ft = ~RM1728~ *RM1700*
Tiles Heavy Duty - RM7.50 x (432ft/2= 216ft) = *RM1620*
Simen, pasir, alatan, penghantaran = *RM350*
Jumlah - RM1700 + RM1620 + RM350 = *RM3,670 sahaja*
tapi aku bayar rm3500 je sebab Qosim kata dia salah kira.
aku sharekan no contractor yan buat porch aku ni ,
Qosim , 017-560 7340
aku suka part depan tu dia buat macam tu ... |
baru lepas basuh sebab tu lah berkilat aku rasa.. |
oklah rm3500 seluas ni |
nanti nak beli pasu besar dan letak pokok.. |
Laman rumah
As usual aku contact Napi utk laman rumah aku ..dia amik keras jugak Rm400 tapi takpelah mmg susah pun nak maintain laman aku ni ..terutama pokok pagar tu ...kena gunting selalu nak kasik rimbun .pokok mempelam pun kena ptong tangkainya . ko tengoklah siap pakai lori nak angkut sampah sarap dr laman rumah aku ni ..lepas ni boleh cari pokok pokok yang sesuai untuk di tanam. benda benda ni kena ada maintenance ..hari hari siap baru subur laman ni ...
nampaknya proses penambahbaikan rumah ni dah ada sekitar 45%. ada beberapa lagi aku nam tambah :
1. pasang langsir (Rm2200)
2. baiki dinding yang terkoyak tu (beli wall pentens dan cat buat DIY)
3. baiki paip shower ( kena panggil orang)
4. cat luar rumah ( buat sendiri)
5. deco deco tu nnt kita buat pelan pelan ..(coming soon, beli deco walls, lampu, cookware baru, cadar baru)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan