Dah 12.32am
Aku tak boleh tidur. Terlalu excited utk Esok
Doakan aku!
Dah 12.32am
Aku tak boleh tidur. Terlalu excited utk Esok
Doakan aku!
Hari ini Selasa, 6 September bermaksud lagi 3 hari aku akan bertolak ke Mekah. ya aku akan ke mekah dahulu kemudian ke Madinah.
Masih banyak barang keperluan belum di bereskan .
aku takde telekung mini ..aku nak beli dua ...supaya tak labuh sangat ...
kemudian nak beli jubah . jubah lagi 2 helai
Khamis 8/9/2022
Aku dh mula kemas beg.
Aku isikan jubah dan telekung… aku bawak sampai 6 helai. Aku rasa kena kurangkan . Bawa 5 cukup. Dua utk buat umrah sebab kaler putih. Selebih nya warna hijau dan brown.
Aku ada bawa kain batik dan t shirt utk duduk di sana.
Aku pun nak bawa stokin, sarung tangan dan seluar dalam. Bra aku bawak jugak dalam 4 helai.
Aku ada bawak seluar dan blouse. Harap blouse aku pakai tak seksi blouse tersebut.
Sebab blouse tu labuh.. tapi ketat sedikit di pinggang.
Semalam aku pergi jusco, lega dpt beli kasit skechers mmg idaman aku dah lama aku teringin nak pakai.
Mahal juga sepasang rm269. Takpelah invest utk jalan jauh. Nnt nak g mana mana kena pakai kasut ni baru selesa nak jalan jauh jauh.
Aku pun sempat beli beberapa barang keperluan yg lainz ada kedai barangan umrah dan kelengkapan haji di Taman Cempaka. Berhadapan melaka sentral.
Semalam juga aku pergi ke klinik amik ubat utk gatal dan ubat stipkan period. Belum ada kesan.harap aku stop period hari ni. Esok dh nak pergi mekah.
Esok aku akan bertolak dr rumah jam 8 pgi. Sediakan baju anak anak nak hantar aku. Dan kemas barang aku juga. Jam 11 pagi kena solat jama zohor dan asar dahulu di airport.
Aku takpasti aku boleh buat umrah pertama atau tidak.
Satu satu perkara yang aku susah hati Allah SWT bantu .ingatpasal kes gatal aku ..hihi..ni ikut abah ..gatal kat kaki dan bahagian lain ...runsing jugak..
aku pikir kalau di mekah aku sakit gatal gatal ni macam mana ...
so lepas disiplin pakaikrim aqua utk lembabkan kulit..aku sapu dengan krim emolet...
| krim ni utk alegic..pakai dengan aqua..supaya kulit tak keringtapi mmg kena sakit sikit sikit je ..sebab dia steroid yang akan menipiskan kulit |
walaupun dah pernah pergi umrah tapi aku masih ada rasa susah hati jugak ..susah hati memikirkan anak anak yang aku akan tinggalkan sebab mmg kebiasaannya aku dengan anak anak aku 24 jam ..pergi sekolah aku hantar..aku ambik ..dan mereka di rumah dengan aku ..biasa petang petang anak anak
waktu petang aku akan masakkan waffle ..samada utk mereka makan atau aku buat utk jualan ...oklh ..fuh!kalau nak fikir banyak benda nak fikir..so kita biarkan masa berlalu dan aku harap suami akuboleh jaga mereka dengan baik ..
![]() |
| 2017: ibu pergi korea. |
Beberapa hari ni aku jadi runsing . Khamis aku nak solat keluar spotting . Tarikh aku ikutkan uzur 6 hb September tapi aku lega lah sebab dh ada tanda ..tak yah aku makan ubat ..
jumaat masih tak turun . aku dh pening ..aku pergi Sekolah dengan Iyad hari jumaat sebab nak bawa dia jumpa doktor Asiah ..pakar RespitoryHKL.aku mmg takut kalau pergi jumpa doktor Asiah bukan apa ..takut sebab banyak benda nak kena jawab dengen dia ..pasal cpap makan ubat sedut gas...
