Khamis, 9 Mac 2023

Parit Falls dan ATV Safari

Hari kedua di cameron ...kami breakfast dahulu di bilik. Kami makan jagung rebus, masak, teur separuh masak, ada wrap dan panaskan kuih. 

lewat jugak kami keluar dalam jam 10 pagi kami baru ke Teh Boh Sungai Palas yang jaraknya dengan hotel kami sekitar 12 km ..tapi masa ke sana boleh jadi 1jam disebabkan jammed. Selalunya kereta mula sesak di depan Centrum Mall dan Kea Farm. Kami rasa bersyukur sebab kali ni CH langsung tak sesak. Laluan trafik lancar dan polis ada di mana mana. selalu nya sesak di Kea farm sebab org cari parking nak ke situ . ada parkng berbayar di tempat pick up point Floral Park. 

So destinasi pertama kami adalah ke Mossy forest just nak tengok tapi sebab tak jumpa ..langsung kami lajak ke Tea Boh Sg Palas. Cantik tempat ni ..sejuk je...

Masuk ke sini percuma .tapi kalau nak makan di Tristan Terrace harga nya boleh tahan jugak. Nasi lemakbiasa Rm9.90,nasi lemak rendang ayam rm16, air satu mug, rm4.55, air coklat (3 in 1 cadbury) rm4.90, kek majoriti rm14-rm16 ..total kami makan RM139.00 lebih kurang. agak pricey lah .tapi sebab kita nak makan sambil layan view mmg itulah harga nya ..macam kalau makan kedai tepi jalan murah maan restoran cafe butik kan mahal ..


buat raso raso ...strawberry cheese cake, kek tea hijau sponge cake tu



matlamat kita jalan ke situ dan makan 😅

sambil tu posing dulu ...sejuklah jugak ...
























nasi lemak rendang ayam ..tapi tak best sebab dh sejuk rendang ayam tu ..kelemahan duk CH, makanan cepat sejuk hahah...



























ATV Safari 

Sebab tak dapat masuk Mossy Forest , budak budak naik ATV, bayar agak mahal ..ATV dua orang RM90 kejap je bawaknya taklah lama sangat ..naik ..tengok buai tergantunglepas tu turun ke Safari. Safari pun takde apa sangat bnatang...ada kambing, ayam, monyet dan arnab..adalah burung merak 3 ekor ..ermm..aku tak suggest sgt . tapi kalau nak merasa bawak ATV boleh lah ..aku naik trak tu je baru rm20 kanak kanak rm15. safari tu dah included. 


ada guide yang bawak kita sebab bahaya jugak bukit dia nak turun tu 


Parit Falls 

Actually Parit Falls ni tengah renovate. Kami jalan dr taman yang tempat org jogging tu terjumpa laluan masuk kami jogging jumpa Campsite parit Falls..lepas tu kami masuk hutan ikut trails dia jumpa air terjun ni Parit Falls. Tapi air ni dah tercear jadik tak bolehlah kami mandi atau nak rasa sejuk airnya . 

Memang cantik ..takramai orang share pasal Parit Falls ni ..kalau review pasal Cameron  Highlands.

lepas ni dia dah baikpulih baru boleh masuk rasanya . 

cantik betul view kat sini. masuk pun free aja..alhamdulillah merasa tengok air terjun ..



 




dalam pada tu sempat basuh baju.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...