Ahad, 30 Disember 2018

Marah anak orang

tadi kami ke Tiara club house lagi. Tapi kali ni ada insiden yg kurang enak berlaku. 
biaslah budak budak terus lari nak masuk pool. Aku yang baru siapa ( biasalah penuh barang nak bawak..) tiba tiba aku dengar suara orang jerit,"Haipp..haipp....halang dia.. !!" menjerit marah . Aku terus meluru ke tepi kolam. aku nampak Orked tengah simbah simbah air ke seorang budak. Kiranya yg org org tu jerit jerit marah kat Orked  sebab simbah simbah anak dia.

Aku terus jerit...orked jangan buat macam tu ..pastu hangin lah aku sambil arahkan orked pergi ke tempat lain .Jangan main dengan budak tu. Memang aku bengang. Aku bengang sebab dia jerkah anak aku macam anak aku nak bunuh anak dia. Ramai ramai pulak org tua tu menjerit. Orked tu budak bukan dia benamkan kepala budak tu ...dia cuma main simbah air ..memang lah budak tu kecik dr orked. tapi dekta sebelah budak tu ada buadak yang lebih besar dlm darjah lima. aku akui Orked silap tapi cara kau marah anak aku macam anak aku tu buat perkara yang teruk sgt. "cakap lah ..jangan sayang buat macam tu ..atau apa apa yang lebih elok, aku rasa macam tak kena bila diorg jerit kuat kuat macam tu ..pada anak aku. aku rasa annoying gila.

orked pun satu hal yang buat macam tu kenapa . punyalah aku marah sampai aku tak toleh langsung pada kumpulan manusia yg duduk ramai ramai yang jerit jerit pada Orked tadi. 

aku sampai perhatikan teruk sgt ke Orked buat pada anak dia sampai dia marah macam tu sekali . dia cuma nak berkawan sahaja. Main main simbah . pada dia, dia nak berkawan . taapi cara dia salah! tegurlh dengan berhikmah bukan main jerit jerit kat dia. ada mak bapaknya ni bukan anak terbuang ,

Astaghfirullah aku tak tahu kenapa terbit rasa marah sgt. 

yelah ko sayang anak ko..tiba
tiba main jerkah jerkah je anak ko.

Alahu akbar! susah nya kita nak mendidik hati. 
2019 bakal menjelma . aku dh start baca quran dari surah Baqarah 
aku dah nak mula mendekatkan diri pada Allah lebih lagi. aku rsa perasan takut nak matitu menebal tambah lepas aku sakit perut hari tu. 
doakan sis ya !







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...