Jumaat, 28 Disember 2018

Pengalaman sakit perut

khamis lepas 27hb Disember aku bangun pagi tiba tiba perut sakit. rasa macam kita tahan kencing lama sepanjang malam. hakikatnya tak pun .

lepas bangun tidur, aku kencing mandi dan solat. rasa sakit perut masih ada. 

sempat aku masak kari ayam dan nasi utk anak anak makan sebab aku nak g mesyuarat di sekolah.

sampai sekolah lambat .830 pagi baru aku masuk. aku ke toilet dulu mana tau lepas berak rasa sakit perut lega. lama aku duduk dalam toilet tu tak berak berak..
aku keluar dan masuk meeting. Masih sakit perut lagi ...

dalam jam 11 lebih aku rasa tak boleh tahan sakitnya perut . tak tahu nak describe macam mana . aku amik keputusan balik rumah. 

sampai rumah aku terus tidor sampai jam 3lebih. masih sakit rasa sakit nya non stop berterusan . ya Allah ! aku tak tahulahh sebab apa sakit ni ...
aku menangis menahan sakit ..

nak g hospitala tak larat. aku tunggu hafidz, dia exam jadi jam 1115 malam baru sampai rumah .. aku g hospital pantai malam tu.

sampai samapai nurse amik maklumat diri lepas tu nurse check aku demam 38. celcius.. awat aku tak rasa apa apa..

aku disuruh baring lepas doktor tekan kawasan perut tanya mana yang sakit aku diberi ubat injection dan drip air dipasangkan. lepas 10 minit kena cucuk aku rasa lega. hilang sakit aku tba tiba.. ya Allah leganya ..tak sangka aku akan rasa hilang sakit tu .. takutnya..

result darah ada sikit jangkitan kuman , kencing clear. 

bukan jangkitan kuman .aku pernah baca prof kamil sakit perut sebab batu karang sakitnya sampai berguling guling sebab sakit sangat. walaupun batu tu kecil tapi boleh menyebabkan otot perut mengejang. mmg sakit .. takut jugak kalau appendiks , bahaya... aku tak pasti aku sakit perut sebab apa..tapi aku masih boleh berak , kentut kencing dan sendawa. aku harap angin je. sebab aku rasa bila kenut lega. ni masih ada rasa sakit kat perut. 

doktor pantai suh aku jumpa pakar utk scan. 

malam tu aku kena RM420 sebab g pantai. yelah g hospital biasa bukan boleh dapat result direct. tapi hospital kerajaan aku rasa not bad jugak laju servisnya.

entah lah! benarlah bila sakit semua takde makna. ada duit banyak pun tak guna. tapi kalautakde duit macam mana nk rawat sakitnya. 

Allahu akbar. sakit ni bagi kita pengalaman yg sangat besar. Takutnya sakit..

kena jaga kesihatan, pemakanan , banyak makan sayr dan buah. 

Ya Allah kesempatan ni aku mohon Kau kurniakan lah aku kesihaatan yg Allah .. aku bertaubat padaMu. Ampunkanlah dosa dosa ku.

untuk korang jagalah kesihatan . smentara kita sihat ni ...hargai lima perkara sebelum lima perkara .

"paling takut hidup sebelum mati"




3 ulasan:

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...