tapi Alhamdulillah semua ok takde lah aku kena marah ataupun doktor Asiah komen yang bukan bukan pasal Iyad ..cuma 30hb September ni aku kena bawa Iyad sekali lagi ke Hospital Besar Melaka utk doktor tengokkan Cpap Iyad samada bermasalah atau tidak itu je lain lain dah ok
balik hospital aku terus pergi amik Imran balik asrama . Sepatutnya aku amik dia lepas solat Jumaat tapi sebab urusan aku dekat hospital dah selesai awal jadi aku pun ambik dia awal ,lepas aku amik imran aku hantar dia ke surau berdekatan rumah aku untuk dia solat Jumaat aku, aku suruh Iyad teman dia sama
aku hantar diorg jam 12.45..tapi aku tengok surau tu macam kosong je ..mungkin jemaah lain belum sampai lagi ..aku pun terus balik. sampai rumah akubuat kerja lepas tu jam 1.17 tengah hari aku keluar balik nak amik imran ..sampai surau kosong takde org ..rupanya ..suraua tu dh tak buat solat jumaat laagi .dah ditarik balik kelulusan solat jumaat di surau . Zaman pandemik je ari tu boleh solat jumaat kat surau tu ...ya Allah berderau darah aku ..
oklah berbalik pada cerita yang aku uzur tu kan ..aku dah berkira kira nakjumpa doktor .sama ada nak makan ubat turun darah atau tak. aku pun rasa macam nanti dh makan ubat turun darah lepas tu darah tak berhenti aku kena makan ubat stopkan darah pulak ! adoi peninglah..kakak aku dua dua dh uzuru..kak azua aku masih adasikit sikit ..korang bayangkan kalau aku g umrah tapi uzur dan lgsung takdpat buat umrah ..ya Allah apalah ruginya aku pergi mekah tp tak dapat masuk masjidil haram dan tak dapat buat umrah .aku rasa aku seperti didenda oleh Allah SWT atas dosa yang aku ada buat ..kafarah kah?
malam tu tidu pun susah hati .
esok bangun tidor dengan izin Allah SWT turun darah ..alhamdulillah ..tayah pening pening aku fikir pasal nak makan ubat atau tak ..ikutkan aku akan pergi Jumaat .semoga aku sempat mandi wajib pada hari jumaat tu .dan masuk kemekah dengan niah berihram utk buat umrah . sabtu hingga jumaat 7 hari ..ikutkan mmg boleh berhenti tapi ada spotting akhir akhir tu ...semoga Allah SWT mudahkan urusan kami di mekah nnt ..
****pasal makan ubat ni sebaiknya refer doktor jangan main beli di farmasi. ini ubat hormon ..kalau sebaiknya jangaan makan sesuka hati hormon kita kan penting . dengar nasihat doktor.
![]() |
| tara.. |
alhamdulillah beg dh sampai
Nama pun dh naik utk layak terbang 9/9 ni ...alhamdulillah ..tapi macam cakap arwah abah ..selagi aku tak sampai mekah macam macam boleh jadi ..
kerap jugak abh pergi umrah ..hampir setiap tahun kalau tak silap ...tapi dh lama lepas tu kurang sikit abah g umrah
abah selalu cakap bukan nak buat umrah sgt tai nak banyak solat sunat dekat masjidil haram dan masjid nabawi ...
aku pun tak tahu abah buat macam mana ..tapi mesti atleast abah buat sekali umrah
esok aku nak g jumpa doktor Rahimah tanya pasal ubat utk period ..kalau turun darah tak payah lah ..biar normal je turun darahnya .
nak komen pasal travel agency ni pun cam terlalu awal lagi ...cuma aku dpt pergi agak murah RM6990 bilik berempat ..(harap kami dapat duduk bilik bertiga ) tapi yang kami bayar tu harga utk bilik berempat .
So ini beg yang kami dapat.. ada beg sarung utk letak selipar.. elok beli selipar yang ringan senang nak jalan jauh..
Aku tak kemas beg lagi
Esok nk bawa iyad jumpa dr asiah, serius aku takut. Takut nk dgr apa doktor ckp .. benda ni paling aku x suka.. lepas tu nk amik imran balik asrama. Lepas tu baru ambik orked dan ihsan.
Esok start cuti sekolah
Aku kena kemas beg baru nampak apa yg takde.
Aku nk beli:
Sandal, brg brg peribadi , toiletries, ubatan dan mknn..
Countsdaiwn lg 7 hr
![]() |
| Reward utk mak |
![]() |
| ni klink nya |
![]() |
| setel |
aku tetiba beli waffle maker dan berhasrat nak jual di taman.hahs
![]() |
| ni waffle yang aku buat ..aku buat ni versi coklat ..nnt nak try versi red velvet pulak |
![]() |
| ni masa first time aku try buat waffle ..aku pakai tepung kek tu yang jadi fluffy semacam tu ... |
| peminat waffle coklat.... |
| nampak cam garing kan ... |
| ni resepi waffle yang aku jumpa dr google tak ingat web apa |
| ni versi yang garing ..aku belum try ..sebab ada bahan susu tepung tu susah sikit... |
pada 30 Julai hari tu kami ke TLWOT..best jugak ..tapi memang tak plan so korang faham faham jelah kan
dia macam ni ..aku balik kg ..pastu dalam jam 5 lebih suami ajak g Tambun . kami masa night punya session bayaran murah sebab beli pakai klook . tapi kawan aku cakap pakej satu hari baru rm 60
tapi tu zaman bila dia pergi hikhik ..sekarang mana dapat rm60 dah naik harga
| harga terkini di klook ..kalau direct di kaunter lagi mahal ok |
| ni bayaran kami beli total rm186 utk empat org ..Iyad dapat special price rm37 kami main yang bahagian airpanas je ..pastu masuk petting zoo..dan taman yang berlampu cam avatar tu ..jap aku carik nama dia..luminous forest ..pastu tengokshow telan api tu .. kalau datang awal ada banyak show lagi best ..show badak sumbu dan show tiger korang refer web ni ek https://sunwaylostworldoftambun.com so as usual korang layan jelah gambar ni ekk.. |
Alhamdulillah kami sekeluarga survive
paling mengejutkan perkara yang paling aku takut berlaku telah berlaku dan alhamdulillah Iyad survive.
TQ Allah ..
TQ Allah
selepas aku kena kena covid aku naik keje dengan penuh semangat ..khamis aku start keje ..jumaat pagi aku bawa Iyad Vaksin .
Isnin hingga Rabu aku mesyuarat di KL. aku anggap percutian solo aku singkat tapi cukup menenangkan .
aku nak share petua ..kalau korang batuk batuk susah nak baik ..cuba korang makan tobboki ..nampak macam tak bijak kan tapi cuba jelah korang test ..sebab aku batuk batuk aku makan tobboki lepas tu aku punya batuk berkurang dan alhamdulillah hari ni berhenti
aku tak pasti teori ni mitos atau betul ..tapi kalau korang test jadik kira betullah
hahha..
ok selepas tu macam tiada apa yang menarik berlaku .
baik lah aku nak share perancangan terdekat aku adalah buat umrah . kali ni aku pergi dengan kakak kaka aku ...azua dan kak nana..
aku memilih trip separa diy ..aku tak buat diy sepenuhnya .aku join group umrah travel tapi dalam masa yang sama aku buat sendiri visa dan aku pun aku pastikan ticket flight tu kalau boleh aku beli kalau tak pun tak pe..
setakat ni aku dh mohon cuti umrah sepatutnya 7 hari tp aku amik 4 hari je ..seba aku pergi 29hb ada cuti umum hari merdeka dan next week tu cuti sekolah .
aku tak perlu amik apa apa cuti rehat ..hanya guna cuti umrah shaja. tapi kerani sekolah kata rugi sebab amik 4hr sedangkan ada 7 hari ..lepas tu cuti umrah ni hanya sekali dalam perkhidmatan .
yelah kalau amik lama sapa yang nak ganti kelas kita kann
masalanya juga
so aku dh uruskan insurans jugak sekarang ni aku tengah tunggu travel agency beli ticket flight dan book hotel .
dulu dulu kita tak amik pusing langsung
janji bayar yuran dan sedia utk terbang itu je.
nijelas dia terangkan hotel apa , flight apa, dan visa rm650 tu mmg kena bayar sebab kita pergi visa pelancong bukan visa umrah
oklah ..aku akan update story aku sekarang aku asyik fikir cara nak kurus
maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini. masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...