Rabu, 12 Disember 2018

balik ke Melaka

Semalam kami bergerak balik ke Melaka seusai solat zohor. Aku asalnya nak ajak kakak aku makan sama ..tapi dia kata takpelah so aku pun gert ready nak drive balik Melaka. Minyak dan touch n go aku mmg dh siap siapkan masa nak datang . minyak Honda isi penuh baru 70. Aku taknak stop stop isi minyak lah apalah ..leceh...

ok. dengan yakin imran cari jalan balik dlm google maps. aku kata letak je seremban. sampailah melaka , sebab dia guna highway yg sama. Yakin je..imran pu. malas bersoal jawab dia tulis seremban. Maka ikutlah aku arahan imran mana nak belok kri ke kanan ke straight ke..srah bulat bulat ..aku pun bukan tahu jalan kl ni macam mana..yg aku tahu bila nampak signboard cari arah ke Johor Bahru masuyk highway. itu je aku pegang. 

awal awal lagi Imran dh salah asal nya lalu bawah dia suriuh straight naik fly over ..tak memasal kena u turn kat roudabout . pastu masuk je jalan ni staight aku ingat lalu mid valley bagai ke Sg Besi... tiba tiba bila dh jalan sampai cheras..pastu lalu semua MRT yg baru ..termasuk MRT Pertama. sudah! ke mana pulak ni .aduh!

aku kata imran betul ke ni ..pastu Imran cakap kalau macam ni kita tukar lah ibu. Masukkan alamat umah kita ."Hah ! buat cepat" dia tak tahu tangan aku ni dh berjurai jurai air peluh mengalir. 

Pastu jalan lagi ..aku pasan dia tunjuk arah KAJANG..ok..pastu masuk pulak tol ..apa tah macam tak pernah lalu je..dlm masa yg sama pantas mata aku baca JOHOR Bahru..Johor Bahru...

agak lama gak ..jam 3 lebih tak keluar keluar highway lagi .sampai aku jumpalah Hotel Silka yg aku kursus tu kat area Cheras. aduh ..takut seh! pastu aku perasan jumpa Sg Ramal. apahal ke sini ni .Dia suruh masuk Kajang Silk nasib baik aku tak masuk . Aku follow Johor Bahru je..agak sejam lebih gak baru jumpa tol Kajang. lega gila dh masuk dalam lebuhraya..baru lah steady memnadu macam ni . Imran pun off kan google maps. memang boleh harapla anak bujang ni. 

dan jalan jalan ..sampai Seremban mula start hujan .. masuk Senawang lagi lebat sampai tak nampak jalan . Lepas tu sampai Pedas Linggi aku surrender. masuk kejap tempat rehat kecil tu .Ihsan pun nak kencing. Imran tak habis habis cakap lapar. Aku kata "takpe ..tape samapi melaka kang kita makan puas puas. "

punya lah mak dia gelabah. 

sambung lagi perjalanan. aku bawak area 100 je ..takpun 90..atau 80 ...bila nampak je signboard Ayer Keroh Melaka rasa macam nak menjerit .."Yahooo!" budak budak kecik kat belakang tu apa pun tak faham . hahah...

dalam jam 5 lebih kami selamat sampai melaka . so aku bawak diorag semua g Mc Donald makan puas puas. Penutupnya semalam cari ikan tapi tak beli sebab kebanyakkan ikan gun aoksigen dan aquarium tak siap lagi pasang so tak boleh bela ikan . nnt kang mati .

oklah pada aku nak drive Melaka -KL ni taklah susah sangat . cuma aku kena ada kawanlah . kalau tak jenuh gak mana nak baca maps nak drive lagikan ...lepas ni agak tergerak nak g IKEA boleh lah panjang kaki ke ikea. hihi..










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...