Hari ini aku rasa tiada lagi keperluan berkongsi momen indah bersama keluarga di FB.Kalau boleh aku nak jadi org yang paling taknak post pasal bercuti di FB. Sebab yang kita nampak momen happy kita , tapi tang org nampak ko lah terpaling boleh cuti.
So lebih baik diam dari tayang. kalau pun kata nak buat kenangan ..cukuplah only me. rasa nya itu lebih baik .sebab mmg betul tak semua org suka tengok kita bahagia. kebanyakkan nya tak senang tengok kita bahagia. so baik sembunyi . bahagia atau tidak bahagia kita diam diam sahaja boleh ?
so jadiklah kita letakkan dalam blog ni apa yang kita nak kongsi ,dan berharap tiada orang membaca nya ..hahah! ..
sebenarnya cuti ni mmg banyak pakai duit . korang bayangkan kami di Johor dr hari Jumaat sehingga Ahad. Isnin di rumah tengah hari gerak ke Ipoh , Selasa - Khamis kami di Cameron Highlands dan Jumaat hingga ahad di Penang.
Hari pertama di CH, kami makan tengah hari kemudian balik bilik , Makan malam di bilik, itupun selepas membeli belah barang di Speedtmart RM150 nak beli minyak, nugget, roti, butter, maggie..keropok kopi, milo, susu pekat, sabun basuh pinggan , sabun basuh kain, dan macam macam lagilah . so malam tu kami makan nasik goreng dan jagung rebus.
Esoknya breakfast kami tak makan diluar. Dah jimat! masak nugget makan dengan wrap. makan telor separuh masak dan lain lain . Tapi kemudian makan jugak diluar . Makan di Teh Boh Plantation Sg Palas dan pergi naik ATV, malam kami makan di restoran berdekatan dobi.
dan balik bilik main saidina dan terus tido. esok hari terakhir , bfast di bilik dan terus bergerak balik .Dalam perjalanan kami singgah beli strawberry, dan sedikit tomato dan kentang baby. rasa dh jimat hari tu ..sekali eh! singgah pulak AVANT kilang coklat ..beli aiskrim sebatang rm10.50,sorang sebatang dah rm40 lebih pastu beli kek pulak! ermm....
Lanjut perjalanan ke Penang. takde stop stop terus sampai Hotel . cuma makan malam di Lan's corner kena RM150.
Penang
Mmg kami habiskan masa tiga hari di bilik semata mata. petang ke swimming pool. hari pertama main pantai, ada obor-obor pulak langsung takut semua pakat naik ...
hari kedua lepas mendobi aku berjalan kaki dengan Iyad, Ihsan dan Orked ke Nasi Kandar Jaaffar Tanjung Bungah..beli nasi kandar dan roti canai total RM40. boleh lah ..beli milo ais 2 bungkus.
petang kami mandi swimming pool . malam order Mc Donald,eh macam penah cerita pasal ni .
Esoknya kan ..kami dobi lagi kemudian sekali lagi pi makan kat restoran Nasi Kandar. kali ni makan kat restoran ..kena RM40 jugak hahha..sampai owner kedai tu pun dah kami muka kami .
kami berjalan perlahan lahan ke Family Mart yang terhampir. beli ice cream, sosej dan roti. Memang betul. Balik bilik petang diorang dah mengadu lapar lapar. petang kami swiming pool dan malam tak keluar hanya order makanan melalui grab food.
esk nya balik Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan